Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140410

Dilema isteri berkerja untuk masak


Tutup pintu kereta tengok Luth dah tunggu depan pagar. Bunyi kereta mak dia pun dia dah kenal. Dah panggil-panggil aku dalam bahasa aku dengan Luth je yang faham.


Cepat-cepat masuk, tak sempat nak tukar baju Luth dah melekat kat betis, bergantung kejap.

Macam mana mak nak jalan ni.

Angkat Luth, dukung. Tersengih-sengih Luth.  Sebelah tangan tukar baju, tanggal tudung. Letak sekejap, dia merengek balik. Mak pergi kerja okey je duduk dengan Tok Ma, mak balik dah jadi manja, tak boleh berenggang langsung ek.

Sudahnya, dukung balik pergi dapur. Bawak keluar lauk beku nak bagi cair sikit. Ambil sayur rendam air. Semalam dia komplen sayur sekarang rasa pahit. Dia kata, kena rendam lama sikit, biar keluar racun yang pahit.

Nak tunggu lauk beku cair sikit, boleh rehat kejap..buka tv layan perkembangan MH370. Tengok Luth ralit sikit, ingat asar tak sembahyang lagi..mintak Tok Ma tengok-tengokan Luth. Tengah sembahyang, Luth melekat kak kaki, tunggu Tok Ma datang ambil.

Siap sembahyang, ingat nak masak..dah Luth merengek-renggek nak berdukung setiap masa...  

Nak masak ke tak ni?

Tengok jam kat dinding..
Mana laki aku ni? Bila nak balik ni? Tak hilang lagi tension?

Tak support aku nak jadi Siti Khadijah lah ni…


46 ulasan:

  1. Geram Umi QI tgk luth hehehhe sayang mama sungguh ni xmo kasi mama pi masak...tgk Luth tau mama heheh

    BalasPadam
  2. Luth dah makin cerdik. Terasa mahu dibelai setelah ditinggal seharian. Malam mesti ngempenglah ni hihi..

    Masak ajelah janji mengenyangkan atau telefon kan ada tanyalah en abe nak makan apa:)

    BalasPadam
  3. itulah namanya anak2 yang rindu sgt kat mak bila mak balik kerja.

    p/s : anak kecik masa ni je. spend time lah sebanyak2nya utk mereka.

    p/s : takleh buka blog saya kat ofis? nape ya? huwaaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ofis kita block mostly blog hiburan & domain www... tp byk jugak blog domain www yg boleh buka..

      Padam
    2. alahai melting tengok Luth kat pintu macam tu :)

      Padam
  4. sampai umah disambut anak memang best..hilang jap penat..
    kemain luth nunggu ibunya tu..senyum jer..

    BalasPadam
  5. comelnya Luth...dia rindu la tu sehari tak jumpa...

    BalasPadam
  6. Ash pun sama, kalau sampai2 rumah jer, tak sempat nak bukak tudung mandi semua bagai, dia dah terkinja2 dah suruh ambik dia...pandang jer mana kita pergi...kalau dibiarkan pandang kesian pulak...terus tak jadi kerja, ambik dia dulu... lepas tu... sebelah tangan dukung sebelah tangan bekerja keluarkan lauk dari freezer tunggu hilang beku...dah hilang beku, letak dalam stroller lepas tu bawak ke dapur dan masaklah kita...

    BalasPadam
  7. hu3 itu la dilema yg sama... sudahnyer, beli jer kekdahnyer hu3

    BalasPadam
  8. hehehe..comel je luth..

    BalasPadam
  9. Memang cabaran PB jika nak masak bila ada anak kecil ni.. akak dulu pun cam tu.. bila dah besar ni senang sikit..

    BalasPadam
  10. PB, kau ambil la sehelai kain batik lepas yang panjang tu, kau lilit Luth kat belakang kau. Ala macam orang dolu-dolu dukung anak tu, haa so leh la kau berborak dengan Luth sambil memasak. Also boleh Luth belajar memasak secara tak langsung kan?

    Hehe.

    BalasPadam
  11. Laki kau tau tak yang kau nak jadi Siti Khadijah? Dia balik lambat lagi ke? Rasanya tak de pulak aku date dengan dia semalam. Hmm.. mana eh dia pergi?




    Kah kah kah kah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tengah fikir nak bakar kedai tempat minum air tu..
      fikir musim air tak de ni takut melarat sampai rumah aku je, tu yg aku sabar lg ni.

      Padam
  12. Aloh2 tomeinye luth..samo nasib le kite..anak xleh nk berenggang..nk kene uli die je sokmo..

    BalasPadam
  13. Bila mak nya balik, nak manja2 lah Luth tu...hehe... sama gak dgn abg Pa'e tu.. merengek je klu Ibu dia ada.... huhu..
    utk makan malam, sy jarang masak...hihi

    BalasPadam
  14. kesudahannya, masak tak ?.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. masak jugak..
      tipi tak sedap, sebab tak berapa ikhlas..

      Padam
  15. alolo..cute nya luth..mak nya masak apa pas tu eh?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama resipi-->

      'ikan bakar hati sapa yang tahu'

      Padam
  16. alohhh manjenye.... xsempt buat ape2 dah bergayut kt kaki..hehe

    BalasPadam
  17. KA teringat2 dulu waktu anak2 kecik lagi, mcm tulah, sampai je dpn pintu anak2 dah menunggu depan pintu dgn muka putih berbedak lepas mandi !

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum kak, hehehe comelnya luth! minta nak manja tu.. mencabar kan balik kerja pastu nak jaga anak plus memasak sekali. fuhhh... singgah menabung lenovo sini~~~

    BalasPadam
  19. hahaha.. comel luth.. luth tu ko taknak try babywearing ke.. penat la sikit..tapi senang sikit nak buat kerja..

    sayur tu kalau nak buang racun.. rendam ngan cuka+air sikit.. aku guna sabun cuci pinggan amway.. guna setitik je.. lepas tu bilasla..

    BalasPadam
  20. singgah membalas kunjungan..
    comelnyer Luth, kalau sy pun ralit tgk dia.. geramm..

    BalasPadam
  21. alah. biasalah kalau budak2 ne..tengok mamy dia, nah pandai manja sendri..mcm anak buah saya..heee..seharian di jaga oleh nenek, petang karang baru jumpa mak dia...hihi

    BalasPadam
  22. ahaksss... laki mike bz le tu cik Petakbunga... sabo......

    BalasPadam
  23. comelnya Luth... kalo penat atau tak sempat masak, propose kat suami- ajak makan luar je.. hehe

    BalasPadam
  24. manja nya lLuth..rindu mak la tu..saya kalau nak bagi mudah memasak,sambilmasak bagi je dia main senduk,periuk..heheh..asal dia senyap dah le..

    BalasPadam
  25. putih gebu...nama pun sedap..nama nabi luth..

    beli pun kena tgok res mana yg sedap...cll jer somi tu..suruh tapu kat pizza ke kfc ke..heheh..luth mesti suka..

    BalasPadam
  26. salam...
    alooo comei nyer tgok luth...cam nk geget ni..^o^

    BalasPadam
  27. Alololo comelnya Luth tunggu mak balik kerja dan kesiannya mak nak jadi Siti Khadijah tapi suami tak support. Ada banyak kedai minum dia nak support kat luar tu, kesian gak kat dia...

    Saya punya masalah biasanya tak tahu nak masak apa lagi dah walaupun dah berfikir tentang menu sejak kaki jejak kat pejabat lagi :)

    BalasPadam
  28. Haha.. biasa tu. Ada masanya mmg masak dengan sebelah tangan je. Sebelah tangan lagi dukung Nazif yang merengek nak minta bermanja. Seronok sangat bila anak tunggu kita balik kerja kan. Mujur ada Mak tinggal sama tu, adalah kelegaan sikit.. swkurang2nya orang yg kita harapkan menjaga anak..

    BalasPadam
  29. pb..boleh buat alasan tu. hee...gelak baca entry ni

    BalasPadam
  30. Biasalah tu... setengah hari mak tinggalkan... time mak dah balik masa tu nak bermanja.. tarik perhatian... yang tak menang tangannya mak...

    Dah jadi macam tangan sotong... serba serbi nak capai, nak buat kan... Ta pa lah.. semua tu lumrah.. tanggung jawab... redha dengan hati yang ikhlas insyaAllah besar ganjarannya..

    Salam ziarah pagi Jumaat..

    BalasPadam
  31. luth nk bermanja lettew. tunggu seharian kan
    mmm, smga dipermudahkan hendakNya

    BalasPadam
  32. tanya dulu laki nk mkn ke tak.mitak2 jawab dh mkn.hip hip hoorey!haha

    BalasPadam
  33. luth rindu kat mama dia....masak kt kedai pun ok gak PB

    BalasPadam
  34. dilema.. kalau sumai nk makan, suruh dia je la yg masak sendiri. heheh

    BalasPadam
  35. Salam perkenalan,
    amboi comeynye ank teruna nama Luth ni..

    *Membalas kunjungan.

    BalasPadam
  36. Bila anak merengek nak dukung memang ssh. Sy bwk je dia msk sekali. Janji senyap. Husben selalu keian. Mesti dia dtg ambik. Kesia tgk sy msk dgn anak.

    BalasPadam
  37. Luth yang semakin cerdik. comelnya.

    BalasPadam
  38. alo comelnyer Luth... jangan tensen2...

    BalasPadam
  39. Ohhhh...ni yg cik abe gi kedai minum kopi lambat balik yeh hehe....sabau aje le PB....

    BalasPadam
  40. masa nak saya baya Luth tu..bergayut dengan saya pon cekalkan hati untuk masak..kalo x..nanti sndri lapo..huhu..

    BalasPadam
  41. tips saya, bangun lebih awal daripada biasa, atau sebelum tido ... keluarkan benda nak masak tu awal-awal, kasik cair .. pastu masuk bahagian bawah ... bukan freezer.

    Jika anak terjaga, berikan mainan atau benda yang dia suka, kalau ada dvd ke .. cd ke ... buku ke ... bagi dia ralit main, dan kita boleh masak ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...