Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140425

Janda baik

Perempuan juga makhluk Allah yang dicipta Allah dimuka bumi ini mempunyai hak-haknya. Andai kata dipertemukan jodoh yang tidak baik. Bebaskan diri.

Sebagai seorang isteri aku juga sebenarnya takut dengan gelaran janda. Macam sudah tersemat dalam kepala otak kita kalau janda itu jahat. Pengoda dan perosak.

Sampai kena membezakan balu dan janda. Nak menunjukkan janda ni perempuan yang ditinggalkan laki. Janda ni perangai tak baik jadi padan muka kena tinggal laki. Sampai aku pun rasa malu nak panggil janda.
Kemudian tukar istilah, ibu tunggal. Harap dapat menaikkan taraf seorang ibu. Ibu yang melahirkan aku juga ibu tunggal. Kasih sayang seorang ibu bergelar janda tak ada kurang dari ibu yang bergelar isteri.

Bagaimana pula dengan janda yang tiada anak. Salah kah dia sebab tak dapat beranak? Salahkan dia bersuami penagih?

Buat sahabat yang ku anggap adik. Beranilah adik. Jangan dibutakan cinta. Mula hidup baru.


Siti Khadijah isteri Rasulullah juga seorang janda yang dipertumukan jodoh dengan insan yang paling mulia disisi Allah. Insyallah jika ini bukan jodoh terbaik untukmu, sentiasa ada yang lebih baik.

12 ulasan:

  1. Ini janda bercerai hidup atau mati?

    BalasPadam
  2. kak anim ingat pb p makan angin kat Janda Baik:-)) hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak anim berfikiran lurus seperti sy juga.
      hahahah

      Padam
  3. anggaplah ini dugaan Allah.. maknanya Allah ingat dan sayang kita.... sabo la ye ---- pada kawan mike tu...

    BalasPadam
  4. Ujian Allah...peduli kan pada semua kata2 masyarakat sekeliling...mula kan hidup baru...InsyaAllah akan ada sinar...

    BalasPadam
  5. kesian janda2 ni kan..mak saya pun janda..selalu dengar dia kata dia dah cukup bahagia ada anak2.tak payah ada orang lain dah.jadi tak payah la risau pasal mulut2 cabuk kat luar tu.tak bagi kesan apa pun kat kita ni.bukan depa nak bagi kita makan pun.kita jatuh,lagi depa gelak ada la..jadi bangkit la..

    BalasPadam
  6. Entahlah....pandangan orang macam macamkan....tak jugak depand pada janda tu jugak...kalau baik akhlaknya, baiklah pandangan org , kalau kurang baik, begiyulah lumrah alam.

    BalasPadam
  7. Ya Allah minta dijauhkan la. Takut sgt :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak tahu apa akan berlaku in the future. Langkah terbaik adalah sentiasa sediakan diri untuk sebarang musibah yang akan berlaku. Dalam kes ini sediakan diri untuk bergelar janda. Nampak ayat saya macam kasar, tapi itu lah yang sepatutnya kita sediakan diri kita. Sediakan diri dari segi psikologi nya. Itu yang paling penting. Sentiasa bersangka baik pada Dia.

      Padam
  8. ada juga rasa risau yang sama. takut bergelar janda, takut jugak bergelar balu. tak mau hidup sendirian. huhu. mohon dijauhi kita semua daripada dugaan sebegitu. Utk adik yg dimaksudkan tu, bertabahlah. gambatte kudasai!

    BalasPadam
  9. pandangan orang memang macam2..kalau tak janda pon dah kena kata macam2..mulut orang tidak boleh ditutup seperti mulut tempayan..
    sebab itu kita perlu bersangka baik dari semua segi..wallahuaklam..

    BalasPadam
  10. Ish...kalau boleh tak mahu sentuh topik ni. Janda tu bukannya buruk benar sikapnya tapi dan masyarakat cop gitu, asal janda aje memang jahatlah. Kesian kat mereka. Tapi pada janda yang ala-ala gediks tu, memang saja nak cari pasallah.

    Ingatkan pi Janda Baik kat Pahang nun ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...