Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140312

Ubat kemurangan isteri


Sakit sangat.

Tiba-tiba boleh nangis. Dengan tiba-tiba.

Rasa sedih jadi orang miskin.

Psyiko!

Pasal aku nak berjimat yang extreme dan aku terpaksa mengorbankan salah satu perkara yang aku suka. Perkara yang kadang-kadang boleh membuatkan aku rasa tenang dan aman.

Dah banyak kali laki aku bawa pergi pasar malam, belek-belek acu-acu kat badan, lepas tu tawar tawar dan dah dapat. Lepas tu tanya ada warna lain tak? Lepas tu.. rasa macam tak cantik pulak. Lepas tu tak apelah, lain kali.lah.

Balik rumah  termenung sorang-sorang. Klik-klik internet dalam kemurangan.
Laki aku yang suruh. Aku tak nak sangat. Sebab akukan tengah berjimat.

Patutnya aku beli dengan cash voucher yang Zalora bagi aje tapi entahlah..aku dah terlebih klik pulak. Ni pun aku dah remove 4,5 helai lepas tengok total macam tak berapa logik sikit.

 Kelmarin klik, semalam balik kerja tengok ada satu bungkusan yang ditunggu. Cepat betul proses.
 Malas-malas nak buka.Tapi laki aku yang excited merobek bungkusan aku.

Aku dah terbeli..2 helai baju, sehelai skirt dan sehelai skaf pasal nak dapat free delivery.

Long Dress ni aku suka sangat. Baju ni  memang betul-betul cita rasa aku. Material pun best. Kira puas hati sangatlah.

 Rasa comel je bila pakai. Bila sarung kat badan, tiba-tiba semangat nak kurus balik macam muda-muda datang menampar.Kalau perut ni kempis sikit mesti lagi comel. Hah gitulah.

Skirt pun okey..Cuma material nya cotton. Lupa nak check material pulak..coton jadi kena iron lah nak pakai..ni yang kurang gemar sikit untuk mak bekerjaya yang perasan sibuk macam aku ni. Akukan ada anak kecil.

Cuma sehelai Collar Shirt Dress rasa macam tak best pulak..
Aku ingat ala-ala dress tapi bila aku pakai rasa macam blouse biasa aje.. Mungkin  model  tu perut  kempis,   aku perut besar.. Aku rasa tak syok pulak. Sarung buka-sarung buka rasa tak best. Lepas tayang-tayang kat laki aku pun rasa tak best. Paksa laki aku suruh cakap tak cantikkan.. Merahkan? Aku pun pelik, aku pilih warna merah dan harap warna tak merah sangat. Maksudnya merah tak terang. Aku pun pelik dengan diri sendiri ni. Rasa murang balik.

Nasib baik beli kat Zalora ni boleh return balik kalau rasa  tak best. Kalau aku niaga, aku tak bagi return pasal rasa tak best. Sesedap hatikan nak return balik pasal rasa tak bestkan? Pasal pilih baju warna merah tapi tak nak merah sangat.  Gitulah alasan aku sebenarnya.

Biasanya kalau aku beli online, kalau dapat yang tak best, memang sekali tulah aku beli. Tapi Zalora siap bagi slip pos laju semua untuk return. Jadi untuk mengurangkan kemurungan aku, aku ingat nak return baliklah baju ni. Kalau aku simpan, takut aku rasa terbuku di dada…Harap-harap proses return barang ni secepat proses aku belilah.

Since aku inagt nak return Collar Shirt Dress tu, aku kenalah buat persedian nak ganti dengan baju lain..


Klik, klik  kat  Zalora..alohai ada 3,4 helai pulak rasa berkenan. 
1 je please..please..

Keliru aku.

Aku cuma harap dapat balik harga baju yang asal pasal kat invoice ni tiba-tiba tulis discount pulak, padahal aku guna cash voucher. Kesianlah aku yang kemurangan ni.





5 days.
Pray for MH370.

Lepas sembahyang, doalah sikit biar semuanya baik-baik.

30 ulasan:

  1. Alaaaa..nape kemurungan nie..tamo laaaa..

    Sama laaa..kite pun kalau xsuke mmg takat tuh je la baju yg kite beli..mmg xkan beli lg dh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah cari sebab kenapa murang ni..
      termenung balik.
      huh.


      Padam
  2. Assalamualaikum PB... lawa la blouse tu... sheila menabung nuff kat sini ya ~~~

    BalasPadam
  3. Cantik dah blouse tu PB... akak pun berkenan dgn warnanya ;)
    top up for u ;)

    BalasPadam
  4. Aku nak cari la maksud kemurangan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebagai seorang perempuan..
      kita berhak bermurang tanpa sebab.

      pertahankan hak ini.

      Padam
  5. biasanya memang akan mengambil masa yang lama kalau nak beli online ni, tak taulah apa yang ditenung dan dibelek kann.... sama jer mana2 perempuan pun...

    BalasPadam
  6. klu sy memang suka dgn colour2 mcm tu... hehe
    erm! rambang mata bila buka zalora...hihi

    BalasPadam
  7. terapi betoiler... tapi dah dapatpun murung jugak yerk...
    nasib boleh return yerk.. akak ni tak penah klik beli kat zaloratu..
    akak gi zalora cuci matajer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu yg masuk whislist tu..
      wish banyk tak pe kot..

      Padam
  8. X berani sgt nak beli online sbb takut x menepati citarasa

    BalasPadam
  9. akak tak berani beli online..hehehe sekali sekala tu beli jugak la

    BalasPadam
  10. Tak pernah shopping kat zalora lagi.. belum ada yg berkenan kat hati..hehehe

    BalasPadam
  11. Kalo baju sy kurg beli online melainkan siap ade details psl size n ukuran bru brni bli

    BalasPadam
  12. Kalo baju sy kurg beli online melainkan siap ade details psl size n ukuran bru brni bli

    BalasPadam
  13. tak pernah lagi membeli pakaian secara online.. ramai yang cakap beli kat zalora best sebab servisnya baik.. yang tak best beli online ni tak boleh nak mencuba, tengok model pakai lawa je, bila pakai mungkin rasa kurang selesa pula..

    BalasPadam
  14. Bunda pun kalu pakaian rasanya tak puas hati rasanya nk beli online...
    supplement tu selalu jugak..

    BalasPadam
  15. 1stly, murang tu apa? hihi...

    soping2 ni mmg terapi
    tp lg best sbb guna voucher je
    klu guna duit sendrik rasanya mau 3-4 kali gak pk nak beli hihi..

    tu klu saya la ;)

    BalasPadam
  16. jgn murung2..
    ceria selalu k..

    BalasPadam
  17. sy pernah beli kasut je dli tu pon sbb dpt voucher rm50 dr zalora

    jgn murung k

    BalasPadam
  18. cantiknya baju tu. bestnya kalau ada jugak 1 kan. hehe

    BalasPadam
  19. tak pandai beli gan zalora.. huhuhu sadis betul

    BalasPadam
  20. dah lama tak shopping kat Zalora :)

    BalasPadam
  21. beli pakaian ni mmg kadang2 benda cantik tpbila smp kt tgn rasa macam tak best..jarang berlaku tp pernah berlaku..selalu return klu tak muat je..klu pasal material redha je pakai sekali dua pastu jadi penghuni gobok..:)

    BalasPadam
  22. selalu jugak usha zalora ni. tapi tak pernah lagi beli apa2..huhu

    BalasPadam
  23. Murang ke murung ni? Ke sama aje maksudnya?

    Tapikan kemurungan perempuan ni kalau diubati dengan shopping mopping, memang serta-merta hilangnya. Itu sayalah. Kalau saya murung ke stress menggila ke, memang kena pergi melawat kawasan (baca : shopping mall) dengan serta-merta semua sifat negatif tu hilang dalam diri.

    Saya pun dah masuk banyak barang melebihi had poket sendiri dalam wishlist. Tinggal nak proceed aje bila kemurungan menjelma :)

    BalasPadam
  24. tpi KA pun berkenan lah dgn blouse ni hehehe cantik !

    BalasPadam
  25. Terapi wanita is shopping...boleh shooping tp kena simpan dulu didalam bank lebih wang...pastu tolak utk perkara yg melibatkan shoping...anda tetap boleh mengembirakan hati :)

    BalasPadam
  26. kt mana murang nyer?? hepi kut dapat beli baju....x pernah beli kat zalora lg...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...