Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140416

Betik pencuci muka untuk kulit berjerawat dan sensatif


Sabtu lepas aku pergi pasar malam. Macam biasa tujuan utamanya adalah untuk memborong buah. Kebetulan jumpa buah betik jual murah. Sebakul 5 ringgit, ada tiga biji. Tak berapa eloklah sikit isinya, dah nak murah kena terimalah kalau tak berapa elokkan? Pakai tudung tiruan pasar malam, tak akan lah kau akan jadi cantik macam Mawar pulak.

Jadi sebagai penjimat dan tak berapa kaya, haruslah aku beli. Aku dengan Luth suka makan betik. Kaya vitamin ni, buah tempatan murah. Makan betik ni, nak membuang pun senang ni. Sesuai sangatlah untuk orang gigi baru nak ada macam Luth ni.

Buah betik ni dah tak berapa elok pun masa beli, tapi boleh lagilah nak makan. Buang-buang yang tak berapa elok tu. Patut aku belah terus balik tu, buang yang mana tak elok. Tapi dah makanan lain banyak, aku biar je kat situ. Sebab kalau belahkan, kena letak dalam peti. Peti penuh. Tak akan aku dengan Luth nak makan semua sekaligus. Mahu muntah betik, berak betik.

Sekarang dah hari apa? Nak jumpa sabtu pulak dah. Baru aku belah. Berulat dah! Ni pasal air tak adalah ni... kalau nak belah betik, kena basuh. Payah dah sepah-sepah nak basuh payah. Ni rasa nak saman syabas ni.

Jadi tak nak membazir, aku pilih-pilih sikit.. banyak yang tak sedap dah. Masam dah sikit. Yang lembit tu boleh buat pencuci muka.

Pencuci muka betik.

Sabun susu kambing aku pun dah masuk mangkuk tandas semalam. Nak beli dah tengah bulan. Mana cukup gaji Rm2500. Dahlah side income nufnagg aku baru rm8. Koranglah ni malas klik iklan aku. Banyak dah aku letak iklan. Eh..


Buat apa-apa ni kena rajin, kena yakin. Insyallah akan cantiklah muka aku tak lama lagi. Melampaulah kalau korang minta aku tunjuk testimoni selepas aku guna pencuci muka betik semua jerawat-jerawat kat muka aku hilang. Jadi putih dan gebu macam Luth. Aku baru try hari ini dah nak tengok berkesan ke tidak. Ishk...


Kena pakai hari-hari, sepuluh tahun pun masih cantik macam cik ta.


15 ulasan:

  1. akk pakai pencuci muka biasa je. yg clean n clear tu je.

    BalasPadam
  2. alaaa,kita dh klik dh iklannn.xtipuuuu betul niii! hehehe

    BalasPadam
  3. Saya pun dah lama tak makan buah betik… mahal betik kat sini…. baca entry ni pun duk telan ailio jer… ekekekke

    BalasPadam
  4. Semua orang cantikkan..biar la tak berapa cantik yg penting cantik budi bahasa dan akhlah..

    BalasPadam
  5. kaksura pun suka makan betik..time membuang memang best..hihi..
    klu bab pencuci muka ni ..akak jenis hentam ..slalu betukar-tukar..hihi..zaman dolu2 pernah gak pakai sabun betik..:)

    BalasPadam
  6. selera ke lagi nak biar betik tu lama2 kat muka. bau masam kang. hehe... Luth dah makan betik ye? Saya belum pernah try Luth saya makan betik. Tak tau la nape belum sampai seru nak beli betik. Ceh, cekonon pasal betik pun nak tunggu seru. Pang kang nak?

    BalasPadam
  7. kan che ta pakai safi rania..mung nih..

    BalasPadam
  8. hahaha..! banyak no korner-korner nya :P
    takpe, berkat kesabaran dan berjimat wajahmu akan kembali mulus bak bayi mcm luth :P

    BalasPadam
  9. mmmm, akan diusahakan... nak body mcm cik ta ja.. hahaha.. bolwh ceng gitu :)

    rumah sy dh start xda air pulak ptg tadi.huahua..berapa lama pulak.. tunggu tgk je la... hukhuk

    BalasPadam
  10. berseri2 mcm warna betik tu la nanti...klik2 lagi tuk tabung PB tu.. :)

    BalasPadam
  11. bagus guna yang original begitu.. belum pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  12. Alah, tetiba rasa hiba di hati. Cannot wait-wait longer, right now I click-click so you can be juta-awan by tomorrow morning. Can, cannot? I click ahhhh....

    Betik tu peberet seisi keluarga gak. Kalau shopping buah, memang kena beli. Ini dah kira buah-buahan ruji keluarga saya dah ni. Saya pun cenggitu gak. Kalau hari ni pakai produk baru, sejam lepas tu sibuk nak tengok keberkesanannya. Kalau tak elok, kena fikir alasan camna nak gi window shopping lagi.

    BalasPadam
  13. betik fav saya juga. Nnti beli betik nk cubalah ltk kat muka. Hehehe...

    BalasPadam
  14. betiktu memang sedap dimakan kalau der yang rajin nak kupas.. akakler tu mana der orang lain dalam rumah yang rajin... tapi baguih gak yerk semulajadijer smua bahan nak cuci mukatu.. elok untuk dicuba...

    BalasPadam
  15. nuffnang kiter pun baru rm7 muahahaa. giler betik murah...sini sebiji besar kepal jer dah rm4, eh 4euro. tak makan betik la kami.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...