Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140421

Andai aku pergi dulu


Kadang-kadang aku tak suka membebel panjang-panjang bila laki aku tidur sampai ke tengahhari dan aku terpaksa berperang dengan Luth membuat kerja rumah.

Ayat yang paling sedap aku biasa cakap,’ tak apalah abe tak nak tolong.. Kalau Sa dengan Luth dah tak ada, abe bolehlah tidur puas-puas. Masa tu tak ada siapa nak ganggu.’ Biasanya laki aku akan cepat-cepat bangkit bila keluar ayat sedih pilu ni.

Ahad lepas husband cousin aku meninggal. Sakit jantung. Aku rasa macam tiba-tiba. Tidak pernah terfikir langsung. Aku tahu mati tu pasti, tapi entahlah kali ni aku rasa lain sangat. Mungkin sebab ni sepupu aku, orang yang agak rapat dengan aku. Macam-macam aku fikir. Kalau kena kat aku, macam mana hidup aku? macam mana aku nak jaga Luth? Aku jadi takut sangat. 

Agaknya macam tulah laki aku rasa bila aku selalu sebut pasal mati ni.Aku suka cakap tanpa berfikir. Sebenarnya, bersediakah aku?

Bila ajal tu datang..bukan harta aku, bukan laki aku, bukan anak yang aku perlu susahkan tapi diri aku, bersedia ke aku mengadapNya? 





Hal dunia, aku tahu laki aku boleh urus.

22 ulasan:

  1. huh, lama gila iolss tak sempat nak jejak ke sini...sihat PB??? apa2 pun kematian itu pasti akan menjengah tak kira apa pun kann???

    BalasPadam
  2. memikirkan maut adalah satu perkara yang paling menyeramkan..

    BalasPadam
  3. so lepas ni jangan cakap macam tu lagi...

    siram aja dengan air sebaldi utk kejutkan dia bangun..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pun kan PB amalkan la ayat pelembut hati. Baca dalam hati selalu bila suami kau ada dekat dengan kau. InsyaAllah dia akan berubah.

      Padam
  4. tu la kan kita ni kadang2 suka cakap ikut sedap mulut,sebenarnya tak sedia pun lg nk mati.hehe

    BalasPadam
  5. kematian xkkan dtng bila kita perlu ia dtng bila tiba masanya. Marilah kita siapkan diri dng amalan baik sblm menemui Nya

    BalasPadam
  6. Betulla. Nak jumpa Dia tu yang paling takut. Takde peluang nak balik dah kalau dah dipanggilNya.

    BalasPadam
  7. betul sgt2, bila fikir pasal mati, tertanya pada diri sendri, bersediakah aku...

    BalasPadam
  8. betul tu, CN pun slalu gak bila stres dgn suami akan cakap pasal mati konon2 frust dengan dia, tapi bersediakah kita?

    CN follow sini 237 :http://www.cekgunorazimah.com/2014/04/1st-giveaway-by-dianarashidcom.html

    BalasPadam
  9. Sebenarnye penah terpikir jugak bende sama..pastu tetibe jd sedih..

    Haruslah abe mu terus bgn bile dgr ayat gitu..ayat menyusuk ke kolbu..;D

    BalasPadam
  10. Biasa husben ckp mcm tu. Katanya senang. Bila ari2 ckp dan 1 hari jdk, at least sy dh bersedia. Hmmm...

    BalasPadam
  11. Ekekeke...sentap somi bila dengar ayat paling sedap dari isteri tu yerp. Trus bangun ☺

    BalasPadam
  12. kengkadang mmg kuar ayat mati sbb ingat mati tu adalah baik utk persediaan diri kita & persediaan utk yg akan d tinggalkan...

    BalasPadam
  13. selalu jugak guna ayat tu..kalau saya mati dulu..tapi somi slalu balas..saya yg pergi dulu sbb sy dah tua.. akak menjawap lagi mati tu tak kira umur..pastu kitarang bebel2..hihi..
    sebenarnya mulut jer cakap..bersedia tu rasanya belum..masih dalam proses..:)

    BalasPadam
  14. tak suka nak cakap macam tu pada en. suami sebab kita tak tahu bila kita akan pergi..
    tapi pembahagian kerja tu memang perlu.. takdelah isteri stress bila en. suami takmo tolong dalam menguruskan hal dalam rumah..

    BalasPadam
  15. OK dah tersedar sendiri lain kali fikir dulu jgn lepas aje cakap. takut sebenarnya kan...

    BalasPadam
  16. hehehe.. aku pernah cakap dalam hati je.. tak sampai hati nak cakap terus kat dia.. tapi lepas ni kalau nak mintak tolong terus terang je.. ko jangan la drama sangat.. sian laki ko.. haha

    BalasPadam
  17. ehm..kalau boleh tak nak sebut langsung pasal ni ...walaupun hakikatnya ianya sesuatu yang pasti..huhu.. bersediakah kita..huhu..

    membalas kunjungan dan follow sekali

    BalasPadam
  18. Ha..ha..
    Hidup umpama drama..kita pelakon nya.
    Leh wat tajuk entry ni.

    BalasPadam
  19. X berani nak sebut. Hubby akk mmg ada skt jantung. Setiap detik setiap saat mmg meremang bulu roma pk macam macam. Takut sedih sume ada.

    BalasPadam
  20. betoitu ... ada yang nampak sihat tapi tiba2jer dapat khabar yang dah meninggal duniakan... mohon kita sedar tentang itu...

    BalasPadam
  21. Saya pun selalu guna statement pilu, hiba ni kat rumah PB sebab dah macam bibik rasanya bila di rumah. Tapi bila kena gertak dengan HD - you rasa dah bersedia ke nak mati, tau tak neraka tu macamana siksanya? dah cukup segala bekal? teruslah termenung memikirkan balik kata-kata sendiri.

    Ishh, takutlah kalau fikir-fikir. Nak tulis mengandai-andaikan pun takut tapi kalau bercakap mak aih...ikut sedap mulut aje!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...