Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140308

Tanda-tanda kecil nak kiamat


Hai Selasa dengan Rabu kalau tak salah kat tv alhijarah, ustaz (aku selalu lupa nama dia..tak take note nama dia. Muka ingat) akan cerita pasal tanda-tanda nak kiamat. Sekarang ni cerita pasal dajal. Best tau, dia cerita sangat detail. Ada teori-teori konspirasi jugak. Kita kan suka percaya pasal teori-teori pelik ni. Bila dia cerita pasal simbol kat mata wang euro, pasal dajal keluar dari timur, pasal lagu opa gangan stail, tunggang kuda, 9circle dan macam-macam lagi… semuanya macam pernah aku baca. 


Cerita favorite aku segitiga Bermuda.

Detailah ustaz ni terangkan. Macam dah terjawab semua yang yang aku pernah baca dulu. Logik dan tak logik semua cerita tu diterangkan dengan dalil hadis. Fahamlah untuk orang yang tak ada background officially belajar agama ni. Mudah faham.

Aku nak cerita lebih pun tak boleh, korang tengoklah kalau ada masa. Aku pun dengar-dengar gitu jugak sambil-sambil sian ikan. Tak sempat nak ambil note betul-betul.

Bila tengok jerebu, air tak ada sekarang ni, aku rasa takut pulak. Amal ni dah lah kurang sangat. Kalau korang baca ni, lepas tu tengok ustaz tu cerita dah kira beramal jugakan... Nak terang lebih-lebih tak reti. Silap terang takut jadi salah.

Ustaz cakap..
Tanda-tanda tu akan berlaku pada pertengahan bulan puasa.
Tahun ni puasa bulan 7.  World cup

Nauzubillah.



9 ulasan:

  1. Kau kesian kat ikan tu ke, kau siang ikan tu?



    Nak tengok bulan puasa nanti, rompong tak masa terawih.

    BalasPadam
  2. harap kita semua diberi kesempatan beramal di bulan Ramadan tahun ni..kalau tengok tanda2 kiamat memang dah banyak sangat dah..tunggu tanda yg besar2 pulak..

    BalasPadam
  3. tanda2 kecil kiamat mmg dh byk nampak..takut bila fikir sbb tkt xcukup amal ibadat.. :'(

    BalasPadam
  4. sama2 kita pertingkatkan amalan kita...perkuatkan iman kita...selalu dah dengar tanda2 kecil kiamat dah byk kelihatan ni....

    world cup...ramai nanti yg sibuk tengok world cup...dpd tgk tu...baik mengaji...berlipat ganda dpt pahala...

    BalasPadam
  5. aku tulis entry ni hr jumaat dan auto publish hr sabtu..
    tak ada kaitan dgn kapal terbang terhempas..
    sb ada bc manusia tak ada hti boleh fikir pasal teori konspirasi dan lohong hitam etc..
    x de kaitan ye.

    BalasPadam
  6. kan sama sama la muhasabah diri utk tambah amal ibadah.
    bulan puasa nanti dah x lama.

    BalasPadam
  7. Tanda-tanda kecil tu dah banyak sebenarnyakan, kalau ditelek-telek balik. Bila mendengar, memanglah takut. Rasa macam amalan tak cukup lagi, bukan sikit, banyak lagi nak kena top up. Aduhai... takut pulak tetiba.

    BalasPadam
  8. Sebenarnye dh terlalu byk tanda tanda kiamat kecil cuma kita kdg2 masih xsedar..

    BalasPadam
  9. Sebenarnye dh terlalu byk tanda tanda kiamat kecil cuma kita kdg2 masih xsedar..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...