Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140318

Berbagi kasih


Antara mak dan Luth, siapa lagi terror?

My ma cakap, 8 bulan aku dah boleh berjalan. Hujung bulan ni Luth dah nak masuk 8 bulan. Jadi, Luth ada masa lebih kurang 2 minggu lagi untuk membuktikan Luth lebih terror dari mak.

Saat dia mengalahkan saya, 
saya tahu telah memberikan terbaik untuk dia.
- Milo-


Hari tu aku ingat dia dah tak merangkat, terus nak jalan. Entah bila aku tak perasan Luth dah boleh merangkak. Tapi sekarang ni..dia lebih teruja nak berjalan.. Dalam usaha Luth untuk bertatih ni, selalu sangatlah dia terjatuh. Kadang-kadang lebam jugak jatuh..aduh cuai betul aku. Menangis-nangis, menjerit-jerit biasa sangatlah. Tapi sekejap jatuh, sekejap dia bangun balik. Tak pernah putus asa. 
Gembira betul aku sebagai mak dapat melihat perkembangan dia. Banyak perhatian yang aku curahkan untuk Luth. Mungkin kadang-kadang aku terabai ayah Luth kot.

Antara suami dan anak, siapa yang paling aku sayang? 

Laki aku suka sangat tanya soalan yang tak payah fikir pun aku boleh jawab sesaat. Aku rasa dia cemburu, dahagakan perhatianlah tu. Biasalah bila ada anak kecil, apa-apa mesti dahulukan anak. Budak kecil comel macam aku kecil-kecil dulu, cerdik pulak tu, dah tentu-tentu aku sayang Luth. Mana boleh tanya soalan macam ni kan?

Kalau terpaksa dibuat pilihan, AKU TAK TAHU. Alhamdulilllah, aku tak pernah lagi diduga Allah untuk aku perlu memilih siapa yang paling aku sayang. Sayang anak lain, sayang suami lain. Kasih sayang untuk mereka ada tempat-tempatnya tersendiri dalam hati ni. Kalau aku kadang-kadang lebihkan anak, tak bermakna aku tak sayangkan suami.

Syurga aku adalah keredhaan suami mengizinkan aku menyintai Luth. Syurga Luth adalah kasih sayang yang aku berikan.


Siapa lagi ayah sayang?
Nampak kan?

Nampak sangat laki aku langsung tak tengok muka aku masa ambil gambar ni. 
Apa salah ambil gambar atas sikit, terpotong kepala aku. Penat aku sengih.

18 ulasan:

  1. wah tajuk cliche uolss berbagi kasih... ahaksss... antara anak dan suami of course tak boleh pilih dan of course sayang kedua2nya... tak dop suami tak dop lah anak tu... kalau tak dari sumber mana nak jadi ye tak??? ooopsss... he he he... lain kali retake gambar tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sekeping tau gambar gini..hukk

      Padam
  2. Laki kau jeles eh? Hahaha.

    BalasPadam
  3. hehee..kelakar lah..tapi soalan tu tak pernah terlintas pon dalam fikiran kitorang..mungkin kitorang dah memahami dan pasti nya anak-anak tetap yang terutama..hihi..

    BalasPadam
  4. hmm betul tu.pernah gak terfikir tatkala anak aku ngan isteri aku diacukan pistol..siapa yang aku pilih untuk terus hidup bersama aku?

    sampai sekarang aku takde jawapan :(

    BalasPadam
  5. Hahaha tergelak besar akak PB tengok picture tu... fokus kat anak jer tu...
    Kasih sayang kita semua sama... kekadang en suami akak pun jeles bila akak bermain sama anak2, akak selalu ckp.. Jom joint ;)

    BalasPadam
  6. Hihi... PB pun jgn ingat en abe tak sayang PB. Dah concentrate nak ambil gambar Luth mestilah terpotong kepala mak dia:) Sayang antara anak, suami dan isteri, adik-beradik, mak-ayah adalah kasih yg tak mungkin putus sampai bila-bila...

    BalasPadam
  7. betul...sayang suami,lain..sayang anak pulak lain...dua2 memerlukan perhatian dan kasih sayang..

    singgah & follow sini

    BalasPadam
  8. aduh..susahnya soalan..sayang anak lainlah dari sayang suami.. mana boleh bandingkan..

    BalasPadam
  9. dia takut anak jatuh tu yang gambar sekerat cenggitu.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Soalan cepu platinum macam ni mana boleh tanya. Apalagi kalau tanya masa kita tengah marah. Memang tak sempat fikir dah jawab. Memang cemburu membaralah partner. Nak buat camna, kasih-sayang kita pun beredar mengikut peredaran usia :)

    Sebenarnya kalau tanya kat kita kaum wanita mithali ni dua-dua pun sayang, tak boleh pilih. Anak sayang, suami pun sayang. Kalau dua-dua takda, punahlah hidup agaknya. Eh, ya ke? Entahlah...agaknya kot !

    BalasPadam
  11. Biasanya macam tulah kalau kita dah ada anak....seolah2 nampak yang kita lebihkan perhatian kat anak dari suami....
    Sebenarnya takk...anak tu kita dulukan sebab dia kecik lagi..semua benda nak kene kita uruskan...mandikan...suapkan makan...pakaikan baju...cebokan...sedangkan siayah ...kan boleh buat sendiri...dah besarkan...takkan nak kene cebokkan jugak kot...hahaha!!

    BalasPadam
  12. selalunya mimi yg suka tanya mcm tu pd suami.. hehe

    BalasPadam
  13. kalau tanya soalan sama kat tok laki kita, jawapan dier manjang koner ke lain aje... hehehe

    BalasPadam
  14. mesti sayang dua-dua sekali tu..

    BalasPadam
  15. bab ambil gambar tu kelakar...hehehe...bila tanya soalan mcm tu...mesti la jawab...dua2 syg...cuma cara syg tu berbeza la..

    BalasPadam
  16. soalan y biasanya tak akan dijawab..mestilah sayang dua2..hishh..

    BalasPadam
  17. soalan yang takkan dapat jawapan kalo tanya kat hubby.. :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...