Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140320

Mabuk kenderaan

Bawak memecut.
Larilah budget minyak kereta aku bulan ni.
Tiba-tiba break.
Hauslah tanyar kereta aku.

Sejak kebelakangan ni bila laki aku bawak kereta aku rasa pening. Rasa nak muntah. Rasa pening macam orang sedang mengandung. Aku rasa laju sangat kereta ni. Aku tengok kat meter dalam 80~100 gitu je tapi rasa laju sangat. Kalau aku bawak rasa tak laju sangat, tapi bila duduk kat sebelah driver ni rasa laju sangat.. Kalau time nak memotong tu aku rasa macam tak lepas je. Kecut perut aku, macam sipi-sipi je. Anak aku kecil lagi ya Allah.

Kadang-kadang dia sengaja tahu buat break tiba-tiba bila aku ralit duk main tenet. Terkejut tahu! Dah masuk kawasan rumah pun kena hati-hati. Mana tahu ada budak-budak sedang main, melintas jalan tiba-tiba. Takut aku.

Masa kecil-kecil dulu aku memang mabuk kenderaan.

Keluarga aku dulu tak ada kereta. Jadi aku rasa pasal jarang naik kenderaan, aku mudah mabuk kalau naik kenderaan. Even naik bas rumah aku ke Kota Bharu yang tak sampai 30minit pun aku boleh muntah-muntah. Mabuk. Biasanya sepanjang perjalanan aku akan tidur aje. Bila aku terjaga aku akan rasa pening balik. Rasa nak muntah. Malah lebih teruk, iyalah tidur bangun, tidur bangun lagi pening. Tapi kalau tak tidur, aku nampak pendangan yang bergerak-gerak rasa pening jugak. Tambah pulak kalau cuaca panas kat luar dalam sejuk aircond.

Jadi masa kecil dulu, aku memang tak berapa gemarlah nak melawat-melawat tempat jauh ni. Letih, sebab asyik muntah je. Beli pil mabuk pun tak berkesan. Apa yang aku buat untuk mengurangkan mabuk adalah mengosongkan perut sebelum naik kenderaan. Kadang-kadang keluar juga muntah air.

Sampai aku masuk U barulah hilang mabuk tu. Kalau tak haru jugak nak balik naik bas shah alam ke kota bharu yang memakan masa lebih 8 jam. Mula-mula aku cuba naik bas waktu malam. Jadi bila naik bas aku terus tidur. Pemandangan kat luar pun tak nampak. Lama-lama bila dah biasa, alhamdulillah aku naik bas waktu siang pun tak apa. Bolehlah menyambag-nyembang dalam bas. Kalau tak tidur je. 
Dah lama aku tak mabuk. Aku rasa mabuk kenderaan dah hilang.

Sekarang ni aku selalu rasa mabuk.


Pening betul bila naik kereta laki aku bawak. Aduh. Kalau aku bawak sendiri, tak pening. Tapi rugilah ada laki kalau aku kena bawak kereta sendiri. 
Sengaja ni.

21 ulasan:

  1. Husna akan pening kepala kalau dlm kereta dok sms ke, layan internet ke, baca paper ke...
    tp klu drive sendiri tak pening lak

    BalasPadam
  2. dari kecil sampai zaman sekolah memang mabuk kenderaan... beransur ok bile masuk sekolah menengah sebab kene naik bas tiap tiap hari... tapi kadang kadang mabuk jugak... hahaha... sebab tu masa kecik tak pergi jalan jauh jauh....

    BalasPadam
  3. niesa jarang kot mabuk2 ni..tp akan pening bila membaca dlm kereta...

    BalasPadam
  4. cuba cakap dengan dia suh jangan drive reckless sangat... dan terangkan apa masalah sebenar...nanti mungkin dia akan faham....

    iolss tak pernah lagi mabuk kenderaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ckp.. dia suruh bawak sendiri..
      tu yg malas.

      Padam
  5. Dulu aku pun mabuk jugak. Kalau nak jalan jauh aje mesti ready minyak angin dengan plastik. Entah macam mana boleh tak mabuk pun aku tak ingat. So sekarang kalau naik bas ke kereta ke dengan selambanya boleh baca buku. Hehe.

    BalasPadam
  6. kesimpulannyer dia suruh suami rehat isteri memanduni...
    akak suka memandu muda2 dulu dah berumurni macam malasjer...

    BalasPadam
  7. Entahlah PB tapi saya pun rasa macam tu juga. Eh, saya tak mabuk kenderaan cuma bila suami drive, saya duduk sebelah ke duduk belakang dengan anak-anak, saya pening. Saya rasa laju semacam tapi katanya standard aje tak sampai 100 km/h pun! Tapi suami bukan buat begitu sebab nak suruh saya drive. Katanya kalau saya drive, dia mengantuk sangat nak tidur :)
    Walau apapun yang kita bebelkan, driver peribadi yang satu ni memang buat tak kisah aje. Pastu pandai pulak ngeri bila tengok kemalangan. Masya Allah memanjang. Insaf tak gak ....

    BalasPadam
  8. dulu kecik2 mabuk tp dah lama tak mabuk..kalau jalan tu pusing2 cam ular tu yela..pening gak rr

    BalasPadam
  9. ralit berinternet ..org sblh ajak sembanglah tu..

    kesian boring dia...

    BalasPadam
  10. kna tukar driver la kalo camtu kan PB..SB tak penah mabuk keta ni..mabuk lauk lagi la tak merasa sbb tak penah naik bot ke kapal ke..sakit ke rasanya tu?

    BalasPadam
  11. dulu sis takleh naik bas muntah..tp sakng dh ok..

    BalasPadam
  12. Rasanya, mmg kalau kita yg biasa driving, bila duduk di sebelah pemandu, akan rasa macam " ehhhh..lajunya kereta ni"..Hahahaha...sebab saya mmg rasa macam tu bila duduk sebelah wife saya bila dia driving.

    BalasPadam
  13. Akak kecik2 dulu pun mcm tu PB.. mabuk kenderaan .. skrg ok tapi menjangkit penyakit mabuk ni pd anak akak yg sulung...

    BalasPadam
  14. Member office ada mcm tu. Klo dia drive sendiri, tak per. Klo org lain drive, tak boleh. Memang mabuk.

    AKu masa skolah dulu memang mabuk kenderaan. Naik bas skolah memang kena bawa bag plastik siap². Bukan tu jer, siap mabuk lif ko. Tapi skang dah ok. Tak mabuk2 dah. MAbuk bila tgk anak buat perangan jer...ngeee...

    BalasPadam
  15. my cussie ada sorang mabuk segala mak nek kenderaan..kalau nak jalan jauh dia kena telan ubat...payah woo...

    BalasPadam
  16. hehe, sy time hubby ada jela buleh bermanja dia bawak keta.. kalau tak, mmg kena drive sdr mana2

    BalasPadam
  17. Bunda kalu naik kete ke bas ke tak mabuk....tapi kalu naik moto jauh2 skit kat jalan raya yg banyak kereta...memang mabuk...
    Bukan apa moto tu kan tak der dinding/pintu tingkap....
    Sebiji2 badan kita...angin pulak banyak...bila memotong atau dipotong memang kecut perut...
    Sementara nak sampai mata mula berpinar2 ...
    Sampai jer terus meloya ...pening...baring terus dulu...relax...

    BalasPadam
  18. Sama la plak dengan saya masa kekecik dulu. Naik keta ke bas ke tak sah kalo tak muntah. Saya sampai sekarang masih mabuk kalau membaca dalam kenderaan bergerak. Bagus gak petua awak tu untuk mula naik bas malam2.

    BalasPadam
  19. saya pun kalau naik kereta jalan jauh, mesti mabuk kereta. sebab x biasa naik kereta sejak dari kecik.. selalunya naik moto je...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...