Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140310

Sayang bini


Jiran aku sangat sayang bini dia.

Selama aku duduk menyewa sini, aku jarang nampak bini jiran aku. Bersembang pun tak pernah. Tapi laki dia dan laki aku selalu aje bertenggek kat depan pagar rumah aku atau rumah dia. Paling aku kepoh, pasal aku tak pernah tengok bini dia sidai kain. Biasanya lakinya yang sidai dan angkat balik bila dah kering. Kalau hujan time lakinya tak ada kat rumah, kat situ lah kain baju sidaian mereka. 

Setiap pagi dan petang aku tengok laki jiran aku menghantar dan menjemput isteri dan anak mereka. Bila sampai kat depan pagar rumah, laki nya akan turun dan bukakan pagar. Ada sekali tu hari hujan, macam biasa laki dia keluar dari kereta dan bukakan pagar, tapi masa nak masuk , pagar tu tertutup balik. Kali itu la aku nampak bini dia keluar dan tolong buka balik pagar. 

Aku rasa mungkin dia dah bahagikan tugasnya. Bini tukang basuh, laki tukang sidai. Macam kami laki bini. Aku tukang masak, dia tukang kritik. Adillah gitukan.

Oleh kerana aku tak nampak tugas-tugas bini dia yang banyak kat dalam rumah mereka, maka aku cuma tafsir apa yang aku nampak secara luaran. Aku nampak laki dia sayang sangat bini dia. Tak macam laki aku, kena gaduh-gaduh dulu baru dia nak tolong aku. Walaupun kami telah berbincang banyak kali hal ni, aku tak boleh bising-bising, membebel bila nak mintak tolong atau cakap apa-apa kat laki aku dan laki aku tak boleh tangguh-tanguh bila kena buat apa-apa. Tapi perbincangan ni tak berjaya lagi. Lepas sehari dua perbincangan kami…kami akan kembali ke keadaan asal balik. Selagi laki aku suka tangguh-tangguh, selagi itulah aku kena membebel

Berbalik cerita pasal jiran aku ni, bila tengok laki dia macam ni dah tentulah aku pun kalau boleh biarlah laki aku pun macam itu. Selalu tolong bini, tak perlulah bini dia kena minta-minta, bising-bising baru nak tolong. Tolong seikhlas hati, nampak benda perlu bantuaan, terus beri bantuan. Tapi itulah, benda kat dalam rumah orang kita tak nampak, kita nampak yang kat luar je kan? 

Macam itu juga lah kami laki bini, kami sedaya upaya nak tunjuk kami ni macam pasangan yang comel sentiasa. Contohnya, kalau nak bergaduh atau aku nak membebel kena dalam bilik kami. Jangan depan orang, gitulah syarat laki aku. Bila kaum keluarga, sahabat handai datang terutama kawan-kawan dia yang jenis kaki kutuk datang, aku kena jadi isteri yang solehah amat. Ikut apa sahaja kata laki aku demi menjaga ego seorang lelaki. Contoh paling mudah, laki aku tidak akan tolong basuh 1 pun pinggan makan dia. Letak aje kat situ lepas habis makan, isteri solehah ni lah yang kena kutip dan basuh. Tapi bila makan hari-hari dah tentulah suami aku pun kena tolong basuh sendiri pinggan dia. 


Sejak air rumah aku kena catu, aku telah mengeluarkan arahan penjimatan supaya pinggan mangkuk dibasuh serentak untuk mengurangkan penggunaan air. 

Maka laki aku telah meninggalkan pinggannya setiap kali lepas habis makan di sinki sahaja walaupun ketika air ada…



Pray for MH370.
Doalah sikit lepas habis solat, itu aje kita mampu.

26 ulasan:

  1. Assalamualaikum .. kena ada give and take kan baru lancar rumahtangga. hehee nowdays sheila dah makin tak larat buat kerja rumah. mujur suami paham. syukur alhamdullilah. skrg beliau take over kerja2 rumah ~~~

    BalasPadam
  2. Hehehe..mcm husband kite, basuh baju, sidai baju, angkat baju die yg wat..melipat n menggosok keje kite..hehe..

    Dlm rumahtangga nie kene ade give and take..kalau semua bende dlm umah termasuk anak bini kene wat, laki goyang kaki main game, tgk bola, ssh la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh kita tak berjiran kan.
      bukan cerita pasal awak kan.
      hi

      Padam
  3. syukur dgn hasben kurniaan Allah tu... nak dia berubah, kena doa sekali...hhheee

    BalasPadam
  4. bagusnya jiran PB tu...sayang bini...klu noe...mungkin noe je la yg bertepek kt luar tu...sidai kain..angkat kain..cuci sangkar kucing...sapu sampah...buang sampah...hehehe...letih ooo nak membebel....bebel2 tapi org x buat jugak...ishhh....sabar byk2

    BalasPadam
  5. bertuahnyer istri jiran PB yerr..rajin tuuu..
    suami akak adalah tolong2 jugak...tapi biasanyer bab kemas jer yg dibantu,bab dapur memang akak la selalu buat :) dalam rumah tangga ni mmg harus ada give n take kan PB !

    BalasPadam
  6. Tak per, nanti pinggan laki kau aku tolong angkat kan.





    KAH KAH KAH KAH.

    BalasPadam
  7. kalau dapat suami yang gitu bertuahler hidup... takperler semua orang dapat bahagian masing2kan.. dah jodohnyer ngan kita tak kkan nak ubah diakan.. hy Allah yang maha mengetahui...
    akak juga mengharapkan agar berita kehilangan itu akan dapat di selesaikan...

    BalasPadam
  8. Tiap pasangan melengkapi pasangan masing2.. kelebihan yang ada menutup kelemahan pasangan. Biasalah gaduh manja tu.. hehehe.. bertahan sehari dua pasti jadik balik..

    BalasPadam
  9. next time kalau kawan2 suami yg kaki kutuk tu datang, pesan kat suami..depan kawan basuh pinggan..angkat teko..tolong awak apa yg patut...kalau kawan2 dia kutuk...tazkirahkan kawan kawan dia " Aku bukan takut bini...aku ikut sunnah Rasul SAW..Rasul baju koyak pun dia sendiri yg jahit...Rasul tolong isteri2 baginda" :)

    BalasPadam
  10. inagt kan kata kat akak tadi sebab akak tak pernah tengok isteri jiran sebelah...isteri jiran sebelah pun tak pernah tengok muka akak..hehehe..tapi akak kena sidai baju jugak kadang2..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok dah view profile akak.
      Bukan jiran pb.
      Hi.

      Padam
  11. nanti kalu suami jiran tu sidai n angkat kain...PB kenen kat suami yang jiran tu sayang bini dia...
    tengok apa jawab suami...hehe...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xnak lah.
      Laki kita lg hensem.

      Padam
  12. in shaa Allah smga dipermudahkan urusan rumah tangga kita kan.

    sama sama lah kita berdoa

    BalasPadam
  13. hahaha....bertuah la jiran awak...

    BalasPadam
  14. Baca sambil senyum..Bertuah dia ya...

    BalasPadam
  15. selalunya betullah tu depa bahagikan tugas..PT untung jugak ada perbincangan walaupun tak jadi spert yg dibincngkan..sy ni takde bincang apa..bebel2 pun laki jenis buat derk je siap sengih macam nangka busuk..so malas nk bebel..buang karan.haha

    BalasPadam
  16. Bagus nampak kebaikan jiran,. Nanti kita nampak kebaikan suami pula dan terus berterima kasih, dia suka dan akan buat lagi sebab syokla buat skit pun orang trima kasih:)

    BalasPadam
  17. Ada juga suami yg 'sayang' sampai macam itu sekali ye PB.

    Kakak rasa suami PB sama dgn abang. Kalau kakak tak buka mulut memang tak adalah dia buat. Tapi bila Mak Zah dah sakit ni semua kakak dgn abang buat sama-sama. Dah terpaksa kan... letih juga bila buat sendiri

    BalasPadam
  18. Saling bertolak ansur lagi baik.. tugas isteri tetap kena tahu kan..mcm hubby sy kekadang tolong juga buat kerja rumah & masak tapi ikut mood dia...hehee

    BalasPadam
  19. Saya pun dulu ada jiran macam ni. Nak kata sayang sangat kat bini, tak tahulah. Suaminya ni tak bekerja dan siang malam tolong buat kerja rumah. Masak untuk anak, basuh baju, jemur baju, angkat baju (rasanya lipat baju pun suami jugalah) Si isteri katanya tidur sampai tengahari. Penat. Entah apa yang dipenatkan, tak tahulah. Si suami ni sayang bini sangat ke? Entahlah sebab pengakhiran cerita, mereka bercerai. Isteri kahwin lain. Suami baru pun sama juga. Bekas suami pun kadang-kala datang juga tolong mana patut bila bekas isteri dan suami baru takda rumah. Masak cam ni.... Eh, dah terpanjang sangat rasanya mengumpat. Nah, sekilo dosa masuk dalam buku saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Br nak ckp..pakai bomoh ka? eh tak baik buruk sangka..hi..hi
      tak pe kot ngumpat x sebut nama.

      Padam
  20. bertuah dapat suami yang sudi membantu tanpa berkira macam tu..

    BalasPadam
  21. bab suami isteri ni xtau nk komen sgt..tp kalau ayah niesa kdg dia mmg rajin tlg mak cuci pinggan n kdg2 masak n kdg2 menyapu wpn anak dara dia ni ramai..hikhik..

    BalasPadam
  22. bersyukur dengan apa yg ada..tapi memang bertuah betul dapat suami macam ni...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...