Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140405

Cinta Mat Bangla


Tiap pagi jumpa aku, dia mesti beri salam. Dia dulu, selalu macam itu. Kenapalah berat mulut aku ni nak mulai dulu? Senyumanya sentiasa terukir dibibir, macam tak ada masalah.


‘Berapakali col wife 1 hari? ‘ Aku tengok dia lapang sikit, berehat sebentar hilangkan lelah bekerja.
‘1 hari ada, 1 hari tak de col, saya tak ada duit’. Nampak murang sikit.  ‘Kalau saya tak ada col, dia tak mahu makan.  Dia mahu saya cepat-cepat balik.’  Dia buka dompet, tunjukan gambar seorang perempuan. ‘Saya punya wife tak de cantik.’

Aku ambil dompet tengok lagi dekat. ‘Putih macam ni tak de cantik ke? Berapa umur?’

Dia ketawa. ‘19, saya tak ada kenal. Terus kahwin.’  Balik bercuti baru-baru ni, aku dapat tahu dia dah berkahwin.
‘Macam tahi cicak. You kenal cicak? Itu binatang cik..cik…,’ aku buat bunyi cik-cik macam aku takutlkan Luth.

‘Saya sudah tanya dia, saya hitam dia putih..mahu kahwin sama saya ke?’ Dia sambung cerita. ‘Dia kata yang penting hati baik.’

‘Sana you punya wife buat apa?’

‘Dia study lagi. Sekarang dia exam. Kalu ini pass, dia mahu sambung kolej. Nanti dia habis kolej, saya balik kampung.’

‘Ooo..dia study apa?’ Aku hulurkan balik dompetnya.

‘Itu banking’, sambung dia lagi.

‘Pandai ye, you tak ada study?’

‘Saya dulu medical field tapi tak ada habis.’

Aku ketawa, ‘rugi..kalau tak, sudah jadi doktor ye? Nanti you mahu balik, mahu kerja apa?’

Dia angguk-angguk. ‘Saya tak ada risau mahu makan tapi duit tak ada. Saya ingat mahu business, buka kedai jual-jual.  Saya punya negara kerja susah...1 kerja, 200 orang mahu.’

Aku pulak angguk-angguk, ‘semua orang pandai-pandai tapi kerja susah....Nanti you beli itu phone ada internetlah. Lagi murah dari col. You sekolah, you punya wife sekolah.. boleh contact you punya wife lagi murah.’

'Iya-iya, nanti dapat gaji saya mahu cari itu phone.'




Nasib kita tak sama. 


21 ulasan:

  1. betul tu..diorang yang datang malaysia ramai juga yang pandai2..

    BalasPadam
  2. Rasa insaf bila dengar cerita depa ni. Sebab tu aku selalu ingat kan diri, sesusah mana pun kau Ta, ramai lagi yang lebih susah dari kau. Tapi kebanyakan kita tak pernah nak bandingkan diri dengan yang lebih susah, instead kita bandingkan diri dengan mereka yang lebih kaya dari kita. Sebab tu tak pernah puas dengan apa yang ada.

    BalasPadam
  3. Itu Abang La ada surupa itu abang dalam gambar atas ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hitam sikit, rendah sikit, selekeh sikit, miskin sikit
      yg lain sama.

      Padam
  4. Kat sana jurang kaya dan miskin besar sangat. Malaysia ni, silap-silap ikut jejak diorang. Kita orang kebanyakan ni mungkin terpaksa merantau sebab gaji kecik sangat tak padan dengan cost of living yang makin meningkat.

    BalasPadam
  5. Assalam,

    bunda singgah hujung minggu...

    BalasPadam
  6. Bangla nih ramai pandai pandai kan...tp tuh lah mslh diorg...ngra sush nk cri kerja..

    BalasPadam
  7. betul,nasib kita tak sama

    negara yg ssh kerja macam bangla n indon mmg pandai2..sy tau sbb sy kerja kilang abg2 indon semuanya lepasan universiti

    BalasPadam
  8. Bangla kat office sy pun slalu bg salam kat sy dulu. Malu juga. Tapi kebanyakannya belum kawin. Diorg keja kat cafe office. Siap panggil kita boss lg. Klako juge.

    *membalas kunjungan*

    BalasPadam
  9. kelulusan tingi pun tak menjanjikan apa2..kalau negara dah miskin. jauhkanlah negara kita dari jatuh miskin.Nauzubillah..

    BalasPadam
  10. datang singgah hujung minggu baca n3 bang la

    BalasPadam
  11. Bangla kerja apa ni pb...
    Hii...lama tak nampak bangla kat sp ni. Mklum, sejak duduk ber2 dengan anak, tak p makan kat restoran nasi kandar lagi..hee

    BalasPadam
  12. husband aku suka berkawan dgn bangla. [in fact dengan semua org dia suka berkawan. ], sampai tahap bangla tu kena skolah dgn husband sbb sibuk nak beli iphone berlumba dgn kawan2 bangla yg lain dalam masa yg sama dok merungut gaji 2k tak cukup. sabo je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tambah skit. motif letak muka remy ishak? hahahah...

      Padam
    2. pelakon pujaan hati.

      Padam
  13. Kebanyakan mereka ni ada kelayakan. Ada yang ke sini kena tipu, janji kerja bagus sesuai kelayakan tapi akhirnya mop lantai, susun batu-bata aje kerjanya. Kat sini pun sekarang kerja susah sangat, 1 kerja 200 orang tempatan tak nak...thats whylah kita suka mat remy ni kerja kat melesya ....

    Bagus PB bagi tunjuk ajar macamana nak eratkan kasih-sayang suami isteri yang berjauhan. Eh, betul ke bini dia tak nak makan kalau dia tak col? Ke bini dia ari-ari kenyang makan ....

    BalasPadam
  14. bersyukur kita ada koje.... tapi itu remy apa bikin sini gambar ada??...

    BalasPadam
  15. Hehe Remy Ishak jadi contoh Mat Bangla yeh PB... .Ada satu Mat Bangla kat Petro Station taman okje ni pun peramah...rajin gak bertanya dia...

    BalasPadam
  16. pernah kenal bangla yang dok usung troli masa kerja kilang dulu. dia lulusan degree kedoktoran. adei.. datang kerja kat malaysia kerja usung troli je. tu la kan, majority dorang tu datang kat sini pandai pandai tau.

    BalasPadam
  17. Umi Qi pernah melawat bangladesh...1 hari tour lawat bangladesh...mmg rakyat sgt, kehidupan sana sangat daif...sbb tu mereka semua tuh bijak2...cuma pekerjaan ye x dpt tampung...

    BalasPadam
  18. sedih pulak baca kisah dia ni. sebab kat tempat kerja saya pon ada gak sorang .. pon datang malaysia sebab kena tipu konon2 utk belajar .. kesian sangat

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...