Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140423

Busuk punya orang


Kedai tempat laki aku biasa minum kena aniaya orang. Lampu dan plug tiga pin dicuri. Kabel dan stater lampu dicelup dalam air. Kerusi disimbah minyak masak.

Apa motif? Kedai ni bukan kedai betul, gerai je. Jiran aku punya, dia angkat meja 3 biji, kerusi sikit, pasang kat depan lot kedai. Lot kedai depan kawasan rumah aku 1 je diguna untuk kedai runcit. Lain-lain kosong je, yang ada penghuni pun cuma jadi rumah tumpangan pekerja asing. Tak berapa strategik kawasan rumah aku untuk kegiatan perniagaan. Atas usaha jiran aku ni dapatlah juga kaum-kaum laki kat kawasan perumahan ni bersembang petang-petang sambil minum kopi. 

Bukan sehari dia buka gerai ni, dah bertahun-tahun. Tak pernah jadi macam ni. 

Baru-baru ni, ada taukey ni cuba-cuba nak buka tempat main judi kat atas lot kedai tak laku ni. Tak sampai sehari dah kena halau dengan penduduk sini. Nasib baik penduduk sini jenis ambil berat. Tak mahu anasir-anasir macam ni masuk. Malas aku nak cerita macam mana dia orang halau sebab melibatkan pihak berkuasa juga. Biarlah, asal tak buat tempat judi kawasan kita sudah....



Laki aku dah jarang melepak sini, jadi jangan suspect aku. Sungguh, dia orang minum-minum je, janganlah busuk hati sangat aniaya orang cari rezeki macam tu. Aku dah selidik tak ada unsur perjudian, main aji pun tak ada, pelayan perempuan pun tak ada. Apalah busuk orang yang khianat ni?

Busuk punya orang!



22 ulasan:

  1. Ada yang tak puas hati dengan pemiliknya kot tu. Dasyat juga dibuatnya tu.

    BalasPadam
  2. macam kes tak puas hati nih..sebab dia rosakkan barang2 tu kan..

    BalasPadam
  3. busuk hati..hasad dengki..memang tak pernah padam dlm diri manusia..mintak jauh dari orang2 yg busuk hati..kesian kat pemilik kedai tu..harap dia bertabah dan diberikan kesabaran..:)

    BalasPadam
  4. ada la tu...manusia ni ada sifat PHD

    BalasPadam
  5. tak baiklah busuk hati dengan orang macam tu.... adoiii...apalah nak jadi manusia zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  6. bakper la niaya org... InsyaAllah, peniaga tu akan murah rezeki jugak wpon perniagaan d khianat, amin...

    BalasPadam
  7. Salam ukhwah, 1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    BalasPadam
  8. kenapalah agaknya ni..

    BalasPadam
  9. Tuh la manusia..bile hati dh busuk, mcm2 boleh jadi..

    BalasPadam
  10. Benda biasa la tu PB. Mana senang nak tengok orang lain senang.

    BalasPadam
  11. huduh gila perangai orang meniaga cam tu kan.. kesian kat owner tu.. jgn lepas tu putus asa tutup kedai sudah la..

    BalasPadam
  12. X baik la cmtu. Rezeki masing masing. Kita patut bersatu. X boleh la dengki dengki. Jgn ikut sgt hasutan setan tu.

    BalasPadam
  13. Biasalah tu. Kat mana2 ada jer org mcm nih. Menyekat rezeki org lain.

    BalasPadam
  14. tak taulah..rambut saja sama hitam

    BalasPadam
  15. kes dengki la tu.. aduhai.. ada lagi org perangai macam tu yer.. sabar je la...

    BalasPadam
  16. Hmm... Manusia oh manusia...

    BalasPadam
  17. mak oooi memang busuk punya orang... isyh tak patut.. tak patut

    BalasPadam
  18. haih, org meniaga gerai pon nak dengki. Belum lagi jiran tu jadi kaya mcm syed al bukhari. Dah tu, yg nak buat tempat berjudi kat kawasan perumahan tu ngape? Cari le tempat lain. Dah bercampur aduk dah sekarang ni,.

    BalasPadam
  19. Allah je yg tahu sapa kn

    BalasPadam
  20. gerai jual burger tu ke....kesianyerr....

    BalasPadam
  21. Busuk hati betul si pendengki tu. Kalau jumpa apa kata simbahkan juga minyak masak kat badan dia...mahu takut menggelupur nak kena bako... tapi orang taman tak jahat dan busuk hati macam dia, tentulah nasibnya tak hangus terbakar.

    Saya memang takda suspect PBlah walaupun ada ayat-ayat berunsur jenayah sebelum ni :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...