Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140430

Ikan keli dari jiran untuk jiran


Ahad tu laki aku bawa balik ikan keli hidup-hidup kat rumah.

‘Makan tak ikan keli?’ sambil tunjukkan ikan keli dalam baldi. ‘Johne bagi, dia ngail.’ Kelas-kelas nama-nama jiran aku.


‘Makan’, aku sebenarnya bab-bab ikan ni aku boleh je makan semua jenis. Cuma dulu aku tak pernah makan sebab mak aku tak makan ikan sungai, jadi rumah aku tak pernah beli ikan sungai. Tapi laki aku ni jiwa kampung-kampung aku ikut je. Boleh je aku makan. Antara makanan favourite zaman bercinta adalah belut. Belut sup, tomyam, papik.

Dia pergi dapur ambil pisau, besen, papan pemotong bawak depan rumah. Siang siap-siap ikan keli tu depan rumah. Potong kecil-kecil bagi aku. ‘Nak masak apa eh?’

‘Goreng je lah, buh lada’, cadang aku.

‘Ishk, goreng… tak lalu lah’, komen laki aku. ‘Buat asam pedaslah sedap. Buah kuah pekat-pekat.’. Amboi dia punya cadangan.

Sebagai isteri yang rajin dan solehah, aku okey je. Cukup bahan boleh je. Lada kering, asam jawa, bawang, tomato semua ada.  Lagipun daun kesum, bunga pink tu..(eh lupa apa dah) semua ada kawan laki aku bagi masa nak buat nasi kerabu dulu pun dah nak kecut.

Aku lumur ikan tu dengan tepung gandum. Biar hilangkan bau hanyir. Sebenarnya hidung aku tak berbau pun. Tapi laki aku kata berbau, aku pun baulah jugaklah.  Nasi dah masak, kalau tak aku basuh dengan air beras je nak hilang bau hanyir ikan keli ni.

Bersilat berperang dengan Luth, aku siap masak ikan keli asam pedas sesedap rasa limpahan rasa cinta aku. Tengahari nya Luth dah tertidur. Ma aku dah makan dulu, lagipun dia memang tolak mentah-mentah ikan sungai ni. Langsung tak sudi merasa air tangan aku.

Makan kami laki binilah yang akan merasa asam pedas aku ni. Aku hidanglah asam pedas ni..
Dia hirup kuah asam pedas. ‘Sedap ni..’ Dia ambil sepotong ikan masuk dalam pinggan. ‘Abe tak makan sebenarnya ikan keli ni, tapi sebab bini masak sedap rasa nak makan.’

Sebaik dia masuk mulut. ‘Kenapa liat ni?’

Aku cuba pula. ‘Ah liatlah, macam mana tak masak ni? Rasa dah lama masak.’

Terus hilang mood nak makan. Aku ambil balik lauk dalam mangkuk masuk balik dalam periuk. Aku masak balik. Sedihnya, ni kali pertama aku masak ikan keli. Biasa bukan ikan ni cepat je masak..macam mana pulak ikan ni tak masak? Tak pernah berlaku ni.

Lalu, laki aku makan tengahari tu dengan lauk ayam yang dia bawa balik majlis tahlil semalam.

‘Tunggulah sekejap, jap lagi masaklah ikan ni.’ Aku tambah lagi air biar masak lama sikit. Tambah juga serbuk lada takut kurang pedas lepas tambah air.

‘Tak boleh dah abe..’

Hah..???


Tengahari yang panas tu dia buka cerita pasal ikan keli..

‘Tahu tak kenapa abe tak makan ikan keli?’

‘Ikan keli makan tahik.’ Aku teringat kawan kat kilang aku cakap dia tak makan ikan keli pasal dia tengok orang bagi makan ikan keli dengan tahi.

‘Masa abe bujang dulu, abe suka makan ikan keli. Ikan keli ni lah ikan sungai yang paling murah. Hari tu, rumah tak ada orang, jadi abe pun siang-siang ikan..abe pun goreng. Masa goreng tu, ikan tu melentik sangat, naik jadi bulat separuh. Abe pun buh dalam pinggan, makan. Suap je sekali,
muntah semua.
Sebab tulah abe tak makan. Rasa makan tadi macam tulah rasa yang abe ingat dulu.
Lepas makan buah mangga ni pun rasa lagi ikan tadi. Ni baru sikit-sikit nak hilang. 
Tak boleh dah abe..’

‘Lepas tu apasal ambil ikan keli tadi?’ aku dah rasa panas. ‘Jap lagi masak lah. Sapa nak makan ni?’

‘Tadi rasa nak makan.. Makanlah..abe dah tak boleh dah. Sungguh.’

Seekor ikan keli yang besar…mana aku boleh habis. Malam tu laki aku hulur kat jiran sebelah. Ikut aku rasa nak buang je. Geram betul aku. Tak tergamak satu nak bagi makanan yang kita tak nak makan. Takut dan malu juga aku masak tak sedap ke, laki aku cakap sedap pun tak nak makan.  Bab yang tak masak tu aku rasa dah masak.

‘Tanya dah dia, dia kata dia makan ikan keli…’.

Aku masuk dalam mangkuk bagi kat jiran. Tinggal seketul je ikan tu buat aku sahur. Sedap tau, lagi perhangat, lagi pekat kuah, lagi sedap asam pedas ikan keli 
lakiakutakmakanngadangaakujadibengan.


31 ulasan:

  1. Bunga pink tu bunga kantanlah sayang.. aduh lupa ye hihi..

    Kalau dah terbayang yg tidak-tidak mestilah tak lalu nak makan.. betul-betul abe awak tu tau:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja nak test..
      1. org bc entry ke dok..
      2. tahu ke bunga pink.

      ayat cover malu..lupa lah, bukan tak tahu...hihi

      Padam
    2. Aku baru nak tegur. Hahah.

      Jiran aku kalau nak bunga kantan, memang kerap dapat free. Untung tau depa.
      Nak tahu nape free? Sebab depa minta dari jiran depa la.

      Aku la tu jiran depa. Huhu.

      Padam
  2. hehe..bunga kantan kan..

    kami pun xmakan ikan sungai, xlalu...
    baiknya hubby jaga perasaan isteri hehe

    BalasPadam
  3. suka ikan keli... pandai masak lemak cili api je...lain2 tak pass lagi...hihi

    BalasPadam
  4. sally mmg tak makan pun ikan keli @ ikan sungai lain kecuali ikan patin :P

    BalasPadam
  5. Alamak..kembang tekak..

    BalasPadam
  6. Ni Iron Chef MD nak bagi tau, itu namanya bunga kantan yek...*sambil nyanyi lagu sedap-dimakan-begitu-saja apa motif pun tak tahu ni*

    Oh, no, no, no.... ikan key-li? I don't eat ler... I tengok gambar kat sini aje dah terbayang rupa anak dinosaur, anak kelawar dan pelbagai lagi... Mithali betullah PB ni, sanggup masak ikan keli dengan jayanya walaupun lepas tu abe 'takmo makan' . Huhuhu, rasa terharu sangat atas kerajinanmu itu!

    BalasPadam
  7. iolss memang tak makan ikan sungai a.k.a. ikan darat... tapi suami sangatlah suka...bha ha ha... kontra di situ... oh bunga pink tu namanya bunga kantan PB... hik hik hik...

    BalasPadam
  8. saya suka makan keli yang sederhana saiznya..selalu masak ikan keli berlado jek...sedap pe..
    kalo kat kedai...siap masak..rm2.50..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, laaa sedap gila kot ikan keli. fav sheila dengan suami tu.. tapi tak pernah jadikan asam pedas, hehe biasa buat masak lemak je. alaa sabar ye kak. takda rezeki abg nak makan ikan tu. singgah menabung libresse sini~~~

    BalasPadam
  10. sedapnya ikan keli, goreng garing....tp...husband tak makan ikan keli ...bau ikan keli pun dia nak muntah...klu saya masak ikan keli, kena masak 1 lagi lauk untuk dia....

    BalasPadam
  11. Ikan keli tak berapa nak mkn tp bila digoreng kering sangatlah sedap. Nak2 lg klu ada sambalnya... :)

    BalasPadam
  12. Hahaha.. kat umah, saya dng anak-anak je makan ikan keli, beli yang idup memang tak penah lagi ..sbb wife mahupn mak saya tak berani nak siang dan masak. RAsa nak makan keli, kena beli yang dah siap masak ... selalu ikan keli goreng garing atau ikan keli cabai la ...

    BalasPadam
  13. saya sampai lani memang xmakan ikan keli. keturun ayah sebab ayah xmakan .. huhuhu.. kawan2 selalu paksa tapi memang xleh nak masuk ,, tengok kepala dia ja pon dh rasa lain macam

    BalasPadam
  14. Tumpang lalu rumah jap.... Nanti singgah rumah kalau free dan tak semput. I nak contact you ler...

    BalasPadam
  15. Saya suka.makan je tapi tak suka nk prosesnya.. Geli.. Hehe

    BalasPadam
  16. saya lebih suka ikan keli berbanding ikan patin sbb ikan patin ada rasa tanah dan minyak ... ikan keli cili padi pekat kaw2 ... sgt yummy ... maklumlah asal pun drp kg .

    BalasPadam
  17. saya makan ikan keli..asam pedas lagi suka..hehehe....
    psst...saya suka blog petakbunga...ada isi tapi penyampaiannya menarik..funny pun ada... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fida, ikan keli masak sambal, masak lemak kencur, lagi sedap tau. Aku jarang makan (Sila baca, ma. kan. Bukan ma. sak! Hahaha) yang masak asam pedas.

      Padam
  18. Saya suka makan ikan keli tp goreng berlada jela. Makan kat kedai je pun, never ever beli mentah n masak kat umah.

    Sambil baca entry ni, rasa dpt selami hati n perasaan seorang isteri. Dalam sungguh makna tersirat dalam entry ni. :)

    BalasPadam
  19. Sebelum ni sy mkn ikan keli lepas ni ntah lah..geli tekak rasanya.

    BalasPadam
  20. Sabar ye.... pengalaman bermakna tu.

    BalasPadam
  21. Salam.

    Saya pernah jugak dgr psl ikan keli makan tahi tu,hehe

    Saya sendiri pun jrg makan ikan keli ni PB..seingt sya, ayah mak sya pun tak pernh beli. Kitaorg makan pun bila makan kat luar.

    BalasPadam
  22. Bunga kantanlah PB....hehe
    Eh OKje makan aje ikan keli ni tak kiralah makan tahi ke apa hehe....tapi kalau ikan sembilang okje buat asam pedas kalau ikan keli biasanya masak berlada jer...
    MIL pun tak makan ikan sungai...tapi anaknya makan aje nengoknya hehe

    BalasPadam
  23. bunga kantan boleh plak lupa,ke saja2 buat lupa.hehe..

    sy peberet ikan keli..masak kari ke sambal..bakar or goreng sedap..asampeds sedap ke?tk pernah mkn..huhu

    ikan keli mkn taik ke..tp sedap kan pb.sy suka!haha

    BalasPadam
  24. family aku pun tak makan ikan keli... aku tak suka sangat ikan keli.. sbbh daging dia bau macam lumpur.. tapi aku makan je kalau goreng garing2.. cuma kureng la sikit..

    tapi sedih tau kalau kita susah payah masak encik suami tak makan.. T_T

    BalasPadam
  25. Suami saya pulak semua ikan tak makan..ikan bilis baru makan..hehehe..kalau saya semua ikan saya makan..lagi2 buat kari dan asam pedas.masak lemak cili api lagi tak tahan..heheh

    BalasPadam
  26. Bunda makan jer ikan keli...tapi selalu yang beli dah siap masak...jarang masak sendiri ikan keli ni...tambahan kalu yang hidup memang tak suka nak menyiang nyer...

    BalasPadam
  27. Masa belajar dulu, saya hari2 makan ikan keli goreng tu… sedap dan murah :)
    Huwaa, dah lama tak makan ikan keli…. Pernah nampak sekali jual kat pasar, rupa dah macam ikan keli.. tapi x terbeli pula…. sampai ke hari ni teringat ingat

    BalasPadam
  28. tak boleh dah abe.... muahahaha

    lepak2 umah uol la petang hari ni, no thanks I pun tak makan ikae keli, bukan tu jer, segala ikan sungai i tak makan. ada u tanya? tanya la...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...