Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140319

Antara menyibuk dan ambil berat


Walaupun kami cuma menyewa di sini, tetapi boleh dikatakan kami tak pernah ketinggalan dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan kejiranan. Dari menyertai majlis kenduri kendara, sampailah main kutu pun kami turut serta. Aku menyewa sejak zaman anak dara lagi, tapi dulu masa bujang, aku tak ambil peduli sangat dengan jiran-jiran ni. Senyum gitu-gitu je. Tapi sejak aku dah berkahwin ni, laki aku ni jenis peramah. Kerana sifat peramah dan ambil beratnya ni, laki aku menjadi salah seorang AJK Gb tetap taman ni. Boleh dikatakan, tiap-tiap malam adalah perjumpaan dia orang kat depan rumah ni. Paling sibuk pun, seminggu sekali mesti ada perjumpaan mereka. Kiranya laki aku up to date la apa-apa benda berlaku dalam kawasan taman ni.

Laki aku ni kadang tu terlebih ambil berat. Bila nampak jiran-jiran sebelah nak keluar, mesti dia nak tanya ke mana dia orang nak pergi. Tak boleh tak tanya, mesti kena tanya. Sebenarnya, bukan dia ambil kisah pun apa yang dia tanya. Kalau aku tanya balik ke mana jiran tu nak pergi, pun dia dah lupa. Dah jadi tabiat, mulut tu rasa ringan sangat.

Jiran kami pun tak adalah sombong sangat, layan jugalah laki aku ni.
Contohnya, diaorang akan jawab,
Nak pergi key el jap..cari barang.


Adat berjiran begitulah. Bila nampak kami nak keluar, mereka pun akan tanya dan laki aku ni sangatlah jujur.
Nak g tesco, nak beli baju Luth. Baju Tesco cantik, murah pulak tu. 
Kadang orang tak tanya pun dia nak bagitahu…aduh. Berapa kali aku dah pesan tak payahlah bagi tahu detail sangat. Dahlah salah info.

Sebab terlalu jujur dan berterus terang aku rasa segan pulak. Tiap-tiap minggu pergi shopping, padahal kami pergi beli barang dapur aje.. Aduh. Dah jiran-jiran cop aku ni kaki shopping. Padahal tak adanya aku beli apa sangat. Laki aku ni main cakap sedap mulut dia aje. Tesco dan Ecconsave pun dia tak boleh beza. Apa lagi nak tahu mana pasar murah, mana yang mahal. 


Aku dengan Luth dah malu..hik


AJK Gb : Ahli Jawatankuasa Kelab Geng Bual

25 ulasan:

  1. hahaha.. baguslah ada en laki yag super ramah macam ni.. kalau ada ape2 hal atau kecemasan ramai yg datng & sibuk membantu ni ! kan bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah..tp kita pun kena korban sb laki kita pun sibuk nak g menolong org je.

      Padam
  2. Hehehe..sgt peramah..org yg peramah nie bgs..kalau ade ape2 org nak tlg pun ramai..;)

    Kite ngan jiran2 mmg okayh accept jiran betul2 sebelah umah..smp penah bergaduh mulut..kihkihkih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x bestlah kalau ada jiran x best..mana nak lari..hr jumpa, sakit hti.

      Padam
  3. baguslah ramah camtu..suami akak..dah la tak peramah..tengok muka pun orang takut..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. muka je garang..dalm ht ada taman..hi

      Padam
  4. Assalamualaikum kak. hahaha terlebih ramah ekk. pasrah je.. hihii ~~~

    BalasPadam
  5. bagus ramah.. jangan segan, mesti jiran-jiran faham..

    BalasPadam
  6. Baguslah peramah macam tu. Sekurang-kurangnya kalau sedara mara datang dan takda rumah, jiran sebelah bolehlah bagi tau, "Oh dia pergi tesco dengan isteri dan anak, nak beli baju anaknya!"

    Kalau nak rompak rumah neigbour pun fikir 5,6 kali kalau ada jiran yang prihatin macam ni.

    Puas fikir apalah AJK GB ni tadi ....

    BalasPadam
  7. hihii..sabar je lah PB..kena lagi dengan jiran prihatin tu..

    BalasPadam
  8. Hahaha, nasib kau la duduk dalam taman dekat dengan jiran sebelah.

    BalasPadam
  9. kadang tu ada pro n con nya jugak kan bila terlebih ramah hehe...

    BalasPadam
  10. Eloklah tu. Sorang peramah dan sorang lagi pemalu. Kita serupa lah. My hubby pon pramah gak. Isteri dia ni klo nampak jiran senyum jer lah. Klo bebetul kenal baru borak2 sket.

    BalasPadam
  11. kelakar plak baca....elok juga jadi mcm hubby PB ni..at least tahu jiran g mana...mana tau tiba2 ada org yg x diundang dtg umah tu....

    BalasPadam
  12. hahaha.. biasanya isteri yg ramah.. comel luth malu..

    tapi bagus macam tu..kita tak tau masa depan nak jadi apa..bila rajin beramah mesra bila nak buat kenduri ke apa..senang nak jemput..orang nak jemput pun mudah kan.. kikiki..

    aku pulak rasa rugi duk dalam kejiranan yg kurang ambil berat perihal jiran..just hi hi bai bai je la bila bersua..

    BalasPadam
  13. ok lah tu peramah...tp takut juga klu yg terlebih peramah pulak..hehe

    BalasPadam
  14. bagus duduk dlm komuniti yg harmoni

    BalasPadam
  15. Bagus..sekurang-kurangnya semangat kejiranan tu wujud..macam kat rumah aida memang takde langsung semangat tu..sebab berlainan bangsa dan duduk dekat town,so masing-masing buat hal sendiri..huhu

    BalasPadam
  16. terlebih ramah ye..hehehe..

    BalasPadam
  17. salam, hidup berjiran.. macam2 kan? hasben saya yes... dia peramah.. saya? walau tak ramah tapi murah senyuman...ha3....

    BalasPadam
  18. baguslah asben peramah.kita tau apa y terjadi di kawasan umh kita tu. Ajk lagi tu..lagi bagus.

    BalasPadam
  19. hahaha sama la nga asben kita Sa......Econsave tu slalu dia tersasul sebut Tesco

    nsib baik la tesco jauh....

    BalasPadam
  20. hahahaha itu la jugak yang ambe selalu pesan kat tok laki, yang dep ajiran ni tanya2 as adat jer, yang kamu lebih2 explain tu dah kenapa. my hubby ni suka panik tau kalau orang bertanya.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...