Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140327

Nilai wang dalam berkawan

Kami laki bini suka shopping pasar malam. Murah. Kat tempat aku ada 3 kali pasar malam yang biasa kami pergi. Sabtu dan Rabu malam kat Bukit Sentosa, Selasa malam kat Serendah. Aku suka pergi waktu pasar malam dah nak tutup. Sebab utamanya nak dapat harga murah. Nak tunggu peniaga buat lelong. Gembira sangatlah aku bila dapat beli barang lelong. Paling aku kemaruk nak beli bila lelong buah-buahan. Memang aku beli dengan bersungguh-sunguhlah. Setakat laki aku mampu angkut, aku beli. Biar makan buah sampai muntah pun tak apalah. Buah, tak apa kot makan banyak.

Cuma yang tak syok bila pergi saat-saat akhir ni, banyak benda yang nak beli dah habis. Terutama pasar malam kat Serendah. Pasar malam kecil je, peniaga pun tak ramai. Cepat je habis. Kalau  ikan, ayam, daging tu cepat je habis. Tak sempat melelong pun dah habis.

Bila pergi pasar malam ni rasanya tak lengkap kalau tak beli nasi kerabu. Dah selalu sangat beli kat tempat sorang budak ni. Dulu ingat orang Kelantan juga rupanya, orang belah sana. Siam. Laki aku kan peramah, sambil tunjuk lauk sambil bertanya itu ini. Itu yang banyak tahu pasal latar belakang dia. Dia tolong jaga je katanya, makcik dia yang punya. Selain berniaga kat pasar malam hampir setiap malam, mereka juga ada kedai makan. Siap ada kedai disewakan kat orang lain.

Tengok, orang Siam datang kat tempat kita, senangnya berniaga.
Kenapa kita rakyat sini susah sangat nak berniaga macam dia orang.
Pasal dia ada persatuan, persatuan dia kuat. Tolong puak dia.
Iya ke?

Selain nasi kerabu banyak lagi lauk-pauk dijual, laksa, laksam pun ada. Kalau nasib baik sempatlah beli nasi kerabu dia, biasanya cepat je habis. Sedap sangat tak adalah. Nasi kerabu letak daun hidup je, bukan guna skil masak pun. Sedap cakap, aku pun tak lepas pun buat tumis nasi kerabu, tu yang beza sedap dengan tak sedap nasi kerabu selain ulam-ulam nya yang segar.

Ni bunga nasi kerabu sebenarnya. 
Kalau siapa nak tanam bagi tahulah kat aku, nanti kalau ada benih aku simpankan.

Ni nasi kerabu buat sendiri, tu yang nampak sedap. Tak guna pewarna ye, guna bunga.
Ma buat lain-lain, tapi aku yang masak nasi biru, potong ulam. 

Kalau tak sempat beli nasi kerabu, kami beli je lah lauk pauk lain yang budak ni jual. Atas dasar keramahan laki aku, kita orang selalu bawak balik banyak lauk. Lebih dari yang kita orang beli. Selalu dapat harga kawan-kawan. Bukan sahaja murah, banyak dapat free tu. Yang beli dah dapat lebih. Yang tanya saje lauk apa, pun boleh bungkus try kat rumah. Habiskan lauk pauk dijual.

Seronok betul aku dapat beli murah. Makan murah.

Untungkan abe baik dengan budak tu. Selalu bagi nasi lebih, lauk lebih. Murah pulak tu.
Susah kalau letak duit kat depan.

Pengajaran, ikhlas dalam berkawan. 
bukan nak beli lauk murah je.
seronoklah jugak dapat murah.


17 ulasan:

  1. kalo ada benih lebih pos kat sini skit PB..
    susah nak dapat ni..

    memang untung kalo ramah ngan orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. zee email lah alamat..kalau ada benih kita pos.

      Padam
  2. Betul tu , yg penting ikhlas dlm berkawan :)

    BalasPadam
  3. yang penting kena ikhlas dalam berkawan bukannya disebabkan ada agenda lain....

    BalasPadam
  4. Saya rasa, dah hampir 10 tahun saya tak ke pasar malam..
    Nasi kerabu mmg feveret saya...tapi kena cari penjual yg pandai buat..

    Org Siam/Kelantan, maju berniaga..sebab mereka bersatu...sama macam style Cina meniaga...Melayu pulak selalunya suka hasad dengki..penyakit sejak dulu yg dah jadi barah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org asing kaya kat bumi kita

      Padam
  5. betul tu..en suami selalu kata tak rugi buat baik dengan org..sbb en suami meniaga kt pasar malam jugak,kami selalu dpt beli buah byk dr biasa..klu sayur2 lg la selalu dpt free,smp tak termakan..

    nasi kerabu peberet sy gak tu..kadang2 beli gak kt pasar malam area umah sy ni

    BalasPadam
  6. aiza pula sudah lama tidak ke pasar atau pasar tani.. selalu membeli barangan di tesco kerana mak aiza berkerusi roda.. mak aiza memang nak ikut kalau kami adik-beradik membeli barangan dapur..
    kalau barangan di pasar tani di putrajaya ni boleh tahan juga harganya, harga di tesco atau mydin lebih murah rasanya..
    nasi kerabu salah satu makanan kegemaran aiza.. aiza pernah cuba buat sekali ikut resipi dalam internet, tapi rasanya tak sama macam yang aiza selalu makan masa belajar di terangganu dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup ulam kot. Kalau tak de daun kesum kurang sikit.

      Padam
  7. yg penting ikhlas berkawan...mcm sy pun kalo kwn kwn order kek sy bg hrga kwn kwn n isi lebih lg..

    BalasPadam
  8. Yg penting betul2 ikhlas nak bersahabat... tapi klu di beri harga murah tu kira bonus lah kan..hehe...
    psst: baru smlm dapat makan nasi kerabu..mmg mabless! :)

    BalasPadam
  9. ikhlas berkawan dapatlah hasilnya..sedapnye nasi kerabu..

    BalasPadam
  10. dah bertahun2 x pegi pasar malam...klu pegi pun en suami je yg pegi...
    tak salah ramah dengan orang....org lagi suka...untung2 dpt harga murah x pun kasi sedekah jer...

    BalasPadam
  11. Alahaii..sedapnya nasi kerabu..tak tau pulak nasi kerabu pakai bunga untuk masak ia..tau makan je selama ni..untungnya awak pandai masak nasi kerabu..bila2 teringin just masak je kan..huhuhu

    BalasPadam
  12. Munirah tak makan nasi kerabu. huhu

    BalasPadam
  13. Lama sungguh saya tak ke pasar malam sebabnya bukan tak suka barang murah tapi takda pasar malam best kat area rumah saya. Yang ada pun jauh. Saya ni jarang nak keluar malam apatah lagi nak tunggu kedai nak tutup. Leceh bawa si kecik ni keluar. Tapi orang cam saya ni kalau dapat pergi pasar malam ke, kedai runcit ke pun excited lebih lain macam gayanya. Entahlah kenapa....

    Untung jadi orang peramah ni. Selalu aje dapat harga kawan-kawan. At least secara tak sengaja membantu kita berjimat cermat juga. Suami saya berat mulut yeak, sama aje dengan isterinya :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...