Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140417

Ciri cikgu yang baik


Pertama sekali sekali aku bukan cikgu sekolah betul-betul, juga bukan cikgu sekolah memandu. Aku cuma seorang gadis kilang, penjana ekonomi negara. Gadis oh... ♥♡♥♡. 

Walaubagaimana pun persekitaran kerja aku kadang-kadang mengkehendakan aku jadi cikgu. Sebagai seorang cikgu yang baik kesabaran adalah sangat penting.  Namun sebagai seorang manusia biasa, kadang-kadang kesabaran kita akan diuji. 

Sebagai contoh, bila aku bagi memo untuk diberi kepada production. 

Mereka akan bertanya, kat mana nak tampal memo ni?
Maka aku akan menjawab, tampal kat notice boar. 

Bila turun ke production, mereka melihat notice board dah penuh dengan memo. 

Maka mereka akan bertanya lagi, notice board dah penuh, mana nak tampal? 
Maka dengan sabar aku akan berkata, buanglah yang lama dan tampallah yang baru. 

Maka mereka dengan patuh akan melakukan arahan ini.
Tiba-tiba mereka merasakan memo yang lama tidak boleh dibuang.

Lalu mereka memberitahu aku, memo ini tidak boleh dibuang. 
Maka aku berkata, simpanlah.

Dan mereka berkata lagi, mana nak simpan? 
Simpanlah dihatimu atau otakmu kalau otakmu masih ada ruang, kata hati kecilku.

Generasi Y sangat banyak bertanya.. why? Y?

Oh mereka berkata, kalau aku jadi cikgu masa mereka sekolah dulu, mungkin mereka tak perlu kerja kilang sekarang.


Jangan tanya kenapa gambar terbalik, ini contoh.hhh




Ini simbol < atau kalau nak ingat jadikan K for kurang dan ini simbol >   leBih Besar.

25 ulasan:

  1. Sebenarnya setiap kita adalah 'cikgu' cuma masa dan tempat tak sama.
    Kakak pulak ajar anak kakak guna tangan kiri dan kanan. < (kiri - cuba rapat empat jari buka yg ibu jari) > (kanan - sama rapatkan jari buka ibu jari). Jadi kiri tu kurang, kanan tu lebih (sama macam +ve dan -ve). Macam-macam cara nak mengajar ni walau kita memang bukan cikgu hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak complexnya..
      Ikut yg kitavdh ingtlah

      Padam
  2. alahai ....kadang-kadang walaupun ianya simple tapi boleh buat orang stress jugak kalau banyak tanya kan ..-___-"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak bertanya, tak sesat jalan..mereka guna pepatah ni lah

      Padam
  3. ehehehhehe..ada pula mcm tu

    BalasPadam
  4. pernah bercita2 nak jadi cikgu..tp nasib baik x jadi..kalau x sure hari2 masuk ward sebab darah tinggi..SA x leh jadi cikgu..garang sangat...

    BalasPadam
  5. kenapa generasi Y suka bertanya berbanding berfikir kerana mrk sudah biasa disediakan segalanya depan mata . tak seperti kita dulu yg terpaksa bersusah payah berusaha utk mendapatkan sesuatu ... itu juga yg saya hadapi bila berdepan dgn anak buah ... nak makan nasi pun tanya nasi dimana . maka jawapan saya , di dlm bilik air ...

    BalasPadam
  6. Aduhai PB, sampai macam tu sekali dorang tanya? Sabar nya nak jawab soalan macam tu..

    BalasPadam
  7. wah sampai mcm tu sekali depa bertanya .... isk2

    BalasPadam
  8. Kau memang penyabar eh orang nya? Eh maksud aku dalam konteks cerita di atas.

    BalasPadam
  9. spoon feed sungguh generasi y ni. selamat le jwpn awk tu dlm hati je. kalo tidok, berenti terus budak2 tu dari kilang tu sbb senior garang. kehkeh.

    BalasPadam
  10. hahaha..itulah kenyataannya apabila berhadapan dengan orang sebegitu..memang kena sabar tau..

    BalasPadam
  11. kadang tu mesej kena panjang sebab tak nak mereka tanya lagi kan, tolong letak kat bilboard dan minta meteka baca ok :)

    BalasPadam
  12. byknya tanya..macam hotak takleh pakai dah..selalukena suap mcm ni la jdnya..sabar je la..

    BalasPadam
  13. pandai plak bebudak production tu menjawab ye hehe

    aduhaiii, sabar je laaaa

    BalasPadam
  14. letih la nak melayan...step by step kena bagi...semua kena suap...kesian kat akal fikiran...sbb jarang diguna...

    BalasPadam
  15. mungkin malas nak berfikir merupakan salah satu faktor kenapa ianya berlaku.. kena bersabar dengan mereka..

    BalasPadam
  16. Soalan....memang menanah telinga kalau saya yang dapat! Well, kalau I 'is a teacher'.... memanglah anak murid suka. Hari-hari ajak berjenaka. Tak payah perah otak, tenung buku menghafal itu ini. Kita enjoy selagi terdaya sebelum exam mari :)

    So PB, kalau nak jimat exercise mulut boleh aje mesej cam ni (examplelah yek) - tampal memo baru kat notice board, memo lama tak guna buang, yang tak boleh buang simpan dalam hati. Kalau tak faham whatsapp aje ...

    BalasPadam
  17. dorang dah biasa ada orang tolong buatkan.. sebab tu menda mudah pun bertanya kat kita balik..

    BalasPadam
  18. tanpa kita sedar sebenarnya kita semua ni cikgu..contoh memo tu menunjukkan PB seorang ckgu yg baik.hehe

    BalasPadam
  19. Cikgu2 skg stress. Byk keje. 6 hari smggu keje. Kuar pg blk ptg. Pengorbanan dia org ank org mereka jaga. Ank snd org lain jaga. Jiran sy ckgu, kakak ipars cikgu, kwn2 sekeliling ckgu. Kalau ada plhn rmai yg nak resign. Pnt.

    Kesian ckgu skg.

    BalasPadam
  20. slm prkenalan. Sbb tanya bnyk pn bknnya at the right place. Ini bkn nk tanya tambah ilmu tp tanya sbb malas nk guna otak

    BalasPadam
  21. alahai tu belum lagi generasi Z.. lagiler .. letih...
    pandai tapi letihler nak melayan kerenah dia...
    kalau tanya semua tahu tapi suruh buat hancur...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...