Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140424

Belajar dan terus belajar



To be effective in learning, you need to 

LEARN, 
RELEARN 
and UNLEARN
HRonline.net Aug,2013



Learn a new skill,

Cita-cita zaman remaja aku adalah untuk menjadi penulis novel. Ini semua pengaruh novel cinta zaman remaja aku. 

Kejayaan paling besar adalah cerpen pertama aku pernah masuk majalah sekolah. Bukan pasal aku jadi editor majalah sekolah ye. Eh ke iya? Lama-lama atas faktor-faktor persekitaran, cita-cita aku makin jauh dan dikubur.

Kerja pertama aku adalah paling dekat dengan cita-cita remaja aku. Atas sebab susah nak cari kerja, aku jadi editor buku sekolah. Jauh bidang pengajian dengan kerjanya aku ni, dengan penulisan tunggang terbalik dan ejaan penuh spelling error aku diterima menjadi editor. Lagi malu nak cerita kelayakan spm Bahasa Melayu aku. Bahasa Inggeris lagilah dua kali malu. Buku PMR yang anak korang guna tu, akulah salah sorang mengeditnya. Juga buku SPM dan kadang-kadang buku STPM pun aku buat.



Relearn an certain skill to improve on its,

Lama-lama kerja, aku jadi muak membaca. Aku langsung tak boleh membaca selepas waktu kerja. Sebabnya, kalau aku baca apa-apa bacaan aku asyik perhati kesalahan ejaan. Salah itu ini, susun atur tak cantik, aku tak dapat tumpukan apa yang aku baca. Asyik nak cari salah je. (Psst, jangan cari salah spelling aku, tak ada sapa edit tulisan aku..) Novel-novel semua jangan harap aku nak baca. Boleh muntah, boleh pening aku. Majalah pun aku boleh tengok gambar je.

Sampailah aku berhenti kerja.

Walaupun kerja aku sekarang tiada kaitan lagi penulisan buku sekolah atau kerja mengedit aku rasa bertuah dengan pengalaman kerja lepas. Aku jadi lebih teliti, penulisan report aku lebih baiklah aku rasa berbanding college aku kat sini. Aku rasalah.. Sekarang aku belajar balik mengasas skill yang lama aku tinggalkan, aku nak belajar menulis blog. Dengan bersungguh-sungguh dan azam yang kuat! 



Unlearn obsolete knowledge and skills.


Kecuali ilmu tak berfaedah!







21 ulasan:

  1. La....samala kita ye..tapi saya cuma penolong editor..hehehe...tapi betul kan...semua itu pengalaman ^_^

    BalasPadam
  2. eh samalah dulupun akak konon nak jadi penulis... pernah berbalas surat (zaman akak suratler) dengan penulis novel terkenal zamantu... dia rajin bagi semangat... tapi lepas naik tingkatan 4 kononnya masuk sains tak ruggedler menulis bahasa sastera.. ha.. ha... bongok kalau akak tau jadi penulis boleh jadi kaya baik akak masuk kelas sasterajer ... ha..ha...... zaman akak masatu tingkatan 4 ada sastera, sains, perdaganganjer...
    gambar di atastu mesti di kawasan Karpal meninggalkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sama kita..
      zaman surat jgk.
      masuk aliran sains jugak.
      sb ingt sains je leh kaya..

      eh betul ke kakak? macm sezaman ..

      Padam
  3. he3 akibat suka sgt menulis, mampu jd blogger jer... ;)

    BalasPadam
  4. Ilmu yang bawah sekali tu kena belajo gak... Untung2 leh cari makan lepas pencen nanti.... Kahkahkah... Lepas la kos nak buat gigi pelsu, .. Kekeke

    BalasPadam
  5. walaupun skill dah tumpul.. tapi semuanya pengalaman yang bermakna.. ;)

    BalasPadam
  6. Xpenah bercita2 nak jd editor ke pengarang ke sbb sedangkan berckp pun berterabur apatah lg nak mengarang..lg hancur..ahahaha..

    Ishhhh tok moh tuh kan..nak bg tamparan hali lintar boleh x..

    BalasPadam
  7. sekarang ni anak akak yg no 2..sibuk nak jadi penulis..sebab suka sangat baca novel..cita-cita lain katanya takde..bising abahnya..hihi..
    *setiap pengalaman tu memang berharga..semangat PK nak menulis blog bersungguh tu akak amik sikit..biar akak pun rajin..hehe..:)

    BalasPadam
  8. Bestnya pernah keja dlm bidang editing. Sekurang2 dapat pengalaman yg org lain tak dpt. Saya dulu takde cite2 nak jadi penulis, baru sekarang rasa nak jadi penulis buku, tapi yg pasti, bukan novel la. Sebab kalo buat novel kang over sgt jalan cerita dia. Heheh.

    BalasPadam
  9. As-salam petak bunga..

    minat kita sama.. akak pun minat sangat dengan bidang penulisan.. masih belajar juga untuk teknik penulisan yang lebih baik.. semoga usaha kita diberkati insyaALLAH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam
      insyallah..mana tahu boleh menulis mcm akak..

      kuat ni kena usaha

      Padam
  10. mmg ada cita tulis novel. siap ada manusript lagi dulu2.. tgapi duk peram sampai la ni, skang duk membebel kat blog ajelah yer PB

    BalasPadam
  11. sama, nak jadi penulis...berpidato sudah..guru tusyen juga sudah..
    last sekali..membaking..

    BalasPadam
  12. suka menulis. menulis a.k.a. blogging. boleh gitu?

    BalasPadam
  13. hehe...mmg seronok menulis blog ni....Rasa tak sangka rupanya banyak jugak hasil nukilan kita ni...Baca nukilan org pun best jugak!

    BalasPadam
  14. bila tengok gambar akhir...terus senyum lebo...hehehe

    PB jangan plak check salah eja..salah ayat dalam blog noe...sah2 la tunggang langgang...budak UPSR pun lagi bagus...

    BalasPadam
  15. Samalah kita nk jadi penulis novel...in shaa Allah satu hari nti

    BalasPadam
  16. ramai yang bercita-cita jadi penulis ye..tapi saya nak kadi jurutera..wp jauh tu nak dapat..ahahah..(gelak sorang2 - sapa kata engineering course takleh menulis)..

    BalasPadam
  17. Saya tak pernah pula teringin nak jadi penulis tapi sejak tulis blog ni tak tahulah napa selalu aje berunsur jenayah, eh bukan, berunsur cerpen. Banyak betul corner baring, pitstop bagai... Hajat hati sekarang nak tulis buku kanak-kanak tapi takut pulak kalau kanak-kanak membaca boleh jadi tertidur terus sebab panjangnya!

    Eh, tulis rhymes pun bagus gak nih....penatlah nak nyanyi lagu2 lama cam Ba ba ba black sheeplah, london bridge lah...

    Awak rasa kita ada peluang tak nih ? Huahaha...tak payah jawab kalau nak menyindir :D

    BalasPadam
  18. Samalah jugak..aida pon minat nak menulis..tapi sekarang dah takde masa nak berkarya..hari tu ada jugak tulis sikit2 kat dalam laptop time habis study..sekarang projek tu terbengkalai je..huhuhu

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...