Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140401

Insurance windscreen


Bulan ni budget belanja aku akan naik sikit. Nak kena renew insurance dan road tax kereta aku. 
gambar hiasan :)


Aku agak-agak dalam 600 ratus lebih kot insurance untuk kereta viva aku ni. Nanti-nanti aku nak message Cik As pegawai Mybank ni, mintak tolong check berapa aku kena bayar tahun ni. Setiap tahun aku memang bayar kat Mybank. Senang sikit, message je Cik As ni, bagi tahu nama, nombor kereta nanti dah confirm, dia call je suruh pergi bank, bayar je. Lepas tu tunggu 2, 3 hari ambil road tax sticker.

Tahun ni aku ada pertimbangan sikit nak ambil insurance untuk cermin depan ke tidak?

Cermin kereta depan windscreen aku ada dot crack sikit. Aku pun tak sedar bila retak tu kena. Seingat aku masa mula-mula beli kereta ni tak sampai seminggu aku pakai aku perasan ada dot crack ni. Cuak juga aku, baru je beli dah crack. Tak berkualiti cermin Produa ni. Sebelum tu cermin depan MyVi officemate aku yang retak. Panjang pulak tu, berakar-akar, nasib baik kat sebelah tepi boleh lagi bawa pergi kerja. Guna salotape dan gam gajah je, bertahan sampai nak renew insurance setahun kemudian. Nasib baiklah cermin depan kereta kita ni jenis cermin yang tak berderai. Tapi cuak jugalah hari-hari pergi kerja. 

Aku rasa tahun tu memang tahun cermin kereta crack. Sebab tak lama lepas tu, kereta Swift sepupu aku pun crack kena batu. Jadi bukan kereta Produa je kena. 

Sebab aku baru je pakai tak sampai seminggu, aku pergilah komplen dekat kak Azie Dealer Produa ni. Dia cakap boleh kalau aku nak claim insurans nanti dia buatkan. Aku cuma kena buat polis report, bagitahulah kena batu kat mana-mana ke? Sekian-sekian ke. Sebenarnya aku fikir nak tukar kereta. Haha..boleh gitu. Memang taklah! Bagus kak Azie ni, aku recommended sangatlah kalau kau nak beli kereta Produa. Bagi tahu aku jugak, nanti aku nak mintak duit kopi dengan kak Azie..hiihihi…

Tapi sebab aku rasa ini cuma dot crack je, aku rasa keberatan pulak kalau kereta aku masuk bengkel lagi. Kena claim insurance pulak, nak buat report polis semua. Kemudian aku cuba usha kat Dr Cermin. Aku saja singgah tanya, berapa kalau nak repair cermin kereta aku ni? Seratus tiga puluh ringgit. Ceh, cepat kaya cina macam ni! Aku kata, tak apalah nak tanya saja dulu. Aku nak pergi, dia turun tujuh puluh lima ringgit, tapi kena buat sekarang juga. Kebetulan, dompet aku tak ada wang. Lagipun aku cuma nak tanya sahaja.

Balik kilang aku bagi tahu kat officemate aku, dia cakap tiga puluh ringgit sahaja dia buat. Officemate yang lain pulak, kereta Proton dia pun baru lepas tampal retak. Huh..

Aku ingat lepas jumpa Dr Cermin tu cermin kereta akan kembali cantik tanpa dot crack tu. Rupanya kawan aku cakap dia cuma tampal tak nak bagi crack melarat...parutnya tetap ada. Bukan boleh hilangkan terus. Aku ingat ada cecair ke apa yang boleh cairkan cermin ke… tinggi imaginasi aku. Rupanya guna gam je. Okaloh.

Sekarang dot crack dah 4 tahun. Aku tak buat apa-apa pun. Tapi aku selalu beringat, bila cuaca panas, aku buka sikit tingkat cermin kereta. Biar angin masuk sikit, bagi pengudaraan sikit. Ni parking kat tempat kerjalah ada jaga. Tak adalah pencuri ye. 

Kira untunglah sebab crack tu tak merebak tapi kalau tahun ni tak tahulah bertuah lagi ke tak. Aku tengah nak buat calculation untung rugi ni.


25 ulasan:

  1. skang nie nak renew roadtax insurance, husband renew thru MyEg..boleh pilih sekali nak windscreen ke xnk..tau2 je nnt org MyEg dtg tet tet kat dpn umah..hehehe..

    seriau kan kalau cermin crack nie..dibuatnye hancur retak berderai time tgh drive..oohhoiiii, mmg naya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah try lg guna myeg..tq falsya..nanti try godek..

      Padam
  2. budak2 ofis pun ramai guna myeg...SA x cuba lagi...

    BalasPadam
  3. Kereta-kereta kat rumah kakak semua abang yg urus kakak tahu ada insurance tak (tak patut betul kakak ni kan). Tapi Toyota kakak tu ada dot juga kena batu masa balik kampung cuma tak melarat dah makan 3 tahun juga. Harap biarlah sebab tak ada niat pun nak beli lagi... guna ajelah selagi boleh...

    BalasPadam
  4. Member yang pakai Perodua ramai jugak yang cerita pasal windscreen mudah crack ni. Bila tukar lain, baru ok. Mungkin, Perodua punya windscreen ni masa production diorang pasang cincai je kot. Nasib-nasib la mana dapat yang ok punya.

    BalasPadam
  5. Akak bulan Mei insuran dan road tax kereta tamat tarikh.. kena sediakan duit juga ni PB hehehe:)

    BalasPadam
  6. Lebih baik ambik cover windscreen klu risikonya tinggi.
    Rasanya rata2 kat semenanjung orang yg berkereta akan ambik windscreen cover ni sbb kejadian cermin pecah kerap jadi. Ni ikut pengalaman aku yg keja kat comp insurans ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mia, wat nga kau boleh ke?
      ada dicount tak?

      Padam
  7. better cover windscreen..org ckp malang tak berbau..lg2 lori byk, buatnya serpihan batu tercampak kena cermin kita..huhu..nangis nak repair..saila roadtax bt dgn Myeg. Insurans dgn company lama saila keja dulu dapat diskaun byk jgk..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada discount jgk tak nk tumpang?

      Padam
    2. saila x janji la..sbb saila keja kat situ dulu..huhu!

      Padam
  8. errr..tukar kereta terus pun ok gak kan.. he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa buat gitulah.. hahaha..

      Padam
  9. kami mmg beli dan sentiasa renew windscreen insurance.. so far dah 2-3 kot claim.. retak kena batu bagai.. sampai dah malas nak tinted balik.. hahaha.. tapi mmg berbaloi sebenarnya ada winscreen insurance sbb nak tukar tu je dah berapa rm kan.. tapi leceh la kena tinggal kereta kat bengkel 2 hari at least..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.. sheila baru usha-usha nak beli kereta..tapi cari yang murah2 je la.. kang maintenance nak jaga tinggi, mau pengsan. hehe singgah menabung ford sini...

    BalasPadam
  11. kalau dah namanyer kereta segala2 tentang duit ajelah.. bagus juga kalau ada lebih beli insurance cermin ni, kita tak tahu apa yg akan terjadi kan .. sedia payung seblum hujan !

    BalasPadam
  12. sama le dengan awok... bulan ni roadtax dgn insuran mati.... awok pun sama jugak macam mike yong.... bulih lupe...... udah le tak masuk dalam bajet bulan ni... aduilaaa..... sebab keta dah guna lebih 5 tahun..... kurang sikit le... road tax/insuran awok ni.....

    BalasPadam
  13. Anak bunda pun guna MyEg...dia kol bunda bagtau dulu...tup2 sok datang jer depan rumah..

    BalasPadam
  14. nak dijadikan cerita sebulan lepas mr hubby amik insurans cermin keta, cermin terus crack berakar..bila check rupanya start ngan dot crack juga..nasib baik ada insurans cover...so tukar cermin terus la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak gerunya..
      adakah tahun ni selepas 4 tahun

      Padam
  15. aiza pun pakai viva juga.. tahun pertama usia kereta aiza, ada sebuah lori bawa kelapa sawit memotong laju dan batu yang mungkin lekat kat tayar dia terpelanting kat cermin depan, crack bentuk bintang.. sehingga hampir 4 tahun aiza bawa kereta tu alhamdulillah masih ok.. setiap tahun aiza renew insuran ada tambahan untuk cermin juga, tapi kononnya malas nak claim biarkan je, padahal ianya tak potong NCD pun sebab insurans itu berasingan dengan insurans kereta..
    disember lepas adik aiza memandu kereta balik dari kerja, sampai di tol dia dah sentuh kad touch n go dan palang dah terangkat.. tiba-tiba lalu sebuah motor yang lari dari sekatan polis dan automatik palang terjatuh betul-betul kat cermin depan, makin bertambah retak.. lepas tu terus claim insurans cermin.. aiza dan adik buat juga laporan polis, agen kami maklumkan sebenarnya tak payah buat laporan polis pun boleh claim.. laporan polis tu kami simpan sahaja sebagai rekod.. maaf panjang pula komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank aiza.
      komen panjang bg manafaat kat semua..:)

      Padam
  16. kereta en. suami ada cover untuk windscreen tapi yang cikputih ni tak ingat pulak.. eeemm.. rasa macam takde.. yang ingat cover untuk pemandu kedua adalah..

    BalasPadam
  17. risau kalau cermin retak ni..bermacam-macam kemungkinan dalam kepala..huhu..viva saya renew tiap awal bulan januari..erkk

    BalasPadam
  18. Lebih baiklah ambil sekali cover untuk windscreen tu. Takdalah mahal mana pun rasanya. Eh, saya memang ambil tapi main order aje roadtax dah nak gol...akan ada yang tolong buat :) So saya tak berapa pasti berapa harga sebenar tapi pernah tertengok kat bil (lama dulu....) takdalah mahal sangat kalau tak silap :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...