Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140319

Merokok tak cool

                                
Aku ingat tak ada seorang pun perempuan yang suka perokok. Kalau ada yang suka perokok itu mungkin dia pun perokok jugak. Aku ingat tak adalah kot perempuan merokok atau kalau ada pun 1 dalam sejuta. Nenek kat kampung yang hisap rokok daun, selain duk tonyoh gobek sireh. Jadi bila  tengok perempuan merokok, aku ada sikit negative thinking. Tapi itulah, zaman dah berubah, dah makin maju perempuan pun dah pandai merokok. Sejak zaman aku study dulu pun aku dah tengok berlambak perempuan merokok kat sec2 uitm tu. Tak tahulah student jugak atau orang luar. Aku tak kenal, kalau kenal pun aku tak ngaku kawan. Kawan-kawan aku semua baik-baik.

Jadi aku simpulkan perempuan normal yang baik-baik tak akan sukalah perokok. 

Aku ni memang tak sukalah perokok ni. Busuk. Banyak mana pun disembur minyak wangi tu tak akan hilang bau rokok tu. Lagi hangit pulak baunya. Dahlah asap rokok tu buat hidung aku lemas. Asap rokok yang kita sedut tu lagi berbahaya dari merokok. Kira macam bunuh orang dalam senyaplah.

Pilih-pilih pun dah jodoh.
Laki aku perokok

Aku harap bila aku pregnant, dia akan berhenti. Rokok ni kan merbahayakan kandungan. Tambah pulak  sekarang ni macam-macam penyakit. Aku pun risau. Sampai dah beranak, pun tidak berhenti. Aku pun tak adalah meletakkan syarat suruh berhenti merokok. Aku tahu payah. Kalau dapat kurangkan merokok pun dah baik.


Usaha aku untuk hilangkan ketagihan merokok?

Tak ada. Tak payah membazir nak beli coklat boleh hilang ketagihan. Buatlah macam mana pun nak suruh dia berhenti rokok, tak akan jalannya. Sebab dalam hati tak ada NIAT nak berhenti. Tak ada duit macam mana pun, rokok tak pernah putus.

Rokok naik harga, boleh beli rokok seludup. Ada duit sikit, beli rokok halal. Walaupun hari-hari kerajaan duk iklan bahaya rokok seludup langsung tak jalan. Bukan dia tak tahu merokok tu merbahayakan kesihatan, apa lagi bezanya rokok seludup ke tidak. Nak tangkap orang beli rokok seludup pun payah. Penuhlah aku rasa jel. Mungkin setakat nak tangkap yang menjual tu bolehlah

Rokok seludup ni kurang bahaya, sebab murah..mana boleh letak semua bahan kimia kat dalamnya. Bahan kimia tu kan mahal. Rokok ni murah.
-Budak kilang aku, bila aku tanya pendapat pasal rokok seludup-

Aku pun tak kaji perbezaan kandungan bahan kimia antara rokok seludup dengan rokok tak seludup. Adakah rokok seludup lebih kurang bahan kimianya atau kualiti bahannya murah? 
Cuma yang pasti murah, pasal tak payah bayar tax.

Aku cuma berdoa suatu hari nanti suami kesayangan aku akan berhenti merokok sebelum Allah ambil nikmat kesihatan ni.

Amin

Untuk yang belum kahwin:

Kalau jumpa calon yang merokok pertimbagkanlah. Insyallah boleh berubah, kita sama-sama doa dunia ini bebas tanpa rokok. Perokok pun perokok lah, asal sembahyang.


RUMAH AKU KAWASAN LARANGAN MEROKOK. 
SILA MEROKOK DI LUAR RUMAH.

23 ulasan:

  1. sama laaa, shuben kuat merokok..tp dia xkan merokok dlm umah & dlm keta...mrokok pon jauh dari org..ok, dibenarkan...dok pujok soh berenti pon, x mkn saman..aish..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita sama-sama doa utk suami kita.

      Padam
  2. ayah saila kuat merokok,sampai kami semua dah imune..dpt suami alhamdulillah x merokok..sejak setahun hidup dgn suami, bkn main sensitif bau rokok ayah :( masa ni la terfikir kesian ibu kena hadap asap rokok ayah bertahun2 :(

    BalasPadam
  3. tak boleh cakap lagi tak suka, takut nanti mmg dapat yg kaki..
    so, kena cakap suka laa..uhuhuhu

    BalasPadam
  4. Hampir 100% ulama sedunia, dah fatwakan merokok itu haram.
    Haram itu dosa.
    Memang pelik juga, sebab perokok yg Muslim ni, tak takut dosa...malahan ada yg berani bantah pendapat ulama, semata mata utk kepentingan merokoknya..

    Saya doakan semoga suami awak, berhenti merokok. Insya Allah..
    Doa hari hari utk nya..
    Igt kan hari2 kat dia, " DOSA bila merokok"

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.
      dah ckp pun tak dengr

      Padam
  5. sekarang ni ramai dah perempuan yang merokok PB... kekonon trending... my suami merokok jugak... tapi he is more to social smoker, kalau kepala dia semak, banyak jugaklah dia merokok... tapi dia masih boleh control...

    BalasPadam
  6. asben saya merokok jugak..tak lut..tapi sentiasalah berdoa agar dia berhenti merokok..

    BalasPadam
  7. Biasa masa bulan puasa bole berhenti cuma kena ada aktiviti lepas makan dan masa raya pun :) InshaAllah.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum buat permulaan sy berkomentar di sini ; ...sudah berkeluarga dan dijodohkan dgn suami yg merokok itu bkn kehendak kita ..syukur alhamdulillah PB punya suami yg bertanggungjawab ; bagaimana nak berhenti merokok itu mestilah dengan azam dan berkat doa kita sendiri ...jgn pernah jemu memohon kpdNya.

    BalasPadam
  9. Aah la..ape las sedpnya merokok.tu...bukan blh baik...tp byk blh buruk ld kesihatan kan..sayangilah diri dan keluarga tersyang...berhenti secara beransur2 pasti boleh.. :)
    Kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua kena diri sendiri nk berubah

      Padam
  10. Salam perkenalan...
    Merokok kekadang tuh mcm membunuh diri sendiri dan org sekeliling kan...

    BalasPadam
  11. Teknisen aku itu hari berhenti merokok. Demam 2 hari tak bangun. Aku tanya kenapa tak berhenti perlahan²? Dia jawab, Kak merokok tu haram. Kena berhenti terus. Takde istilah perlahan-lahan. Nak berhenti kena berhenti terus.

    Alhamdulillah aku tengok dia cuma demam tu je la. Lepas tu elok je tak merokok dah. Cuma peringkat awal dia banyak mengunyah gula-gula untuk hilangkan habit tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ada kesedaran dlm diri sendiri sebenarnya.

      Padam
    2. bagusnya teknisyen tu terus boleh terima bila keluar fatwa rokok tu haram. Ada yang tak nak terima fatwa. Katanya kalo makan gula pun boleh memudaratkan diri juga. Jadi kenapa tak haramkan gula. Huhuhu... Gula tu lain. Dia ada memberi manfaat. Kalau diambil berlebihan baru la mudarat. Ini rokok ni, hanya memberi mudarat tanpa manfaat.

      Padam
  12. cerita kita hampir sama.. nk wat macam mana, yg penting terus doakan in Shaa ALlah satu hari dier berubah kan,, ALlah tu kan maha mendgr !

    BalasPadam
  13. Nak buat macamana PB, dah katanya suka. Perokok pun perokoklah. Suami saya tak merokok. Nasib baik. Kalau tidak, akan adalah beberapa kali seminggu yang suami kena tidur kat luar. Saya pun tak tahan bau rokok ni. Tengik semacam rasanya. Puas kepala otak ni dok fikir apa yang nikmat sangat rokok ni, sampai sekarang tak jumpa jawapan. Kalau bulan puasa tu, berbuka aje terus hisap rokok nak hilangkan addict katanya. Tak makan pun takpa yang penting rokok hisap dulu. Kalaulah suami saya perokok, memang buka puasa saya sediakan rokok sebatang dalam pinggannya, tak payah nak sediakan makanan enak mahupun air. Cukuplah tu apa ...

    BalasPadam
  14. fatwa dh kata haram..rokok juga mmg jenis hati batu le..

    BalasPadam
  15. "Perokok pun perokoklah, asal semayang"

    I like this statement! Tapi kalau tak merokok lagi best!

    BalasPadam
  16. amiin...

    solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.. just sayin.. hehehe

    BalasPadam
  17. hehehe I pun perokok.. errr bekas. Mujur la mengandung yang second ni tiba2 terasa tak nak merokok, and sentiasa berharap agar lepas beranak nnt pun tak merokok balik. Masa yang first dulu kekal tegar...

    BalasPadam
  18. hehe. berhenti rokok memang susah. kena betul2 nekad dan kuatkan semangat.. Mungkin entry ni membantu :) : TIPS JIMATKAN DUIT GAJI SUAMI RM728 SETIAP BULAN

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...