Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140317

Main kutu


Kutu ni sangat sesuai dimainkan oleh orang yang tak pandai simpan duit macam laki aku. Sebenarnya aku sebagai seorang yang berjimat cermat tidak perlu sanagt menyertai permainan ini, tetapi sebagai sokongan kepada laki aku dan kawan-kawan jiran kami, aku turut menyertai juga. Iyalah, kalau main kutu beriya-iya tapi wang terkumpul setakat 3,4 puluh ringgit macam tak berapa gembira aje.

Apa kaitan binatang ini?

Kaedah main kutu ni ada macam-macam. 

Kat facebook aku selalu nampak ada yang create group kutu nak beli gadget-gadget canggih etc, nak beli Tupperware, even nak beli emas pun ada. Konsepnya, kau booked barang yang kau nak lepas tu tiap-tiap minggu atau bulan kau bayar kat penganjur sampai habis, kemudian kau dapat barang tu. Tapi aku rasa tak macam kutu pun, macam ansuran nak beli barang pulak. Bagi aku, kutu-kutu facebook ni tinggi risikonya. Kalau setakat kenal dalam facebook, aku rasa tak payahlah joint. Selalu aje aku dengar yang kena tipu, tapi itulah ramai juga joint tu. Aku tak beranilah nak joint kutu-kutu facebook ni. Friend facebook PetakBunga lebih 4000 tapi tak sampai 10 orang pun yang aku betul-betul kenal. Kalu kena tipu, memang lesap gitu ajelah. Baik hutang dengan court mamout kot.

Masa kecil-kecil dulu pun aku pernah main kutu dengan kawan-kawan sekolah. Kaedahnya kumpul kawan-kawan yang nak joint ramai-ramai. Lagi ramai. lagi seronok sebab nanti lagi banyak boleh dapat. Kemudian cabut undi, giliran untuk dapat duit ikut nombor yang kena cabut tu lah. Tiap-tiap hari seorang bendahari dilantik mengumpulkan 20sen setiap peserta. 
Aku pernah jadi bendahari tukang collect duit, pening aku. 

Kutu yang kami main kali ni lebih kurang jugak dengan yang aku main masa kecil-kecil dulu. Cuma kali ni duit pun besarlah sikit, tak akan orang tua pun nak main 20 sen kot. Dan kononya nak lebih teruja, kita orang cabut undi tiap-tiap bulan. Biasanya 4,5 hari lepas semua duit dah terkumpul, penganjur akan panggil buat perjumpaan depan rumah untuk cabut undi. Kiranya tiap-tiap bulan, kena berkumpullah semua yang menyertai terutama yang belum lagi dapat duit. 

Ini salah satu aktiviti mengeratkan ukhuwah kawasan kejiranan kami iaitu dengan main kutu

Bulan ni dah masuk 3 bulan kita orang main kutu. Giliran kami belum lagi. Laki aku cadang nak dapat duit kutu raya nanti, ingat nak wat kenduri aqikah Luth.

24 ulasan:

  1. Wah! Kalau dah smp boleh buat akikah, mesti beriban kau join eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat2 la..ramai yg mainkan

      Padam
  2. dah lama tak main kutu ni..malas kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. main kutu tak memerlukan kerajinan..pakai duit je.

      Padam
  3. rajinnyaaaa men kutu...hehehe..

    BalasPadam
  4. kenapa gambar tu agak mengerikan...gelis..hehe.
    opis kakak penah buat kutu rm1 sehari..tapi ramai2 join la..mcm mne ntah..yg pasti boleh dpt ratus2 jgk wooah.

    BalasPadam
  5. hehehe dulu2 ada join jugaklah !

    BalasPadam
  6. kesian kutu..hehee//btw tak penah gak SB join mana2 se -kutu ni..best ke?.

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi main kutu ni......huhu

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.. sheila tak pandai nak bersabar tunggu giliran. hahaha singgah sini sambil menabung sekali. hiewhiew~~~

    BalasPadam
  9. ingatkan kutu per ler tadi... ooo akakpun main jgk ngan orang setaman...

    BalasPadam
  10. Bapak kakak pun main kutu macam ini kat kampung PB. Maklum semua dah tua dpt duit dari anak-anak memanglah mampu 500/- seorang. Siap ada yg boleh pergi umrah tau...

    Teringat masa sekolah dulu kakak pun main seminggu seringgit, itu pun rasa macam besar sangat dpt belas-belas aje pun hihi...

    BalasPadam
  11. Umi Qi pernah men kutu ngan budak2 opis...tp Umi Qi nih jenis bayar lumpsump...hahahha bukan nama kutu kan...sebab jenis x menyabor bayar hutang...so last2 Umi QI tarik diri sebab rasanya x perlu kot terjebak ngan men kutu...sendiri leh simpan duit...lebih simpan ASB...weeeeeeeee

    BalasPadam
  12. best jugak main kutu.. lebih disiplin dari simpan duit sendiri kan..

    BalasPadam
  13. Nak main kutu jugak tp xnk pakai duit sendri boleh???..pakai duit somi..duit sendri nak simpan utk anak2..ececeh..ahahhaaa

    BalasPadam
  14. baru ingat nak join main kutu dgn ahli group menjahit kat FB. Mmg tak kenal, tapi nak beli mesin jahit tepi ni ntah bila.

    BalasPadam
  15. saya pun ade main kutu ngan kakak kat ofis ni ...syok jugak bila turn saya dapat duit :)

    BalasPadam
  16. Akak masa kecik2 dulu main kutu2 ni... 10 Sen sehari.. cukup bulan salt rm20 seorg punyalah suka... dah besar dah tak main simpan sendiri ;)

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum...petakbunga,

    ohhh..'main kutu'... mesti ramai yang join kan.

    mselim3

    BalasPadam
  18. Nak main kutu jugak tapi tak tau nak main dengan siapa..hubby pulak tak bagi main kutu tapi tak tau kenapa..sudahnya tak mian pon..huhuh

    BalasPadam
  19. Last sekali main kutu rasanya dah sedekad kot, salah seorang 'pemain' kita main tipu. Walaupun kawan sepejabat aje, dia boleh resign 24 jam lepas turn dapat duit. Wah, nasib baik turn kita pun dah lepas. Yang tak lepas lagi tu, kesianlah. Nasib baik juga tukang collect duit orang kaya pemurah, dia yang tolong cover :)

    BalasPadam
  20. dah berzaman rasanya noe x main kutu...x sangka plak zaman skang ni ada main kutu...beli brg canggih2 lak tu

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...