Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140325

Tolong biar ikhlas

Aku pujuk hati aku. Biarlah...tolong dengan ikhlas. Jangan harap balasan. Ikhlas, tak apa.. kita dah buat apa. Tanggungjawab kita dah lepas. Kenapa hati tetap rasa tak puas hati.


Luth balik Rawang semalam meragam sikit. Rasa lemas agaknya. Luth biasa tidur buas, berpusing-pusing. Ni tempat sempit, tak selesa lah agaknya. Kita orang tua ni pun rasa lemas. Kerusi orang depan pun turun sampai habis takat boleh turun. Tahulah dia pun bayar tiketkan. Sempitlah tempat kami tiga orang ni. Luth kecil lagi, terpaksa pangku bergilir dengan ma. Kalau besar sikit memang aku belikan tiket untuk dia.

Mata pejam, mulut asyik merengek je. Bagi susu jap tidurnya. Banyak merengek, aku harap penumpang dalam bas boleh faham. Harap tak ada lah yang terganggu tidurnya. Luth tak menangis  menjerit-jerit cuma teresak-esak. Dengan tok ma pun dia tak nak. Sekejap masa dia lena bolehlah bergilir. Bila sedar sikit, nak duduk dengan aku je. Penat jugalah. Lenguh sikit. Tak apalah dia kurang sikit menangis, tak terganggu orang lain dah baik.

Masa bas berhenti rehat kat Merapoh tu baru dia lena sikit. Tak sedar pun. Ikut hati rasa tak nak turun, Luth baru je terlelap. Terjaga lagi susah nak tidurkan dia. Tapi sebab datang awal stesen bas tadi, tak sempat nak sembahyang isyak. Patut sempat je sebab bas pukul 9.30malam. Tapi pakcik aku yang hantar, selalu macam tu. Mesti nak awal, takut jem, takut tinggal bas. Orang tua selalu beringat.

Seksanya nak bangun dengan nak pangku anak kecil sedang tidur ni. Dia dah bangun tu, angkatlah sikit kerusi tu apa salahnya. Nanti nak tidur, turunkanlah balik.

Waktu bangun tu aku nampak duit kertas seratus kat atas kerusi dia. Berlipat. Tak tahulah berapa keping, aku tak ambil. Nampak terang sangat, serba salah aku. Aku ambil selendang, tutup sikit duit tu. Takut ada yang nampak. Hilang.

Turun bas tu, aku cuba cari orang yang duduk kat depan tu. Aku tak cam, cuma ingat dia naik berdua. Sorang tu tua sikit, bawa tuala kuning. Letak atas kepala. Nampak dia nak masuk bilik air. Aku suruh ma pergi sembahyang dulu. Aku dukung Luth, tunggu depan bilik air sampai pakcik tu keluar.

Pakcik, pakcik..

Terkejut sikit pakcik tu. Agaknya masih mamai sebab tadi pun dia keliru nak masuk bilik air perempuan ke laki.

Saya rasa orang kat sebelah pakcik terjatuh duit kat atas kerusi dalam bas tadi. Pakcik naik tengoklah, saya letak selendang saya kat atas tu.

Iya ke..
cepat-cepat dia pergi.

Lepas tu aku naik musala, sembahyang isyak. Doa biar selamat perjalanan aku. Bila aku naik balik bas, selendang aku tersangkut atas kerusi dia. Sebelah kepala dia. Aku tarik selendang aku. Aku duduk dengan susah payah, kerusinya masih tak berubah turun sampai habis ke belakang.

Dua-dua tutup muka, sorang dengan tuala kuningnya, sorang dengan sweternya, tidur. Tidur tak bergerak walaupun Luth sambung merengek. Kiranya, rengekan Luth langsung tak menggangu dia orang.

Terima kasih.
Tak ada.

Agaknya dia sengaja letak duit kat situ, aku yang menyibuk.

Perasan tak baju kemurangan tu?


Salam takziah buat keluarga MH370. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Insyallah, perancangan Allah itu sebaiknya.




26 ulasan:

  1. kesian luth..kite dgr pun mcm letih...sgt selfish org dpn tuh..ikut sedap tengkuk die je...

    BalasPadam
  2. luth x selesa kot... cuma ralat dgn perangai org yg begitu, x peka dgn anak kecil...

    BalasPadam
  3. Dah tua pun masih tak pandai nak berbudi bahasa. Sedih juga sebab bangsa kita kan.. tak prihatin lagi dgn org lain. Kalau ye pun nak selesa ambil kira jugalah org yg duduk di belakang. Entahlah PB... macam-macam manusia ni. Kalau yg jenis tak alert gitulah jadinya.. Tunggulah Luth pandai cakap mahu dia kata "atok tegakkan sikit kerusi saya tak seleasa"..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie, kadang kala yang tua ni pulak harap kan yang muda hormat kan dia. Kan memang adat kita diajar dari kecil yang muda mesti hormat yang tua. Jadi mereka mengguna pakai la prinsip itu sehingga tua.

      Padam
  4. Kesiannya luth...memg xselesa mcm tuh...slalunye memg org kite pyh sikit nak ckp terima kasih...kite tlg ikhlas xmyk blsn pun kan..

    BalasPadam
  5. erm... ada juga manusia yg kurang peka dgn org lain..manusia, manusia... kesian kat Luth, dia rasa tak selesa tu yg merengek tu....

    BalasPadam
  6. perangai org macam2.. kalau kita layan sgt nanti stress pulak...

    BalasPadam
  7. yang penting selamat sampai dah PB..alhamdulillah

    p/s baju kemurangan..alamak kak ni old fashioned sikit..hee

    BalasPadam
  8. manusia ni kan ssh nak jangka kan kak..xpelah..yg penting kita baik tlg dia.. :) kesian luth..

    takziah tuk semua mangsa.. :(

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. sabar jelah...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dah selamat, Luth ok cuma travelling memang nak biasa tu ambil masa.

    BalasPadam
  11. mmg agak ssh bila bw anak kecil naik bas..bkn semua org memahaminya..

    BalasPadam
  12. travelling dgn anak2 kecil naik pulak pengangkutan awam dan jauh2 ni mmg kena sabar byk.. apaun alhamdulillah dah selamat yer

    BalasPadam
  13. selfish nya dia.. bukan nak ucap terima kasih pun kat kita..

    BalasPadam
  14. Nak kata orang muda selfish, orang tua-tua pun ramai jugak yang selfish zaman sekarang ni. Entahla, makin lama, makin hilang perasaan concern terhadap orang lain dalam masyarakat kita sekarang ni.

    BalasPadam
  15. alahai sombong nya kan.... sabaq ja lah...

    BalasPadam
  16. kalau naik bus, selalu je berhadapan dengan orang depan yang lepaskan kerusi sampai habis tu.. agak susah kita di belakang ni nak bergerak sebab sempit :(

    BalasPadam
  17. Kesian pada penumpang lain. Janganlah pentingkan diri sendiri.
    Apa-apapun Alhamdulillah selamat sampai.. ;)

    psstt: saya takde pengalaman naik bas bawa anak kecil.

    BalasPadam
  18. sound ja..igt pakcik sorg ja yg bayar tiket...!!
    akak paling menyampah dgn manusia yg pentingkan diri sendiri ja..

    BalasPadam
  19. kesian luth..manusia ni memanglah tahu nak lepas kepala sendiri je..bkn dia ambik kisah hal org lain..masalah n ketidakselsesaan org ada dia ambik peduli..harap lepas ni luth tak jumpa lagi manusia jenis begini

    BalasPadam
  20. ish.. elok sound aje org tu, bagi tau kerusi dia tu mengganggu kita.. geram pulak teman dengo nya.. selfish betui lak org tu..

    BalasPadam
  21. Macam macam ragam manusia ni kan. Tak appreciate lgsg sesama insan.

    BalasPadam
  22. ehm susah nak cakapkan.. gituler kalau kita naik kenderaan awam.. dulupun akak gitu rasa nak menjerit tapi entahler sabar... sabar... manusiani memang macam2 ragam...

    BalasPadam
  23. ada setengah orang yang hanya fikir nak lepaskan tengkuk dia je..tak fikir tentang orang lain..

    BalasPadam
  24. Sangat selfish itu orang. Memang dia pun bayar tiket tapi bila tahu ada baby merengek kat belakang , tolehlah sikit. Kot mana tau kedudukan kerusi awak tu mengganggu orang di belakang. Alihkanlah sikit aje, sikit bukan banyak pun sampai sendiri tak selesa. Tapi kalau budak menangis dalam bas ke pengangkutan awam yang lain, nak dibuat macamana. Bukan kita boleh warning-warning suruh senyap jam-jam tu juga. Tak ucap terima kasih bila orang dah tolong, itu kira melampaulah walaupun kita buat dengan ikhlas tak mengharap sangat pun ucapan terima kasih daripada si dia ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...