Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140304

Kau tak pernah tahu


Dua tahun selepas berkahwin, suami bercadang mengajak ibu berpindah dan tinggal  bersama kami. Ayah sudah lama meninggal dunia ketika suami masih kecil. Ibu sudah banyak berkorban dan bersusah payah. Boleh dikatakan, ibulah satu-satunya wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki kesayangan aku ni.

Aku terus bersetuju. Bilik untuk ibu aku kemas sebaiknya. Ku pilih bilik yang ada balkoni agar ibu dapat menikmati indahnya ketika fajar terbenam dan sejukn dedaun yang menghijau.


Suami berdiri di sudut bilik, dan tiba-tiba mengangkat aku ke bahunya, tubuhku dihayung-hayung. Ku rayu pohon dilepas, dia berkata,

Jom kita jemput ibu.

Suami lelaki yang tinggi dan besar, aku suka bila dipangku begitu. Bila-bila kami bertengkar, dia akan menarikku ke panggkuannya dan memusingkan badanku. Dia tak akan berhenti sehingga aku merayu dan memohon.

Lama-lama, aku menjadi seronok dengan perasaan ini.


Ibu bawa perangai kampungnya.
Bila aku belikan bunga buat menghias ruang tamu, dia menegur

Aku tak faham kenapa orang sekarang suka membazirkan duit? Kita tak makan pun bunga.

Aku senyum dan berkata,
Ibu, ini untuk menghias rumah kita, biar wangi, rasa selesa.

Ibu terus mengomel, dan suami terseyum,
Ibu, ini bandar. Semua orang bandar lakukan. Ibu akan biasa nanti.

Ibu diam. Tetapi setiap kali aku belikan bunga, dia akan bertanya berapakan harganya. Aku beritahu dan dia akan mengeleng kepalanya setiap kali. Kadang-kadang bila aku pulang dengan bag-bag shopping, dia akan bertanya setiap harga barang yang aku beli. Aku akan memberitahu harga yang sebenar dan jelas dia sedih.

Sayang, jangan beritahunya dan masalah selesai.
Ini menjadi sedikit konflik dalam hubungan kami yang aman.


Ibu benci bila suami bangun awal dan menyediakan sarapan kami. Pada pandanganya, bagaimana seorang lelaki boleh memasak untuk isteri? Di meja makan, raut wajah ibu selalu kelam. Sebelum ribut, aku cuba buat-buat tidak tahu. Dalam protes, ketukan pinggan mangkuk berlaga.

Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, aku amat menghargai  beberapa minit berehat di atas katil yang selesa selepas penat bekerja. Aku pekakkan segala protes ibu. Lama-lama ibu mahu menolong aku melakukan  kerja rumah. Tetapi tidak lama,  ibu telah  buat kerjaku makin bertambah.

Ibu mengumpul semua plastik bag dan kemudian menjualnya. Dan rumah kami penuh dengan plastik  bag. Ibu juga sangat berjimat dengan pencuci dan pinggan mangkuk. Maka pinggang mangkuk tidak betul-betul cuci. Tidak mahu mengecilkan hati ibu, senyap-senyap aku terpaksa mencuci sekal lagi. Kerja aku bertambah.


Suatu malam, ibu melihat aku sedang membersihkan pinggan mangkuk senyap-senyap dan..
‘Bam’, dilepaskan pintu bilik dengan kuat. Suami dalam situasi yang sangat berbelah bagi. Semalaman tidak menegur aku. Aku berlagak manja tetapi tidak diendahkan.  

Dan aku menjadi marah,
Apa yang tak kena?
Suami merenung aku,
Boleh tak sekali awak bagi peluang kepada ibu? Kita tak akan mati makan dalam pinggang yang awak rasa tak bersih tu.

Lama selepas itu, ibu tidak bercakap dengan aku. Dalam tempoh perang dingin tu, suami dalam delima.
Oleh kerana tidak mahu anak kesayanganya menyediakan sarapan..ibu sediakan sarapan setiap hari.  Di meja makan, ibu kelihatan  gembira melihat anak kesayangan gembira menikmati sajian ibu.  Renungan tajamnya, membuat aku merasa telah gagal menjalankan tanggungjawab seorang isteri.  Mengelak perkara tidak menyenangkan ini, aku mengambil keputusan membeli sarapan ke tempat kerja.

Malam itu, suami bersuara,
Awak rasa masakan ibu tidak bersih, maka awak tidak mahu menjamah masakan ibu?
Kemudian dia memalingkan badannya, dan membiarkan hatiku terguris. Aku menangis dalam senyap.
Tidak lama kemudian dia bersuara.
Untuk saya, makan di rumah.
Aku tiada pilihan.

Pagi esoknya, aku nikmati bubur yang disediakan ibu. Tiba-tiba aku rasa mual, seluruh isi perut ku tersembur keluar. Aku cuba menahan, tetapi tidak boleh. Segera aku lari ke bilik air dan semuanya ku muntah. Sebaik aku dapat bernafas, aku terdengar ibu menangis dan bebelan dalam bahasa yang tidakku fahami. Suami berdiri dipintu bilik air dengan pandangan membara. Aku cuba perjelaskan, tetapi tiada perkataan yang keluar dibibir.

 Aku tak bermaksud.

Kali ni kami bergaduh besar. Ibu melihat pergaduhan kami dengan perlahan meninggalkan rumah kami. Dan tidak lama. suami pula meniggalkan aku untuk ibu. Untuk tiga hari, suami meninggalkan aku, tidak juga menelefon aku. Aku sangat hampa. Emak aku datang, dan aku cuba berlagak kuat.Tanpa sebab, aku merasa semua salah aku. Aku rasa hambar dan tidak lagi berselera selepas semua ni. Aku dalam keadaan paling tertekan.

Akhirnya, seorang rakan sekerja menyaran,

Jumpa doktor, awak nampak teruk.

Dan doktor telah mengesahkan, aku mengandung.
Sekarang, aku jelas mengapa aku berkeadaan itu. Mengapa suami dan ibu yang pernah melalui ini, tidak pernah memikirkan kebarangkalian ini. Kejam.


Di pintu masuk hospital, aku terlihat kelibat suami sedang berdiri.
Hanya tiga hari, kenapa dia kelihtan begitu tidak terurus? Aku mahu pergi dan meninggalkannya sahaja. Tetapi melihat keadaannya, hati kecilku tidak merayu, memujuk. Aku panggil dia. Dan dia mengikut suaraku dan bila diketahui itu aku, dia berpura-pura tidak kenal. Pandanganya menikam hatiku.  Aku pujuk hatiku. Hati kecil ku berbisik,

Abang, saya mengandungkan anak abang. Aku tidak mahu melihat dia lagi.  Setelah dia berikan kegembiraan ini, kenapa dia beri  dugaan ini.


Pulang ke rumah, aku baring dan memikirkan suami dan pandangan matanya tadi. Aku menangis dan selimutku basah. Malam itu, bunyi laci ditarik mengejutkan aku. Aku hidupkan lampu dan aku lihat suami. Ada air mata. Dia mengambil duit simpanan. Aku memehati dalam senyap. Dia tidak menghiraukan aku. Deposit bank, duit semua diambil lalu meninggalkan rumah. Betulah dia mahu meninggalkan aku.  Apakah jenis lelaki meninggalkan cinta kerana wang. Aku ketawa air mata.

Esoknya, aku tidak pergi kerja. Aku mahu huraikan yang kusut ini. Berbincang dengan suamiku sejelasnya. Aku sampai di pejabatnya dan setiausahanya memberi pandangan aneh kepada ku.

Ibu encik mengalami kemalangan dan dia dihospital sekarang.

Aku terkejut. Lekas berkejar ke hospital dan aku dapati ibu sudah tiada. Aku pandang wajah kaku ibu dan air mata ku tumpah lagi. Ya Tuhan, kenapa ini terjadi?

Sepanjang pengebumian, tiada sepatah kata dari suami. Aku diberi tahu  serba sedikit berkenaan kemalangan. Hari itu, selepas meninggalkan rumah, ibu berjalan ke stesin bus untuk pulang ke kampung. Oleh kerana suami mengejar dari belakang, ibu semakin laju. Ketika ingin melintas, sebuah bas melanggar ibu.
Akhirnya aku faham, betapa suami membenci aku. Jika kami tidak bertengkar hari itu… dalam hati, akulah pembunuh ibu.

Suami berpindah ke bilik ibu dan hanya pulang bila malam hari. Dan aku ditanam hidup-hidup dengan perasaan bersalah ini. Aku ingin memberitahunya, kita akan memiliki anak sayang, tetapi tiap kali aku lihat pandangan kosongnya, ia benar-benar melukakan aku.

Hari-hari berlalu dengan dingin, suami pulang ke rumah setiap hari. Kami tinggal bersama, tetapi jauh.


Suatu hari ketika melintasi restoran, dari tingkatnya aku melihat suami bersama seorang gadis menghadap satu sama lain. Aku faham. Selepas menenangkan diri, aku masuk ke dalam restoran. Berdiri di depan suami, tiada air mata. Aku tiada apa ingin dikatakan, tidak juga perlu dia terangkan apa-apa. Gadis itu melihat aku, kemudian suami, dia bangun dan ingin pergi, tetapi suami menghalang. Dia menikam aku dalam, mencabar aku. Aku hanya dapat mendengar degupan jantungku perlahan. Aku berundur, aku takut makin lama di sini aku akan jatuh bersama anak dalam kandunganku ini.
Malam itu, dia tidak pulang. Dia telah memilih untuk menguburkan cinta kami bersama ibu.



Dia tidak lagi pulang ke rumah. Kadang-kadang bila aku pulang ke rumah, aku tahu dia ada pulang. Dia pulang mengambil barangnya. Aku tidak lagi berhajat untuk menghubunginya. Keinginan untuk memberitahunya sudah pudar. Aku bersendirian. Pemeriksaan kesihatan kandungan aku sendirian. Hatiku hancur melihat suami menemani isteri. Tabahlah.

Hari itu, aku pulang dan melihat suami di ruang tamu. Seluruh rumah dipenuhi asap rokok. Di meja tamu, ada sekeping kertas. Aku tahu, ini tentang apa. Tidak perlu membacanya.
Tunggu sekejap, saya tandatangan. Dia perhatikankan aku dalam pandangan yang bercampur-baur.

Ku gantung selendang aku..Jangan menagis, tolong jangan menagis. Hati aku benar-benar terguris tapi tiada air mata yang keluar.

Selepas itu, aku kembali ke meja, senyum. Aku tarik kertas dan tanpa melihat isi aku menurunkan tandatangan. Aku kembaikan kepada dia.

Awak mengandung?

Sejak ibu pergi, ini kali pertama dia bercakap dengan aku. Aku tak dapat menahan lagi tangisan.

Iya, jangan risau awak bebas pergi.

Maaf, maaf..  aku tidak tahu berapa kali ucapan itu.. aku boleh maafkan dia, tetapi selepas semua ini. Tidak mungkin, aku teringat semua yang berlaku di restoren tu. Ada parut yang dalam. Aku tidak sengaja, tetapi dia sengaja. Aku telah tunggu saat ini lama dulu, sekarang semua sudah terlambat. Semua yang lepas, tak akan dapat di ulang lagi.

Anak dalam kandungan aku memberi sedikit kehangatan. Aku sudah dingin terhadapnya. Aku tidak lagi menjamah makanan yang dibelikan, tidak mengambil apa-apa hadiah darinya dan berhenti bercakap dengannya. Pada saat aku tandatangan, aku padamkan perkahwinan ini.

Kadang-kadang suami masuk ke biliku. Bila dia masuk, aku keluar. Tiada pilihan, dia tidur di bilik ibu.
Malamnya, aku terdenagar tangisan. Aku diam. Ini semua bohong, bila-bila aku tidak hiraukan dia, dia akan berpura sakit dan aku akan risau keadaannya. Dia akan memeluk aku dan ketawakan kerisauan aku. Dia lupa, dulu semasa cinta masih ada. Apa telah berlaku sekarang? Dia terus menangis dan aku biarkan.

Setap hari, dia akan membelikan sesuatu untuk anakku, persedian melahirkan, barang anak-anak, buku kesukaan anak. Setiap hari hingga bilik penuh. Aku tahu, dia cuba mendekati, tetapi aku tidak berbuat apa dengan segala tindakan dia. Tiada pilihan, dia menguncikan bilik dan aku dapat mendengar bunyi kekunci komputer dari biliknya setiap malam. Aku tidak peduli, tiada kaitan dengan aku.

Lewat malam aku menjerit, perut aku benar-benar senak. Suami berkejar ke bilik ku. Aku tahu, dia tidak tidur lama benar dan menuggu saat-saat ini. Di pangkunya aku dan berlari ke bawah, menghentikan kereta, dan mendukung aku dengan erat sepanjang perjalanan ke hospital. Sebaik sampai, cepat-cepat memangku ku ke bilik bersalin. Tubuhnya kurus sedikit tetapi kehangatannya menerpa mindaku. Dalam hidup aku, siapa lagi boleh menyintai aku sepeti dia?

Dia menemani aku. Pandangan matanya, menghilangkan kesakitan aku. Keluar dari bilik bersalin, dia memangku anak lelaki kami, ada air mata kegembiraan dan bibirnya tersenyum. Aku tarik tangannya, ku cium. Dia tersenyum, dan tiba-tiba dia rebah.

 Aku menangis, aku tidak pernah menjangka. Matanya terpejam. Aku tidak akan dapat mendengar tangisan lagi, sebetulnya, aku tidak pernah merasa sedalam ni sakitnya. Doktor mengesahkan suami mengalami kanser hati. Peringkat akhir dan keajaiban dia sudah bertahan selama ini. 5 bulan yang lepas.

Bersedialah.

Aku abaikan larangan jururawat dan bergegas pulang. Aku masuk ke biliknya dan memeriksa komputernya. Suami mengetahui penyakitnya sejak 5 bulan dan tangisannya benar ku sangka bohong.
Aku kembali ke hospital, suami masih koma. Aku pangku anak ku ke sisi suami.

Bukak mata, biar anak kita rasa hangat kasih sayang ayah.


Dia berusaha membuka mata perlahan-lahan, senyum lemah.  Aku biarkan anak dipangkuanya. Ku abadikan gambarnya bersama anak kami dan bersama tangisan.



cerita aku terjemah tak berapa emo pasal aku tak reti nak tulis jiwang-jiwang.. cerita versi asal buat aku macam nak nangis.. tahan jugak.


Semalam-semalam aku bagi soalan matematik korang cakap malas nak fikir.
Hari ni aku buat karangan bm spm 5, korang cakap malas baca pulak.
Esok aku buat pendidikan seni pulak. Baru tahu betapa artnya aku.

25 ulasan:

  1. wah..boleh di bukukan bha ini..mmg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xleh.. x tau sapa penulis asal.. kita translate n ubah sesadap hati..katnya true story.

      Padam
  2. dah lama tak baca cerpen pendek gini..best jugak ceritanya..sedih..:)
    #datang follow sini.:)

    BalasPadam
  3. baca dari awal sampai habis ok... ha ha ha...tapi kisah ni sangat sesuatu dan ada part2 tu mesejnya senang jer... sometimes what you see is not what you think, jadi jangan suka2 nak jump into conclusion... manusia ni kekadang terlalu ikut emosi dan tak berfikir dulu...akibatnya esok sendiri yang telan balik perbuatan sendiri... hu hu hu... pengajaran untuk kita semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tulis habis ceritanya sb nak tau bc dok..
      betul ada sesuatu..

      cakap..jangan pendam. kita fikir tak selalu betul

      Padam
  4. laaa, ingtkan kisah tuan umah tadi...sedey plak baca di petang² berjerebu nie :(

    BalasPadam
  5. ingatkan cerita betul, rupanya cerpan..tapi sedihlah..saya nangis..

    Saya dah follow sini, kalau sudi follow la saya semula..http://srikandiofficialblog.blogspot.com/
    terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. katanya ni true story... cuma sy edit sesedap rasa..bg lg emo

      Padam
  6. Sedih dan sayunya baca karangan ni..sungguh ter kesan..huhuhu

    BalasPadam
  7. Gigih baca dr atas smp bawah..serious best..thumbs up!!!!..;))

    BalasPadam
  8. sedihnya kisah ini.. sangat menyentuh perasaan..

    BalasPadam
  9. saya baca sampai habis o.k..hihihi... I love karangan BM...hahahha...tapi cerita ni sedih......tabah betul orang yang melaluinya...

    BalasPadam
  10. citer ni berjaya buat SA bergenang air mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah2.. jgn bg org nampak air mata tu.

      Padam
  11. Assalamualaikum kak, nak nangis baca ni... sedihnya... sambungan ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak dia pun besar..kahwin dgn puteri raja.
      pindah duk istana..
      :)

      ishk dah x pyh sedih2.

      Padam
  12. macam marah je nota kecik hujung2 cerita tu...he3.... dah ok citer nih... boleh jadi penulis dah ni............ ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak..
      kena bc entry semalam2 br faham cerita ni.. dn cerita hari ni.
      :)
      ps..x pernah marah, sayang ada.

      Padam
  13. nangis!!!uwaaaaaaaaaaaaa.....mungkin sbb kite pun tgh preggy....

    BalasPadam
  14. sy baca dr mula smp habis..mmg sedih..tak tahu nk salahkan sesiapa dlm hal ni..jgn biarkan ego meraja..kena terus terang jgn selalu terus jump into conslusion..hidup ni indah klu kita tau mencorakkannya..klu suka turutkan hati menyesal kemudian tak berguna..:)

    BalasPadam
  15. Saat paling bahagia adalah bila dapat hidup bersama suami tercinta....
    Tapi kalau tinggal sebumbung dengan ibu suami...... kena fikir 2 x jugak tu.......
    Nak dapat pahala memang mudah tapi nak mengumpulkan pahala amatlah susah....sebab syurga tu mahal harganya.... komunikasi amatlah penting disini!...

    BalasPadam
  16. menarik cerita nyer...baru nak kuar air mata...tersekat air mata keluar bila baca ayat2 akhir tu... hehehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...