Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140422

Aku jaga anak tak pernah cedera ....


Semalam kawan tempat kerja  laki aku hantarkan ikan masak asam pedas. Beriya betul dia nak masak untuk kami, katanya nak balas bekas tapurware yang kami bawa masa jamuan rumah dia hari itu. Wah, untung aku, ginilah orang berbudi... Kawan bukan kerana nak balik bekas berisi tau.. tapi ginilah jenis kawan yang betul nak berkahwankan?

Laki aku dah beritahu awal-awal lagi kawan dia nak datang bawal bekal petang ni.  Jadi aku masak ala kadar je lah. Biasanya aku masak adalah 6, 7 jenis lauk pauk. Kalau hari tak biasa aku goreng ikan, budu cicah timun jelah.

Seronok aku dapat ikan asam pedas bekas besar pulak tu..ho..  aku letaklah kat atas meja makan tupperware tu. Sambil tu aku goreng ayam. Sambil tunggu ayam masak aku blogwalking,aku sibuk sikit sekarang kat ofis, jadi jarang dapat blogwalking semua blog kawan-kawan, so aku ambil kesempatan sambil goreng ayam aku blogwalking lah..kan kalau aku tak gi jalan blog kawan-kawan kecil hati. Nak pujuk,pujuk aku kena buat entry bodek-bodek pulak… nasib baik kawan-kawan aku makan bodek lagi setakat ni.  Hihi.. (Bukan Tata dan bukan Falsya)

Entah macam mana tiba-tiba ma aku menjerit..

Luth…

Aku tengok-tengok, separuh badan Luth dah mandi dengan kuah asam pedas.
Alohai anak… Diam je tak menangis, senyap je. Agaknya terkejut sebab aku menjerit.
Masa mandikan barulah dia menjerit kuat. Aku rasa kena mata dia sikit masa nak jirus air. Aduhai anak. Nasib baik asam pedas tu tak panas sangat. Kulit dia Nampak merahlah sikit. Tapi tak melecur. Aku sapu lotion jer..dia pun tak menagis.



Malam tu aku dapat merasa asam pedas kuah sikit, pedas, betul pedas. 

13 ulasan:

  1. allahuakbar, kesian luth... nasib tak apa2 kan...but accident happens... kadang2 kita tak jangka dan tak dapat nak elak...

    BalasPadam
  2. tak panas ke kuah asam pedas tu..?

    BalasPadam
  3. comelnya luth, alhamdulillah dia ok, seriau masuk mata. tu la budak-budak ni superfast kan. dapat gak mama merasa asam pedas ye.

    BalasPadam
  4. wah..banyak nya masak lauk..saya biasanya hari2 masak kuah,sayur,dengan ayam dan ikan goreng je.pastu sambal belacan..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg mask biasa tu x pernh lg.
      Yg masak x biasa yu selalu..ha..ha

      Padam
  5. Ya Allah.. nasib baik la tak panas kan.. cian luth..

    BalasPadam
  6. Aduhai. Seram akk baca. Sempat lak mandi kuah asam pedas tu ye.

    BalasPadam
  7. Allah.. nasib baik luth tak melecur... seriau baca

    BalasPadam
  8. nasib baik kulit tak melecur....

    BalasPadam
  9. Luth... alahai mandi kuah asam pedas yerk.. nak jadikan sekelip mata....

    BalasPadam
  10. Luth, astagfirullah.... Syukurlah tak jadi apa2 kat dia. Dia meragam tak lepas tu? Kulit dia tak pijar ke?

    BalasPadam
  11. Astagfirullah, nasib baik tak apa-apa. Tulah dah kata jangan blogwalking sambil buat kerja rumah. Degil, tak makan saman. Saman kang baru tahu...kalau kat Sweden ni, mendatangkan kemeraungan pada anak dek kerana tertumpah asam pedas, mahu dah kena masuk penjara 5 tahun. Hah, tak takut ke?

    Oleh itu, blogwalkinglah ketika waktu pejabat dan bukan ketika menjaga anak kecil di rumah. Ada faham tak cikgu ajar nih, PB ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...