Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140328

Aku pelik dengan orang Jepun

Assalamualaikum

Islam mengajar kita menepati masa. Allah dah buat cantik-cantik jadual solat kita. Masa sekian-sekian kita boleh jumpa Allah. Masa berharga ni kena guna betul-betul, boleh mengadu macam-macam kat Allah. Sakit hati kat sapa-sapa pun boleh mengadu.Tak pe. Boleh je, private and confidential. Allah Maha Mendengar. Ceritalah Tetapi itulah kita, nak jumpa Allah pun payah sibuk sangat, selalu tangguh-tangguh, paling teruk langsung tak nak jumpa.

Aku tak pernah sampai lagi negara Jepun, tapi aku cukup seronok tengok dokumentari tentang negara matahari terbit ni. Ada satu rancangan tv ni, Al-Khawater kalau tak silap aku. Dia buat perbandingan negara Arab dengan Jepun. Pelik betul aku dengan orang bukan Islam ni. Semua teratur, semua nak ikut jadual. Ada satu episod tu dia cerita tentang menaiki bas di Jepun. Kat hentian bas tu dah ada jadual bas akan tiba kat hentian tu pukul sekian-sekian. Masyallah tak kurang satu minit pun bas betul-betul tiba kat hentian tu. Pelik aku, pakai siren ambulans ke? Tak ada trafik jammed ke kat Jepun? Aku lagi pelik bila naik komuter kat Malaysia pun tak boleh ikut jadual. Ada trafik jammed ke? Halaju komuter salah kira ke? 

Semalam dia cerita pasal sampah. Kat negara Jepun nak buang sampah kena ikut jadual. Contoh hari Isnin buang bahan kitar semula, hari selasa buang bahan basah, hari rabu lain dan seterusnya. Pelik aku, tak busuk ke simpan sampah lama-lama kat rumah? Pelik betul aku, dia orang boleh ikut peraturan ni. Sapa tak ikut dia pelik. Sampah dibuang dalam plastik khas, agaknya plastik kitar semula kot. Masing-masing akan bawa sampah dan dikumpul dalam tong di satu tempat bawah apartment diaorang. Sampah diaorang nampak sikit sangat, tong sampah tu boleh tutup lagi. Pelik aku, mana disorok sampah-sampah lain. Lepas lori sampah angkut sampah tu, ada sorang perempuan ni pergi cuci tong sampah tu. Ingatkan pekeja kutip sampah, rupanya penduduk situ juga. Mereka ada jadual giliran untuk cuci tong sampah. Ngeri aku fikir, kalau kat tempat aku ada jadual giliran macam ni.

Sebenarnya entry ni aku nak bagi tahu, rumah aku air kena catu. Hari tu ada baca Farah dengan MD  bersunggut pasal ni jugak. Rumah aku kena catu 2 hari, 2 hari juga macam jadual tu tapi sejak minggu lepas air tak putus pun. Tiba-tiba 2 hari lepas air kena catu balik. Tiba-tiba! Aku ingat dah hujan tak jadi dah, cancel jadual. Lepas ma aku basuh kain, baru dia sedar air sebenarnya dah putus. Ikut suka hati mak bapak dia punya jadual! Rugi air tangki. Memang ada lagi air yang disimpan tapi tak cukup. 

Semalam pagi air tangki rumah aku dah habis. Mandi catu-catu kami laki bini nak pergi kerja. Luth mandi macam biasa 3 kali sehari tapi kena segayung je. Luth tak boleh memberak, alhamdulillah tidak.


Nasib baik belakang rumah aku dekat kaki bukit, ada tali air. Mandi aku pergi kerja hari ni.

Sekian

Wasalam

32 ulasan:

  1. Org jepun mmg pelik... Da 4thn berurusan dgn depa... Rs malu sgt bker depa xpernah lambat wpon sekali...

    BalasPadam
  2. Org jepun mmg very punctual n etc..n dieorg mmg sgt workaholic..terlampau workaholic smp xde masa nak crk partner..sudahnye suruh agency crkkan bini..penah baca kat mana tah xingat..

    Air masih lg kene catu ker?..adehhh, risau je takut area umah kene catu air gak..sshnye kalai xde air..

    BalasPadam
  3. Bukan pelik PB tapi mereka agaknya yg pelik tengok cara kita. Disiplin mereka tip-top. Tak macam tempat kita kata catu dua hari tapi jadi 3 hari. Tak ke pelik tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hri ni dah masuk 3 hari. kalau kena catu lagi risau gak..abe mandi kat tali ari belakng rumah..kan anak2 dara mengendap..ha..ha

      Padam
  4. bagus org jepun sbb disiplinya cukup taat , memang jauh kalau nak banding dgn m'sia..ada sikap mcm tu tp bukan semua lg satu bab berkira-kira kerja memang juara..siapa ? entah la, itu yg sy nampak di sekeliling..

    @Banting ; ..sy punya kaw perumahan berkecuali dari catuan air..alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. niesa pun pelik dgn org jepun..berdisiplin..nak cakap dorg alien manusia jugak sama mcm kita...

    BalasPadam
  6. Org jepun terkenal dengan sikap disiplinya yang tinggi.

    Alhamdulillah...kat bangi air tak kena catu pon.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak, dasyat betul depa punya rules. sistematik sungguh. mencabar betul kalau nak buat ni. singgah menabung ford dan digi sini.. sian Luth, tak berak ye. semoga cepat2 bekalan air pulih. kat ofis sheila pun 2 hari sekali takda air. dok menahan nak membuang seharian. tension gila. baby dok tendang umi dia. agaknya dia pun tak selesa kat dalam ni T______T"

    BalasPadam
    Balasan
    1. mencabar mengandung musim air tak de ni.
      asyik nak terkencing..ishk..

      Padam
  8. suka rancangan Al-Khawater tu..lagi2 skrg ni dia tgh compare dgn negara jepun..dah dekat sebulan dia compare..bangsa jepun mmg terbaik :)

    BalasPadam
  9. that's how they teach dicipline... tapi agak peliklah simpan sampah lama2 kannn? tentang jadual bergilir tu, diaorang nak memupuk sifat kemasyarakatan sebenarnya...

    BalasPadam
  10. tabik spring dengan mereka..sangat berdisiplin..kenapa kita tak macam tu? 8.30 start keje tp 8.30 baru nak punch..(bukan saya)..

    BalasPadam
  11. sampah orang jepun semua dikeringkan.. contoh kalau sampai kotak susu.. diorang buang habis susu dalam tu siap bukak dan basuh..supaya tak berbau.. yg sampai baki makanan pun ditoskan airnya.. setau saya lah.. lori sampah diorang pun lawa.. langsung tak macam sini.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo..banyk lg ni nk tnya org jepun.

      Padam
  12. org Jepun ni mmg disiplin tinggi, cuma kekadang ada tampak pelik pada pandangan kita..

    BalasPadam
  13. Mmg org jepun disiplinnya agak tinggi kan sampai kadang2 kita rasa pelik dgn peraturan dorang

    BalasPadam
  14. kat rumah saya jadual catuan air tu mmg tepat *______* dah lama rase tak seronok sebab dua hari mandi puas sikit 2 hari akan datang mandi ayam je ...huhu :P

    BalasPadam
  15. catuan air,kena harungi jugalahkan..ujian dr Allah

    adab jepun sgt berbeza dgn kita..kalau nak tahu longkang kat jepun macam air sungai,bersih sgt...di banding dgn sungai kita dh mcm longkang..kat sana kalau tak dpt hadir ke majlis,dioprg minta maaf mcam bersalah sgt..pd hal tak dpat pg majlis je..kita org jmput knduri kawin tak nak pergi,dh la tak pergi,minta maaf jauh sekali..

    menurut cerita abglahkan..kalau kita sudah bersahabat dgn keluarga jepun,bila kita balik malaysia,diorg menangis bagai nak rak..akrab sungguh..

    abg knor selalu pg jepun,pandai ckp jepun..begitulah ceritanya..klu dpt beljar kat jepun jgn lpskn peluang..mmg bagus sgt,sbb budaya mereka sgt lemah lembut dn sopan santun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada air dah cukup baik dari langsung xde..
      Dugaan

      Padam
  16. org Jepun mmg disiplin . org kita campak sampah kat tong sampah pun tak masuk . pastu buat dek jer . sungai mereka , jernih sungguh . segan klu nak bandingkan dgn sungai klang ...

    BalasPadam
  17. klu tak takde la perkataan janji mlayu..org kita mmg tak menepati masa,susah nak ubah..bukan saja org jepun,negara barat lain pun sistem pembuangan depa tiptop..buang sampah pun bleh collect duit lagi..

    BalasPadam
  18. Saya jenis yang ikut jadual. Kalau kata 8.30 am saya akan sama ada datang on the dot 8.30 am atau awalkan lagi. Biasa nya saya suka awalkan. Saya jenis kalau dah berjanji memang kena tepati. Kalau tak tepati saya tension. Kenapa aku boleh tepati masa orang lain pulak tak boleh? Ada aje alasan yang depa bagi.

    Bos aku pun sama. Dia kaki masjid, kaki bermasyarakat, tapi bab janji timing ni memang failed. Kalau dia kata lagi 15minit sampai dan masa tu ada orang tunggu dia, aku akan anjakkan masa cakap bos sampai lagi 30minit.

    BalasPadam
  19. Tu la dugaan..aida pon dah tak larat dah perihal air kena catu ni..rasanya cukup2 lah kan..terseksa..so tak sabar nak tunggu 31 ni..katanya akan berakhir..tak tau betul ke tak..

    BalasPadam
  20. Syabas sahkan catuan dilanjutkan..

    Sok sek

    BalasPadam
  21. memang kagum dengan kehidupan dan cara kerja yang dipraktikkan oleh orang jepun.. mereka sangat berdisiplin.. alangkah bagusnya jika nilai positif itu dipraktikkan di malaysia juga.. salam hujung minggu..

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang perlu dan boleh kita ikut cara mereka ini...dan ada juga yang tak terikut kita...

      Padam
  23. sangat berdisiplin. haha

    BalasPadam
  24. orang jepun kan memang disiplin tinggi..

    BalasPadam
  25. betul tu, selalu berurusan ngan jepun, part masa memang dorang tepati... kalau la deme ni orang islam.. bagus kan.

    BalasPadam
  26. Rumah saya dah lama tak kena catu. Sekali tu seminggu air ada tetiba tutup sehari aje, hari Sabtu pulak bila semua ada di rumah. Sbnrnya kalau ditutup hari bekerja pun saya tetap gak komplen. Dah dasar kaki komplen...hahaha... Ni dah lama air tak tutup tapi saya tetap sayangkan tong-tong air saya. Saya ganti aje dengan air baru lepas 2,3 hari supaya takdalah aedes berani nak beranak pinak dalam tu.

    Tang orang Jepun ni saya dah berbelas tahun kerja dengan mereka. Memang mereka ni punctuality terbaik. Banyak yang perlu kita contohi. Ada juga belakang tabir yang tak semegah mana tapi itu segelintir ajelah daripada sifat keji manusia yang ada pada orang Jepun ni. Saya pun suka tengok Al Khawater. Pelikkan negara Arab yang semestinya Muslim majoritinya tak terikut kehidupan penuh berhemah orang Jepun. Loceng sekolah pun bunyi muzik tak memekak-mekak macam loceng sekolah kitakan....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...