Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140428

Jodoh

Bunga memiliki segalanya, kecantikan, kekayaan, kemewahan dan kemasyuran. Bibir Bunga tersenyum, tapi jauh disudut hati menangis siapa yang tahu.
Tiada siapa yang mahu hidup sendiri... Bunga pasti suatu hari nanti akan ada jodoh yang baik untuk bunga. Doakan Bunga.
Insyallah.
Namun,
Bila jodoh itu datang...
Bunga jadi keliru, adakah ini dia yang ditunggu-tunggu Bunga selama ini. Lalu,
Bunga istiqarah, berserah kepada Allah.
'Sahaja aku sembahyang dua rakaat kerana Allah.'
Bunga tunggu mimpi dari Allah, tapi Bunga tak pasti adakah itu mimpi darinya atau mainan tidur sahaja?
Tapi gerak hati Bunga kuat, mungkin ini juga petanda. Tapi Bunga masih ragu. Adakah dia yang terbaik?
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala perancangan Bunga untuk bersamanya.
Inilah istiqarah.
Kita tak akan kenal dia selagi belum bergelar isterinya.
Maka, akhirnya terserah kepada Allah membuat pilihan.

13 ulasan:

  1. in sha Allah..jika buat yang sunat, yang wajib perlu dilaksanakan dengan istiqamah..

    BalasPadam
  2. doa dan berusaha.... serah pada Allah..... Insyallah kekal selamanya.... restu mak bapak pun kena ada jugakkk

    BalasPadam
  3. Wah, dah ngarang novel ke PB? Bukan mudah Bunga nak buat pilihan. Sebab itulah ex-bunga yang di sini makan masa nak fikir pasal kahwin. Huhuhu.

    BalasPadam
  4. i suka entry ni..nak tau sebab apa? sebab i tgh rasa that kind of feeling macam ayat2 dalam entry ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah mee too likey. Tapi sebenarnya mimpi adalah selemah-lemah petunjuk. Sebab kadang kala syaitan boleh mempengaruhi mimpi itu. Petunjuk yang kuat adalah gerak hati. Instinct.

      Padam
  5. berbunga bunga aku baca.. hehehe..semoga jodoh bunga berpanjangan..

    BalasPadam
  6. semoga bunga itu berpanjangan jodohnye...insyaAllah..Allah sudah aturkan perjalanan yg terbaik utk hamba2NYA..

    BalasPadam
  7. Niat yang baik dan ikhlas seperti jodoh ni, insyaAllah akan dipermudahkan urusannya :-)

    BalasPadam
  8. Betul..istikharah adalah jalan yang terbaik sebelum buat keputusan besar dalam hidup..semoga lebih istiqamah..Amin..

    BalasPadam
  9. semoga Allah memberikan petunjuk jelas.. apapun doa harus dipanjangkan..

    BalasPadam
  10. bunga tu yang berpetak tu ke. hehehe..

    BalasPadam
  11. Sama la saya pun… tiba2 hubby nak masuk merisik (baru kenal 2 minggu kot)… Hanya Allah tempat mohon petunjuk…. Saya doa, "Andai dia adalah jodohku, maka permudahkanlah. Jika dia bukan jodohku, Kau tunjukanlah jalan yg terbaik". Dan segalanya berjalan dengan lancar. Tak sangka, tahun ni dah ulangtahun perkahwinan yg ke 10 :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...