Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140411

Aku ada kuali tapi tak ada kawan




Kuali ni hadiah perkahwinan aku yang paling berguna buat aku. Sebagai seorang wanita bekerjaya dengan anak kecil yang perasan sibuk selalu tetapi sempat update blog, kuali ini banyak berjasa kepada aku.  Secara tidak langsung mengekalkan keharmonian rumah tangga aku dengan berkat doa BUNDA.

Macam aku cerita sebelum ni, walaupun laki aku ni suka melepak kat kedai depan rumah minum air sebelum balik rumah, dia tetap nak makan di rumah, makan masakan experiment aku.  Aku tak call dia Kakzakie, pasal dah agak dia kat mana.. Terpaksalah aku masak Ros_reeza. Tak ada alasan untuk aku ANIM. Memang jarang sangatlah kami makan kat luar  lia, aTie dan  Nur. Tekak melayu memang tak boleh nak telan kfc, pizza semu tu tak kenyang,Knor.

Walaupun dia jarang komen aku masak sedap ke tidak. Penatlah nak cari resipi Mummydearie hari-hari kena fikir apa nak masak..sudahnya aku experiment je.. sekali sekala bila dia tanya apa nama resipi ni? Itu maknanya berjayalah experiment memasak aku…J

Berbalik kepada cerita kuali ni, kuali non stick merah besar gedabak ni hadiah daripada kawan baik aku kat Uitm dulu, juga classmate aku, juga roommate aku. Tawa tangis masa belajar dulu, banyak aku share dengan dia. Aku tak tahu kenapa sekarang dia menyepi… aku ada kuali ni, tapi aku macam hilang kawan.

Sheila Salim, memasak sambil dukung Luth bukan senang. Sangat mencabar. Walupun pun pakaikan baby carry, susah Rai Ourkizuna. Aku pegang kuali, dia capai kuali Apa aku pegang dia nak pegang. Nazif tak kacau ke Aisy Nasiha? Sudahnya aku letak kat bawah. Macam Diana buat, bagi dia senduk semua buat main, bolehlah sekejap sebelum dia bosan. Lepas itu misz sheyla, dia melekat balik kat betis ni,  kena angkat balik. Samalah dengan anak Falsya, Farah dan  anak buah Huny eda,  Luth  nak berkepit je. Ikutkan Luth, memang tak mahu mak dia masak, nak suruh melayan dia je. Bila anak dah besar macam Nur Hayati dan Kesuma Angsana senanglah sikit.

Tapi aku bersyukur sebab ada anak comel macam aku kan Umi Qi? m.a.w.a.r, jangan cair sangat tengok wajah comel yang garang sebenarnya tu.. Uni Aqilah, aku berjanji akan spend sebaiknya masa aku dengan dia, jadi kalau aku jarang g jalan blog Uni jangan kecil hati ek..

Adanya kuali ni, memang senang sikit nak masak, aku masuk je semua rempah ratus dalam kuali ni, tutup, lepas itu biarkan je.. Kalau Sue Bee nak tahu ‘ikan bakar, hati sapa yang tahu’ aku guna kuali nilah..senang guna kuali ni.

 Dah masuk segala rempah,sempatlah aku releks sekejap.. dukung Luth, main-main dengan Luth.  Zee Suhaini, bolehlah aku hilang sekejap penat aku dengan Luth. Aku juga rindu selalu kat Luth, Kniedaz.

Aku rasa kuali ni agak mahal, walaupun bukan brand Ikan. Kalau ikutkan aku, entah bila aku beli. Aku memang tak reti nak beli barang-barang dapur ni. Sejak jadi mak-mak ni barulah aku ada minat sikit membeli barang-barang dapur ni..

Kenapa dia menyepi?

Aku ingat last aku jumpa dia sebelum aku mengandungkan Luth lagi. Masa tu aku dengan laki aku masih duduk asing-asing, jadi adalah masa aku keluar lepak dengan dia. Aku ada message dia beritahu aku mengandung, bersalin semua. Tapi dia menyepi. Dia belum berkahwin , mungkin juga dia rasa bosan dengan cerita hal rumah tangga aku. Terasa hati ke dengan aku… asyik bercerita pasal rumah tangga aku.

Asyik cerita pasal aku..pasal anak, pasal laki aku.. 

Lama-lama dia pun mungkin dah tak tahu nak cerita apa dengan aku. Nak komen apa pun dia tak tahu. Salah komen kan aku terasa, tu laki aku. D.Shahril Hakime, mungkin lebih faham dengan perangai kaum lelaki ni. Aku pulak asyik tanya.. kau dah ada boyfriend ke? Mungkin aku tak sedar, tak sensitif.

Aku doa biar dia dipertemukan jodoh yang baik sebab dia sangat-sangat baik. Aku harap dia akan call aku bila dia nak kahwin nanti, bila dia dah ada anak nanti boleh kita cerita-cerita pasal anak-anak kita ek, QasehnyaRania juga.. Aku harap korang yang belum berkahwin Niesa, ain diyana, Cik Yaya …tak bosan lah baca blog aku walaupun tak tahu nak komen apa hal rumah tangga. t.a.t.a pun sporting je kan? Blog aku ni carian goggle nak tutorial ikat bunga telur tahu. Jadi kalau nanti korang nak kahwin, nak buat bunga telur sendiri bolehlah rujuk aku. Jangan minta aku buat sudah, aku sibuk ada anak kecil.

31 ulasan:

  1. ahahhaa... gelak2 baca N3 awak ni PB... pandainya mengarang & mengaitkan kami2 dengan kuali yg penuh makna ni kan... hihi..harapnya kuali tu bertahan lah..& berbakti pada awk , suami & Luth... :)

    BalasPadam
  2. Xtau nape tp suke gile baca entry nie..walaupun mcm ala2 kuciwa sbb kawan menyepi tp wat kutersenyum..nak2 pulak bile nampak nama sendri kat situ..;)))))))

    BalasPadam
    Balasan
    1. hr tu suruh MD tulis entry buh nama sy..
      tersengih-sengih baca..haha..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. hi hi hi, anak iolss suka berkepit... ekekeke...manja terlebih sebab dia tau dia sorang.. tapi so far ok babe...dia kalau iolss buat kerja buat masa sekarang ni... dok diam dalam stroller...

    BalasPadam
  5. cerita pasal kuali...punya ramai terlibat dlm cerita kuali ni...hehehehe...nice to read PB

    BalasPadam
  6. Watak utama kuali..tapi pandai PB menamvah dengan watak2 sampingan kawan2 PB.senyum acik baca terhibur

    BalasPadam
  7. kuali knor buruk aje tau..tapi sgt berjasa heheh..
    terhibur dgn celoteh ....

    kita mestilah cerita org yg paling hampir dgn kitalan...mcm air kita dkt dgn air tapi tidak jelas dgn air...

    BalasPadam
  8. hahaha..comel entry ni :D

    BalasPadam
  9. Kesian.. ghaib pulak kwn yg berharga tu ye.
    Mungkin dia ada masalah lain la kot..
    masalah keja berlambak kot.. mana tau.

    BalasPadam
  10. wahhh... baca entri ni.. paling banyak link blog kat dalamnya. first time... terbaik...

    BalasPadam
  11. wow.. banyaknya mensi blogger..

    BalasPadam
  12. hii..pandainya kaitkan dengan nama kami. ya

    p/s nak bagi pandangan tentang kawan pb tu. pengalaman saya sendiri bila berkahwin hampir 10 tahun tak da cahayamata. bila kawan2 baik tel atau jumpa, tanya anak, cerita fasal anak, kak jadi terasing dan menjauhkan diri. iyalah nak hadir majlis cukur jambul, aqiqah, harijadi sedangkan kita ni masih ber2 lagi. zaman tu hati muda. mungkin itulah perasaan kawan pb tu.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.....menarik..

    BalasPadam
  14. Hehehe...pndai kaitkan blogger lain dlm entry

    BalasPadam
  15. Haha.. gelak baca entry ni mula3 tadi. Nazif pun disebut ya. Mmg sama pesen Luth dan Nazif ni. Mama memasak dia bergayut di betis lepas tu buat2 suara menangis la. Ai. Nak tak nak kenalah dukung juga dia ...

    Saya pun penah alami kes macam ni. Kawan yang baik masa belajar mula jauhkan diri bila saya kawin n ada anak pertama. Mmg sebab dia tak kawin lagi kot. Bila dia mula ada ura3 nak kawin dua tahun lepas, elok je dia hubungi semula. Semoga kawan PB ni pun sama. Cepat dapat jodoh n kembali terjalin persahaban korang.

    BalasPadam
  16. Habis semua disebutnya. Haha...

    BalasPadam
  17. Kah kah kah kah. Aku dok pk apsal tajuk entry kau macam tu. Bila dah baca entry baru aku tahu. hahaha.

    Well said PB, well said.

    BalasPadam
  18. kreatifnya....ada setiap nama blogger lagi dalam entry..salam kenalana. terima kasih dtg menyinggah blog saya.

    BalasPadam
  19. sakan ko mengarang include semua link blog ya.. luth tu ko pakai babywearing gear..ikat kat belakang..so tak boleh dia nak capai kuali..tapi aisy pun aku tak ikat lah..dia tak sampai lagi nak capai kuali.. kalau dia gayut kat kaki, aku suruh abang ngan kakak dia ajak main.. boleh la tahan kejap..hehe..

    BalasPadam
  20. Hehehe...ada balasan rupanya. Tak tahu pun PB menyeru-nyeru kat sini. Ni watak utama of cozlah kuali tu kan tapi yang buat entri ni ohsem sebab ramai sangat watak sampingan. Naik gelak membaca kisah kuali, kawan yang hilang dan kawan-kawan alam maya yang ada. Bijak-bijak.... entri macam ni memang kita suka sesaja :)

    Sebenarnya PB kita ni macam kawan PB yang 'hilang' tu. Dulu kawan-kawan kahwin cepat tapi kita nak enjoy singlehood puas-puas. Bila kawan baik kahwin, kita pun menghilangkan diri. Sebab musabab? Kenalah tanya kawan PB yang menghilangkan diri tu yea...keh3x

    Semoga kuali itu akan sentiasa memberikan sinar kebahagiaan buat PB sekeluarga. I lap u for the 'lite-lite' dedication tu :) Wa perasan sampai 2,3 hari tau tak!

    BalasPadam
  21. wow ramainyer nama di seru.. tentulah geng blog yang sering bertandang kemarikan.. alamak nama akak takder takper takper akak paham...
    tapi menarik juga utnuk dibaca hingga akhirnya...
    comel gak kuali warna merahtukan..mestiler semangat menyala2 nak memasak gunakan kuali tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok faham..nanti wat special entry buat cho zila..

      Pst last entry rasa cam plai komen.. entry utk mereka...

      Padam
  22. Memasak smbil anak paut pada kaki ala2 hidustan gitu...

    BalasPadam
  23. Wah ramai sungguh menyeru kengkawsn PB hehe....
    gitulah ada anak kecik PB....tarik betis, capai kuali.....cuma okje untung sebab dedulu masa anak kecik okje ada maid.....
    Alah bisa tegal biasakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa nak bagi tau....masa okje kawen dulu okje pun ada mintak kawan hadiahkan kuali dgn senduk dan sudip...tahan sampai sekarang bendanya...

      Padam
  24. eh apsal dalam entri ni banyak nama blogger lain..huhu..tapi nama saya takde..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...