Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140327

Bila sudah ajal


Masa aku mula-mula kahwin, suami aku beriya-iya nak bawa aku jumpa Mak Su De. Mesti kena jumpa Mak Su De. Mak Su De nak kenal bini Zaid ni. Mak Su De bukan saudara dengan suami aku. Dia mak kepada 2 orang sahabat baik suami aku, juga jiran sekampung. Sejak dari zaman budak-budak sampai remaja, rumah Mak Su De dah macam rumah ke dua suami aku. Tak kira pagi petang. Mak Su De dah macam mak dia juga. Bila dia tahu kami balik kampung raya cina lepas, beriya-iya nak jumpa kami, nak tengok anak kami. Ni kali ke dua aku jumpa dia lepas kahwin dulu, dia dah uzur sangat, lemah je. Sakit tua. Tapi dia cam sangat bila dengar suara suami. Gembira dia kami datang. Bila kami nak balik, cepat-cepat minta duit dengan anaknya, nak bagi kat Luth. Seronok dia jumpa Luth. 



Semalam kami dapat berita Mak Su De dah tak ada.


Kami dapat berita dah lewat. Handphone off, dah pukul 12 malam baru terdetik nak on handphone. Banyak message, banyak miscalled masuk.

Suami macam tak dapat menerima berita ni. Bukan tak redha dengan kematian ni. Mak Su De dah tua sangat, dah uzur sangat, kalau dapat berita Mak Su de dah tak ada, kami rasa dah bersedia tetapi kali ni rasa sedikit tersentuh. Mak Su De meninggal terbakar. Ya Allah, bagai nak gugur jantung dapat berita ni. 

Hangus dalam rumahnya… 

Mak Su De tinggal dengan anak menantunya kat rumah dia ni. Semalam cucunya tak sihat, lepas isyak tu mereka ke klinik. Minta anak saudara yang dekat rumah tolong datang tengokkan nenek ni. Nak dijadikan sebab, budak ni tak pergi pun rumah neneknya, menyinggah kat depan rumah jiran. Mungkin belum ajalnya. Rebah juga anak menantu mereka melihat mak hangus dijilat api. 

Suami tak dapat tidur semalam. Ajal maut dah tertulis. Sabarlah. 





Al-fatihah buat Mak Su De. Semoga hari ni lebih tabah.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak. Allahuakbar. Innalillahiwainnailaihiraji'un…semoga bertabah ahli keluarga menerima dugaan ini.. singgah menabung digi sini...

    BalasPadam
  2. kalau tak silap kak anim, nati terbakar ini antara tanda mati syahid.
    al fatiihah buat Mak Su De. semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. ajal sudah menjemput bukan kerana anak saudara yang tak menjengok allahyarhamah (penyebab saja)..wallahua'lam

    BalasPadam
  3. sudah sampai masanya..al-fatihah buat mak su de.

    BalasPadam
  4. salam takziah dan al-fatihah....

    BalasPadam
  5. Ya allah. Kesiannya. Moga arwah ditempatkn di kalangan org org beriman

    BalasPadam
  6. Salam takziah ..moga arwah ditempatkan dalam kalangan orng beriman...

    BalasPadam
  7. ajal maut adalah ketentuanNya... moga ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh...l

    BalasPadam
  8. Takziah sis..semoga arwah ditempakan dlm kalangan org yg beriman..amin..

    BalasPadam
  9. Masya-Allah!! Kakak yg tak kenal pun meremang apa lagi suami PB. Mestilah sedih tak terkata dgn cara kematiannya. Tapi kakak rasa mati terbakar ni bagaikan berjuang di medan perang. Moga roh allahyarhamah tenang di sana. Takziah dari kakak.

    Al-fatihah..

    BalasPadam
  10. al-fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan orangan yang beriman dan beramal soleh..

    BalasPadam
  11. Alfatihah. Sudah sampai ajalnya. Nak dijadikan sebab si anak sedara pergi menyinggah kat rumah jiran. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...