Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140222

Pintu Taubat sentiasa terbuka


Ada seorang pemuda telah berjumpa seorang rahib.
Aku telah membunuh 99 orang. Aku ingin bertaubat. Adakah diterima taubatku ini?
Tidak sesekali.
Jika begitu, biar aku cukupkan.
.


Kemudian, dia berjumpa seorang beriman. Bertanyakan soalan yang sama.
Aku telah membunuh 100 orang. Aku ingin bertaubat. Adakah diterima taubatku ini?
Iya.
Jika benar engkau ingin bertaubat. Engkau kena berubah. Berpindahlah engkau. Persekitaran sekarang tidak lagi sesuai dengan kau yang baru. Cari kawan baru. Kawan yang boleh menolong kau. Jika engkau masih disini, takut-takut kau akan dipengaruhi lagi.
Baik.

Dalam perjalanan perpindahan penghijran ini, ditakdirkan pemuda ini telah mati dalam perjalanan.
Sekian matinya dia. Datanglah malaikat Azab ingin membawanya ke Neraka. Juga malaikat Rahmat ingin membawanya ke Syurga.
Dia telah datang dalam keadaan taubat, maka Syurgalah tempatnya.
Tidak. Dia belum berbuat apa-apa lagi. Neraka lah tempatnya.

Lalu, Allah mengutuskan malaikat ke tiga dalam rupa manusia untuk mengadili.
Ukurlah jarak matinya dari tempat asalnya dengan tempat dituju. Mana yang lebih dekat. Situlah tujuannya.
Setelah diukur, hanya setapak lagi ke tempat di tuju. Maka, malaikat Rahmat membawanya ke syurga.

#Rahib: Orang yang kuat beramal tapi tidak berilmu.
#Allah perintahkan bumi, pendekkan jaraknya dengan kehendaknya
#Malaikat ke3 berupa manusia, manusia itu lebih mulia tempatnya walaupun malaikat tiada dosa.


Cerita aku dengar kat tv hijarah Madrasah Ilmu. Ayat tak sama, ceritanya lebih kurang begitulah.


13 ulasan:

  1. Allah Maha Besar. Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.

    BalasPadam
  2. Subhanallah...Allahuakbar...

    BalasPadam
  3. Allah Maha pengampun...bertaubatlah selagi ada kemahuan & niat..InsyaAllah di permudahkan... TQ sharing ya..:)

    BalasPadam
  4. Ya Allah....tgk...niat tuh Allah dh dikira dah darjat kebesarannya...subhanaAllah...terima kasih bg contoh baik ni...sesuai nak cerita kt anak2 nanti kan :)

    BalasPadam
  5. Nice Sharing petak bunga.

    BalasPadam
  6. Mekasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  7. Satu kebenaran kerana sesungguhnya selagi kita belum mati pintu taubat sentiasa terbuka. Allah maha pengasih dan maha pengampun pada hambaNya.

    BalasPadam
  8. mudah2an kita mati dalam keadaan telah bertaubat dan sentiasa bertaubat...

    BalasPadam
  9. Peringatan untuk aida juga..thank u dear..

    BalasPadam
  10. pernah baca tentang ni... Allah itu maha pengampun dan maha menerima taubat... malah Dia sntiasa tunggu hamba2nya bertaubat...

    BalasPadam
  11. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya

    BalasPadam
  12. Okje dah pernah dengar cerita ni sebelum ni PB....tulahkan...jgn mudah menghukum seseorang....siapa tahu pengakhirannya lebih baik dpd kita

    BalasPadam
  13. Allahuakbar... moga kita sentiasa fikir dan buat perkara2 yang baik...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...