Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140329

Suka dipuji dan tak suka dikritik

Aku ni jenis perempuan yang suka dipuji. Kecil-kecil dulu, aku suka dipuji cikgu. Aku lagi semangat., lagi nak buat lebih baik, lagi rasa nak tunjuk kepandaian aku kononya. Rasa kembang je dipuji, lagi-lagi kalau depan kelas. Kalau cikgu puji orang lain rasa cemburu, cemburu positif. Nak lawan lagi sapa lebih pandai rasanya. Semangat kesukanan betul.

Dah jadi bini orang pun aku ada perangai ni lagi. Kalau aku masak suami aku puji, rasa gembira je. Rajin je aku nak masak, nak belajar resipi baru. Nak tunjuk skill memasak aku. Tapi jangan puji bila aku dah tanya. Sedap ke tak? Jawab sedap pun aku rasa tak ikhlas. Jawab tak sedap lagi aku hangin. Sebaliknya kalau dikata masakan aku tawar, aku pun jadi down. Jadi tak semangat, rasa macam aku memang dilahirkan tak pandai masak. Tak ada harapan lagi nak pandai masak. Dan bila suatu hari suami aku kata bini orang sekian-sekian pandai masak..aku rasa macam dibandingkan. 

Gitulah.

Orang kata kalau tak tegur, tak cuit sikit jadi lupa dan berlagak. Selesa dengan diri sendiri, tak ada usaha nak memperbaiki diri, paling teruk syok sendiri. Perasan bagus.Macam GOOD-GOOD je.. Orang puji pun bukan ikhlas, nak jaga hati. Takut menangis..



Sabar-sabar, kritikan membina! 
Ini yang aku cuba ingatkan diri sendiri bila aku rasa panas telinga bila orang tegur aku.

Dan cuba jangan menjawab atau kurang menjawab bila suami tegur. 


Pujian aku boleh meninggkatkan keyakinan Luth.
Selamat berhujung minggu

Sekian



Wasalam

15 ulasan:

  1. Aku pun suka dipuji. Tapi bagi aku kata pujian kalau kerap diucap rasa macam bukan pujian lagi dah. Rasa dah tak ikhlas pulak.

    BalasPadam
  2. niesa pun suka dipuji..tp dipuji atas sesuatu yg niesa buat dgn usaha..kalau org puji pasal pakaian or apa2 yg niesa pakai tu agak kurang selesa...heee...

    BalasPadam
  3. pujian yg membina bole motivate diri kita.. :)

    BalasPadam
  4. mmg semua org suka dipuji..tp kan sy selalu rasa org yg memuji tu tak ikhlas..mungkn sbb kurang keyakinan diri kot..:)

    BalasPadam
  5. kritikan perlu kita jadikan sebagai pendorong untuk kita meneruskan kehidupan yg akan datang. Yang mana buruk kita ubah jadi baik :)

    BalasPadam
  6. hihi...cik akak tak suka di puji..sebab takut tak meminjak bumi..hahaha

    BalasPadam
  7. Bunda suka org puji dibelakang...kalu puji depan2 malu...kadang2 rasa mcm tak ikhlas atau perli jer...
    Kalau org puji dibelakang kita...bila satu masa ada org sampaikan ...rasa berbunga2 hati ni...

    BalasPadam
  8. kalo suami y puji haruslah kembang setaman..huhu..

    BalasPadam
  9. betul tu, kalau kita suka dipuji kita kena belajar untuk suka bila di kritik.. diam lebih baik.. kejap lagi org yg kritik tu diam la kan,... setel semua.. hahahha

    BalasPadam
  10. semua orang suka dipuji, even cakap je tak suka dipuji, tapi dlm hati mmg kembang setaman..kan2? ;)

    BalasPadam
  11. owhhhhh plng xpandai masak... jd jgn sesekali org puji masakan aku sedap sbb aku rasa org tu perli aku.... sebaiknyer jgn komen apa2 bler aku masak, makan & diam adlh lebih baik... kalau org komen xsedap, rasa mcm huwaaaaaaaaaaaaaa xnak masak da pas ni ekekekeee

    BalasPadam
  12. Siapa tak suka dipuji. Memang kembang kucup segala bila kena puji. Dan-dan tu juga feeling yang terbaik sesaja. Walhal adakalanya orang puji sebab nak ambil hati dan sebab-sebab yang lain juga yang takda kena mengena dengan sebab patut dipuji. Eh, leh faham ke ni membebel cam ni? Saya pun angin puspus cepat aje hinggap kat muka bila kena kutuk. Dalam hati bersabar banyak-banyak walaupun kembang kucup juga perasaan rasa nak marah kena kutuk tu...

    BalasPadam
  13. kritik tu biarlah elok bahasanya.. mudah orang yg dengar nak terima..

    tapi saya mmg suka dipuji..hahaha..

    BalasPadam
  14. semua orang suka dipuji... kadang-kala memuji sangat pun macam tak kena le pulakkan... kemudian pulak kalau dikritik pulak memang tak akan diterima punya lah silap2... up status

    BalasPadam
  15. oh i sentap. hahahaha sebijik la wei, tu la bila laki tak komplen sibuk tanya minta kritik dengan ikhlas konon untuk improve skill memasak, sekali bila dia hurai, melenting akak. muahaha sekang dia cedok masuk mulut jer, tanpa berkata terus angkat ibu jari tanda sedap.. and i better senyap dan terima jer pujian itu.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...