Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140404

Aku nak berhenti kerja sekarang juga


Entry ni aku taip ketika aku rasa paling down dalam kerjaya aku.

Sebenarnya aku telah berjanji dengan diri aku, kalau boleh aku tak tulis benda yang sedih-sedih, tak ada motivasi dan yang kalau korang baca pun rasa tak ada faedah. Kalau aku rasa sedih pun, aku akan cuba sedaya upaya biarlah orang tak tahu. Sebab aku percaya, jika entry aku tulis ini buat korang rasa sedih, rasa down, aku telah bersalah kat korang…aku telah menyebarkan aura negatif.

Oh ye, aku dah tukar title blog aku..sebab ini blog ni bukan diari. Aku tengah fikir lagi nak letak nama apa kat blog ni..biarlah aku fikir lagi..

Aku tahu semua orang akan pernah rasa persaan ni. Rasa tak dihargai. Sekali kita buat silap, lupas segala jasa-jasa kita selama ini. Kalau ikut kata hati nak sahaja aku BERHENTI KERJA sekarang juga. Sepatutnya sekarang aku sedang mengarang resign letter. Bukannya sibuk mengarang entry blog lagi.

Kalau aku berhenti kerja, mesti semua orang akan kelam kabut. Aku akan tinggalkan keja-kerja aku yang terbengkalai, semua orang tak tahu buat. Aku sorang je yang tahu. Biar padan muka. Masa tu baru bos aku tahu tinggi ke rendah langit ni. Bos aku bukan tahu buat kerja, tahu marah orang je. Kalau suruh dia buat, gerenti tak reti. Ceh, cakap sahaja pandai, berapi-api. Tepuk-tepuk meja, cakap tengking-tengking berapi-api. Kecut perut aku. Mak aku pun tak pernah marah aku gini, laki aku jauh sekali. Sedih tahu. Aku ni jenis hati kecil, cepat terguris perasaan aku yang halus ni.


Lepas kena marah, aku jadi down. Sikit lagi aku nak menangis. Aku istifar, baca sikit mana-mana ayat yang aku reti. Rasa sedih sangat-sangat, semangat nak buat kerja pun tak ada. Tapi aku tak menangis kat ofis. Aku ni senior, aku kena pandai tahan perasaaan ni. Aku sabar-sabar..tahan-tahan tunggu sampai jam 5. Tapi aku tak boleh balik awal macam biasa, aku dah kena hukum. Selagi aku tak betulkan silap aku, aku tak boleh balik. Perasaan ni Allah je yang tahu.

Masuk je kereta, aku dah tak  boleh tahan lagi. Hujan kat luar, sama deras dengan air mata aku. Sampai kat rumah ,tangisan aku alhamdulillah dah reda. Kalau boleh aku tak mahu bawa masalah kerja ke rumah. Tapi laki aku tahu, bila diam aku ada masalah..dan tiba-tiba mengalir air mata balik. Tengok muka pun tahu, aku ada masalah...memang sebenarnya nak raih simpati. Sedih gila. Dia tanya kenapa, aku tak nak jawab. Aku cuma cakap, aku rasa nak berhenti kerja. Dia diam.
Malam tu aku banyak diam. Sepatah ditanya, sepatah aku jawab…

Tiba-tiba..
Sebenarnya MH370 tak terhempas lagi. Ada kat Monggolia. Ni ada kaitan dengan Altantuya la ni..

Tiba-tiba aku rasa panas telinga..Ni sapa cakap ni…
Dan…bla..bla hujah aku… ingat suka-suka nak habiskan 637juta cari benda tu. Aku keluar segala fakta yang aku tahu. Jangan cakap je, kena ada bukti. Kita pun boleh cakap…bla..bla..ni semua kaedah nak ambil kesempatan la ni..nak naik rangkin blog lah ni..

Eh dah tak sedih ek?

Tolong jangan provoke aku dengan cerita  macam ni, aku jadi panas..Panas telinga.
Aku pujuk hati aku, sabar. Aku tak mahu jadi macam budak-budak. Hari ni kata nak. Esok-esok merayu-rayu balik . Terasalah kata, jilat balik ludah sendiri. Sekali aku melangkah, aku tak nak undur balik.

Separuh enrty ni aku dah edit setelah aku cool down.


38 ulasan:

  1. kite penah ade kat situasi itu..so sgt memahami..sudahnye husband yg suruh benti keje sbb selalu nangis je..

    BalasPadam
  2. banyak kali mengalaminya..tetapi tetap bertahan..semoga semangat bekerja terus wujud untuk mencari rezeki yang halal

    BalasPadam
  3. bila sampai tahap kesabaran tak boleh push lagi, terpaksalah resign..senang hati kan..akak dulu pun macam tu..sabar sabar finally bila tengah preggy pun stress better resign je..ada rezeki tempat lain,Inshaallah.

    BalasPadam
  4. Sabar PB... Rezeki Allah yg beri.. Bersujud dan berdoa lah kepada Allah semoga segala kekusutan akan terungkai ye :)

    BalasPadam
  5. Aku selalu macam tu dengan bos aku. Tapi biasa aku merajuk sendiri aje. Bos aku pun faham dah kalau aku merajuk memang aku tak akan layan dia bercakap. Bercakap yang betul² perlu aje. Sms pun kadang aku tak layan. Tapi nanti bila dah baik sendiri aku la yang pi bercakap balik dengan bos.

    BalasPadam
  6. saila pernah rasa down bila kwn sekerja lebih2, sampai menggangu keja kita, bajet bagus sampai kita nk bt keja pun kurang selesa. dapat bos lak apa pun tak boleh. nganga je boleh.. langsung xnak perbaiki mslh staff. saila resign tinggalkan meja kosong padan muka semua org. shredded semua dokumen, delete semua maklumat kat PC pastu blah. puas hati. org nak sambung keja saila, sila bt dari mula. takde hardcopy atau softcopy.

    BalasPadam
  7. sabar la kak...kadang-kadang realiti hidup mmg camtu kak...insyaAllah sabar akak berbayar :)

    BalasPadam
  8. awok pernah lalu situasi macam yang mike kena yong... even ada pun awok tulih kat blog awok..... walopon orang tak rasa apa yang kita rasa.. tapi dengan menulis tu pun pada awok... dapat luahkan rasa kita masa tu..... sabo la yong....

    BalasPadam
  9. Memang tak senang buat kerja kalau boss gitu. Kerja banyak, tapi boss baik takpe. Keja tak busy, tapi boss mcm singa, tak tenang dibuatnya

    BalasPadam
  10. assalam PB..masa marah memang semua kita rasa kan..
    acik dulu masa muda2..selalu cakap..kalau aku kaya tiba2 dah lama aku berhenti..hi hi..sudahnya tak kaya2..kerja la sampai usia pencen..insyaa Allah tahun depan

    BalasPadam
  11. Sabar...memang kadang2 kita kena marah walau macam mana pun kita nafikan itu bukan salah kita..adat berkerja memang cenggitu..SA dah rasa memang terus rasa down dan nak berenti keja...tp bila dah cool balik...SA tanya diri balik...ko dh la ibu tunggal..sapa nak bagi ko duit besarkan anak...bayar bil, bayar keta bayar loan rumah...sara mak abah ko....terus x jadi berenti keja...sabar ok....orang sabar ni x rugi....

    BalasPadam
  12. gitu le lumrah kite bekerja makan gaji nih wakk..kite pon selalu down..jam2 tu gak rase nk benti
    tp kite pikir2 balik, tak pe la tu pon salah satu ujian Allah
    kot ye pon nk benti biau le berhemah..busuk2 kampeni tu, situ la kite dapat kumpul rezeki kann...masuk cara baik, kluau pon cara baik...
    ni pon plan benti keja, mebi lps branak ke :)

    BalasPadam
  13. "Kalau aku berhenti kerja, mesti semua orang akan kelam kabut. Aku akan tinggalkan keja-kerja aku yang terbengkalai, semua orang tak tahu buat. Aku sorang je yang tahu. Biar padan muka. Masa tu baru bos aku tahu tinggi ke rendah langit ni. Bos aku bukan tahu buat kerja, tahu marah orang je" - yang ni saya pun pernah cakap hehehe....

    BalasPadam
  14. Kalau rasa down elok nangis puas-puas.. lepas tu lap air mata dan bangkit semula.. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kita.. be strong :)

    BalasPadam
  15. Sabar yer...bunda dah lama tinggal alam kerja...pernah juga sentap masa kerja dulu...terasa macam di pilih2 kasih...nampak salah kita jer...
    Tapi tu dah lama dulu...lepas kawen bunda tak keje dah...

    BalasPadam
  16. panas hati jugak denar spekulasi orang yg bukan2.. hmm... menabung sini..

    BalasPadam
  17. bagi saya , air mata tu dpt meredakan kesedihan . malah saya rasakan kesedihan itu mengair bersama air mata yg menitis . bila berhenti , maka hilanglah segala rasa sedih marah dan stress ... klu resign tu cara yg plg baik , lakukan . byk lagi tpt lain yg tahu hargai kerja kita . rezeki ada dimana - mana ... dtg drp jom blogwalking bersama blogger 2014 .

    BalasPadam
  18. kalau hubby PB boleh support semua...berhenti jer...rezeki ada di mana2...noe mmg x suka kerja dengan bos yang tak professional...nak semua perfect...

    BalasPadam
  19. Sy nih dah lali dengan keadaan mcm tuh...bos sy reti buat kerja tp disebakan die pmpn faktor emosi slalu mempengaruhi kptsn die...kdg kdg idea kite xgune lgsg...mkn ati jwbnye

    BalasPadam
  20. pernah lalui situasi macam ni. kdg2 pun masih rasa macam ni. tp masih boleh bertahan, sebab fikirkan anak-anak.

    p/s : saya da follow sini. #176. :)

    BalasPadam
  21. tak ingat dah sama ada pernah alami ke tak benda2 mcm ni. sama ada tak pernah, atau pernah tapi sebab dah lupa perasaan sedih masa tu. mcm ko jgk la kan... skrg ko dah boleh delete sebahagian drpd entry ni sbb ko dah cool down.

    BalasPadam
  22. Hah, samalah kita rasa down menggila kerana kerja. Tapi saya bukan kena marah bos. Saya cuma rasa diriku begitu tak dihargai selepas berhempas pulas bekerja, menaikkan taraf section ni sampai baik-baik belaka pastu habis madu sepah dibuang. Memanglah rasa nak meraung aje.... rasa macam nak berdepan dengan bos marah hamun dia sikit2 atas kekejaman dia pastu letak surat atas meja dan blah dengan happynya....tapi tu masa marahlah...masa belum cool down, belum boleh fikir elok-elok. Lepas angin puspus pergi blah, terus buat kerja macam biasa! Nyampah betul ....

    Eh tak baca entri ni pun saya dah dapat aura negatif! Ni no hal kalau baca member mengamuk dalam blog... dengar ajelah lepas tu tolong apikan mana yang patut...ngeh!

    BalasPadam
  23. Kita ni kuli jer PB.....kecualilah kita ni ada company sendiri....bolehlah nak demand lebih lebih...Boss senang jer.. rasa dia dah tak suka, tak di pujuknya...tp kalau kita ni penting....tunggu jerlah dia melutut esok hehe....
    Jangan terburu buru dlm membuat keputusan. Mengadu padaNya....insyaalaah segala galanya dipermudahkan

    BalasPadam
  24. akak ni kalau down kattempat kerja. terus nangis. memang tak boleh nak control control dah...

    BalasPadam
  25. Kepada readers yang tak sabar nak berhenti kerja, tapi takut..
    patut join workshop ni...
    How to plan your escape from corporate cage workshop

    BalasPadam
  26. Tenangkan hati & teruskan buat yang terbaik, Insyallah, majikan akan menyesal juga buat begitu. Ada cara baik utk menegur, tapi dia x buat - kira dia lah yg salah.

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama2:05:00 PTG

    saya sedih ni...sy baru je bhnti keje sbb bos msj suh bhenti..skrg sy xda keje...mane nk cri dt byr pgasuh ank...sedihhhhhh

    BalasPadam
  28. ya Allah, kenapa? Bos tak ada hak nak berhentikan kerja suka2 hati.
    mesti ada sebab.
    Bersedih sekarang tak guna kalau dah betul2 berhenti.
    1. kalau diberhentikan tanpa sebab tolong ambil tindakan. kurang2 ada pampasan.
    2. kalau kita sukarela nak berhenti, fikir apa nak buat leps ni.
    - cari kerja lain atau jaga anak tak payah fikir duit pengasuh tetapi dlm masa yg sama cr side income. cuba try berniaga online. guna fb, instag, blog dan sebagainya.

    BalasPadam
  29. Saya pun sekarang tgh dilemma nk berenti keja..mcm2 mslh..kdg2 rasa tak kena dgn jiwa keje ni..like its not my passion...3 tahun pendam rase bersalah..tapi skrg rasa mcm dah tak boleh sabar dan kena yakin ade rezeki kita di luar sana yg penting usaha..insyaAalah Allah beri bantuan.

    BalasPadam
  30. Bru je bertukar..tup2 disuruh wt keja yg xde guidelines lgsg...trus2 disuruhny jd peg khidmat pelanggan...siap kena mrh lg ngn caller psl kita x knl smua staf

    BalasPadam
  31. saya tgh mengalami masalah tu..bos xreti buat kerja pastu tahu kerja nak siap je...

    BalasPadam
  32. tengah down sekarang..so Google 'Kenapa aku tak ada semangat nak kerja?' , smpai ke sini. Kiranya aku tak sorang2 rasa mcm ni. thnks..

    BalasPadam
  33. tengah down sekarang..so Google 'Kenapa aku tak ada semangat nak kerja?' , smpai ke sini. Kiranya aku tak sorang2 rasa mcm ni. thnks..

    BalasPadam
  34. nk berhenti kerja & sebelum berhenti kerja nk cuba buat kerja2 online dr rumah..

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama10:43:00 PG

    Bru fikir2 nak benti keja sbb bos lw ble suma nk free (demand tggi)..Nk ini nk itu tp xnak kuarkan duit!..cth:printer bsar gedabak dy nk sy yg wt padahal xda experience pn buat yg bsr2.. Kecik2 leh la..hurmm..

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama11:01:00 PG

    hurmm.saya sedang alami dilema..saya dah dpt tawaran keja yg lebih bagus dan menjamin..tp dlm masa sama xsampai hati nk bgtau boss yg saya nk resign..memamg agak stress keja sini tp byk juga jasa dan kebaikan boss..

    BalasPadam
  37. Wife pun under pressure kerja. Bosnya pandai mengarah tapi tak tahu buat kerja. Wife berhenti confirm bekas bosnya resign jugak sebab takde yang blh back up kerja wife. Kerja multi tasking pulak tu.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...