Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140324

Rindunya

Jumaat baru ni aku balik kampung. Kenduri kahwin adik sepupu. Nak tak balik pun rasa tak kena, masa kita nikah dulu dia juga yang susah payah. Gitulah adatnya. Orang berbudi, kita berbahasa. 

Aku balik dengan ma dan luth, naik bas pasal laki aku tak dapat ikut. Nervous tau, kali pertama bawa luth naik bas. Perjalanan jauh pulak. 


Luth dengan ma tok kat stesen bas Putra. Kena tukar bas dari Rawang ke Kota Bharu.


Ni jugalah kali pertama berjauhan dengan ayah luth, sejak luth lahir. Awal perkahwinan dulu, kami memang duduk asing-asing, duduk jauh. Alhamdulillah hujung-hujung kehamilan aku, barulah kami dapat tinggal sebumbung. Sejak tu rasanya kami tak pernah berpisah jauh lagi.

Kali ni aku rasa betul-betul sayu nak tinggal laki aku. Kalau abe kata tak usah balik, aku tak balik. Tapi laki aku galak suruh aku balik. Berat hati aku. Dekat-dekat nak balik kampung, rasa nak cancel je, tapi ingat tiket bas mahal rasa rugi pulak. Balik juga dengan berat hati. Sungguh, sikit lagi nak keluar air mata masa salam dengan laki aku. Minta ampun, minta maaf.

Bila dah jauh baru rasa..rindunya. 

Pengantin paksa Luth ambil gambar.


Sekali sekala bila berjauhan gini baru rasa betul-betul sayang, betul-betul rindu.


Update sampai Rawang..
Maaf tak sempat nak berjalan blog kawan-kawan. Pagi ni baru sampai Rawang. Luth meragam dalam bas semalam..ngantuk lagi..

21 ulasan:

  1. tak pernah lagi ada experience bawak Ash travel naik bas jejauh, hu hu hu, dan rasanya buat masa sekarang tak kot? tapi mesti macam2 kerenah kan luth...yelah duduk dalam bas, tapi nak buat macam mana babe, kenalah hadiri kan? Ooo, pasal berjauhan tu iolss dah biasa dah, and dah lali dah... macam sekarang tak jauh tapi berjauhan jugak...wakakaka...acaner tu pening tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat rasa jauh..nk bergaduh je..
      Jauh br rsa rindu..ha..ha

      Padam
  2. bler jauh baru rindu yer...

    BalasPadam
  3. jiwang pulak PB ni pagi2..he3...
    bila berjauhan memang rindu..

    BalasPadam
  4. My sis-in-law pun pernah balik Perlis dari Klang dari bas bawak anak masih toddler. Kami dengar pun kami yang risau.

    BalasPadam
  5. Rindu sgt lah tu ye PB..
    Luth kecik lagi tu yg byk Eagan masa naik bas tu ;)

    BalasPadam
  6. Itulah dikatakan suami isteri PB. Hati tak senang bila berjauhan..
    Itu yg baru beberapa tahun hidup bersama kalau dah hampir 20 tahun macam kakak ni PB bayangkan. Lagilah tidur pun tak lena kalau salah seorg outstation.

    BalasPadam
  7. ye, memang rasa lain kan kalau husband tak ikut sama balik kg. hati ni macam tak tenteram je.

    BalasPadam
  8. rindulertu.. ha.. ha... memang betoi sekli2 kenalah berjauhan sikit kot idak tak paham rasa rindukan.. memang dah orang banyak jasa tentulah kita kena membalasnyer.. nampak comeljer pengantintu... jomler bagi gambar lagi...

    BalasPadam
  9. Biasalah tu, PB. Kalau dekat-dekat, rasa nak bercakaran aje kat rumah. Bila dah jauh, aduh...rasa nak peluk cium aje kalau nampak semula! Saya pernah berjauhan dengan suami selama 10 bulan lamanya. Anak pun sejak umur 4 bulan sampai setahun sebulan tak jumpa Daddynya. Nak kata tak rindu, memang gila merindu. Asyik menangis aje. Sampai nak masak pun malas dok teringat suami aje yang tukang makan apa kita masak!

    BalasPadam
  10. sekali sekala rindu rinduan..hehe..

    BalasPadam
  11. huhuhu..Kesian Luth..mesti letih duduk lama dalam bas..hopefully dia dah ok..Aida selalu je tinggalkan tok laki..sebab selalu aida balik rumah mak, dia malas ikut sebab selalu sangat kan..hehee

    BalasPadam
  12. Siapa yg tak rindu bila berjauhan kan. Ni tgh rindu kat anak. Dah selamat export ke gombak smalam.

    BalasPadam
  13. Exactly...
    Dah jaun, baru sedar betapa sayang, rindunya :P

    BalasPadam
  14. pandai orang2 dulu mereka kata-kata..
    sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..
    awat takde sayangkan suami...takkan tinggal-tinggalkan pulak ya. tapi kalau dah terpaksa hidup berjauhan cam kak anim ni, kalau ikut perasaan, satu kerja tak boleh buat..heee. alamat kena ambik cuti tanpa gajilah..

    BalasPadam
  15. bila dah jauh tentu akan rasa rindu..

    BalasPadam
  16. biasalah tu.. bila dekat bukan tak rindu tapi sebab hari2 dapat jumpa..

    BalasPadam
  17. adatlah bila takperna jauh dengan laki..samalah kita,bila dekat nak bercakar je kerjanya..bila jauh walau pergi kerja je dah rindu, inikan pula berjauhan berhari2.kahkah..

    BalasPadam
  18. alalala.. cumeynye luth

    BalasPadam
  19. X sanggup nak berjauhan dgn suami. Rindu woo. Sehari kalau tak jumpa pun rindu. Inikan pulak kalaw bbrapa hari.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...