Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140326

Sabarlah ada hikmah buat yang masih hidup


Beberapa hari lagi kita mulai rasa tenang. Kita akan cuba belajar menerima takdir ini. Menerima qada dan qadar daripada Allah. Kita merancang tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Kehilangan ini hikmah, pengajaran untuk kita yang masih hidup. Mereka yang telah pergi, biarkan tenang disana. Sebagai orang beriman, bersabarlah. Kita yang masih hidup, mari kita muhasabah diri. Hidup ini sementara. Kembali kepada agama. 

Copy paste article dari SINAR HARIAN Dr Ridhuan Tee Abdullah


PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.

Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat. Segala-gala akan diperiksa, luar dan dalam. Barang yang dibawa kena scan dua kali sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat keselamatan lebih penting dari segalanya.

Apa pun hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan ALLAH, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah ALLAH langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH370. Meskipun begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan kini. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Kedua, semua anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala keseronokan dalam kapal.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati ALLAH (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang. 

Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura.

Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredaan ALLAH selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baharu nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya.



Mungkin ucapan sabar lebih senang diucap sebab bukan keluarga aku, bukan sahabat handai aku. Hidup aku juga tidak berubah dengan tragedi pesawat hilang ini. Rasa simpati tetap ada, takziah buat keluarga dan sahabat handai yang terlibat.






Bersabarlah.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Bersabarlah. Bertenanglah. 

22 ulasan:

  1. betol ..kita merancang tp Allah sebaik baik perancang.. pasti ada hikmah tersembunyi.. sedih jg beakhirnya mh370 dilautan.. innalillah.............

    BalasPadam
  2. kak ada pengalaman naik pesawat saudi airlines. memang perasaan lain bila doa naik kenderaan diperdengarkan, pramugari yang berpakaian sopan dan kami dibenarkan solat subuh di kawasan kabin menyediakan makanan (muat 6-7 orang). menariknya pramugari itu yg menarik tirai untuk kami yg bersolat di situ..benar, tragedi MH370 banyak memberi hikmah buat kita semua tanpa disedari. (baru tadi tengok tv, konsert twin tower 28-29 dibatalkan). kalau tak kerana tragedi ni, kita pun tak tau bersepah konsert diadakan di negara kita!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..
      program tv pun dah bertukar banyak siaran..harap diteruskan. bukan sekejap ni je.

      Padam
  3. syukur kita masih Islam.... kita masih mampu redha dgn dugaanNYA... bukan mengangkat sepanduk & menyaman segala...

    BalasPadam
  4. Banyak pihak yang beri pendapat tentang " bacaan doa"..." pramuagari tutup aurat"...Pengalaman saya, ada 2 kali masa saya naik penerbangan Air Asia, kapten nya mulakan dgn memberi salam, dan membaca Bismillah..( walaupun tidak membaca doa naik kenderaan)

    BalasPadam
  5. Rabbi Yasir Walatu`asir... semoga segala pencarian di permudahkan..

    BalasPadam
  6. Inilah hasil didikan pemerintahan negara kita setelah lebih 56 tahun merdeka. Kesannya semakin dahsyat bila hiburan melacak sana-sini tanpa sekatan dlm sebuah negara yg katanya negara Islam.. Agama banyak dipinggirkan. Usah kata doa nak ucap basmallah pun tak terkeluar. Sedih. Tapi sebenarnya ini tanggungjawab semua. Didik org yg dibawah kita dari sekarang... moga tidak berlarutan..

    BalasPadam
  7. Thanks atas perkongsian. Al-fatihah dan takziah buat penumpang dan anak kapal.

    BalasPadam
  8. hakikatnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
    semoga ahli keluarga penumpang dan krew redha..al fatihah..

    BalasPadam
  9. ramai y masih tak puas hati selagi tkde bukt kukuh tentang MH370..apapun kita sebagai Islam kena redha..mmglah berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semua yg berlaku ada hikmah

    BalasPadam
  10. Tekun kite baca dr atas smp bawah..sedih..xterucap ngan kata2..al-fatihah..;(

    BalasPadam
  11. siapalah kita utk menidakkan takdir allah swt kan.. apapn bertabahlah !

    BalasPadam
  12. gelak kejap bila baca 'bomohkan air..' dpt air termurah di alam semesta lagi..hhrrmm..segala memang bebalik kepada agama dan harusnya kita sedar segalanya ada maksud tersirat disebalik kejadian itu.

    BalasPadam
  13. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..kita pun rasa kesedihan mereka..tak ada apa yg mampu di ucapkan selain bersabarlah wahai hati..hukhuk..sedih la... :(

    BalasPadam
  14. semoga semuanya terus bersabar dan redha di atas ketentuan Allah.. doakan semoga semuanya diberikan ketabahan hati..

    BalasPadam
  15. sabar..itu yg septutnya bila dalam keadaan darurat seperti ini..

    BalasPadam
  16. kadang saya tgok kat berita nak salahkan sana..sini..kita dah cuba yg terbaik..mungki knyakan org kita akan redha dgn ketentuan ilahi.. org sana..erm mungkin faktor perbezaan budaya dan asuhan.. sinar sentiasa ada

    BalasPadam
  17. wallahualam. bersabarlah.

    BalasPadam
  18. Lambat laun kena terima hakikat.....

    BalasPadam
  19. Malaysia negara islam. Patutnya ciri ciri keislaman tu kena ada dalam setiap perkara.

    BalasPadam
  20. setiap kejadian ada hikmahnyer... moga semua ini menyedarkan kita...

    BalasPadam
  21. Saya rasa saudara seagama kita yang terlibat, kaum keluarga mereka pun dah redha dengan takdir Tuhan. Berbeza dengan yang di negara satu lagi, tak mahu terima hakikat sehingga kini. Bukan nak kata tak sedih kerana tiada ahli keluarga terlibat sama, tetapi sebagai seorang Muslim seharusnya kita redha dengan segala apa yang berlaku walaupun begitu berat dugaan yang didatangkan.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...