Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140418

Kerabu mangga sedap dimakan bersama jiran tertangga


Depan rumah aku ada pokok mangga. Pokok ni bukan dalam pagar rumah aku, kat depan rumah. Baru-baru ini laki aku ada cantas sikit dahannya sebabnya ada getah menitik kena kereta. Banyak juga dahannya dicantas, tinggal dahan yang menghala ke pagar rumah aku dibiarkan.

Dalam bergurau laki aku kata, senang sikit nak control buahnya nanti…semua dalam pagar kita.

Sejak aku menyewa sini bertahun-tahun rasanya, kali ni baru aku tengok pokok ni berbuah dengan lebat macam ni. Kat depan pagar rumah pula tu. Walaupun pokok ni aku tak tanam, aku kira pokok mangga akulah. Kalau berbuah sebelah luar rumah, aku kira rezeki orang kat luar. Dalam pagar aku, rezeki aku sekeluarga. Biar kami tentukan nak makan atau nak bagi sapa-sapa.

Sebab menghadap pagar rumah aku, ramai yang tak perasan buahnya lebat sungguh. Bila ada yang bertandang kat rumah aku, barulah perasan buahnya lebat. Ramailah yang terliur. Terlintaslah dalam kepala otak, tersebut dimulut nak makan kerabu mangga pulak.

Mangga ni walaupun tak masak, dia tak masam sangat. Sedap juga, tambah pulak buat kerabu ke memang marvelous, kecur liur. Tapi kami ni sayang pula nak ambil, nak tunggu biar masak. Tak pernah rasa yang masak.

Oleh kerana tak nak hampakan jiran yang nak makan kerabu mangga, laki aku pergi ambil mangga rumah kawan tempat kerja dan beri kepada jiran. Siap beli udang kering lagi laki aku sebab rasa terliur nak makan kerabu mangga. Sebiji buah mangga pun tak sempat sampai rumah, semua diberi rumah jiran. Tak sedap katanya mangga yang diambil tu, tunggu mangga depan rumah ni masak. Ini mangga yang sedap.

Datang adik beradik sekali sekala rasa terliur mangga tak masak pun diberi. Tak tahu bila lagi datang, takut tak dapat merasa. Datang pencuci longkang, selamba ambil buah mangga tak bertuan agaknya tak perasan dahannya dah masuk pagar orang. Datang kawan yang buah mangga dikebas dulu, ambil je lah dah laki aku aku kebas mangganya dulu.

Petang-petang musim hujan sekarang ni kadang-kadang ada yang gugur belum masak, itulah kami kutip makan.



Rasanya, lama betul tunggu buah mangga depan rumah ni masak…







Selama tunggu semangkuk kerabu mangga yang tak kunjung tiba.

26 ulasan:

  1. sedap jugak buat kerabu mangga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak TAB, kau nak kerabu mangga?

      Padam
  2. Assalam PB..sebut pasal kerabu mangga ni kan..acik beli buah mangga nak buat kerabu..nak google resepi..tak tercari2 lagi resepi..sekali tengok mangga dah masak..makan je la

    BalasPadam
  3. saya x berapa suka kerabu mangga..
    tapi saya suka mangga...sedapnya...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak, wallah. sedap tu buat kerabu mangga. terliur sheila. singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  5. Vavavavav..sedapnye kerabu mangga..

    BalasPadam
  6. Ni cicah dengan sambal kicap cili ni pun sedap......perrgghhhh cam nak meleleh pulak air liur bila terbayangnya...hehe

    BalasPadam
  7. Alahai...comelnya suami Acikkkkkk!

    Untung dapat suami macam ni. Kalau ada satu taman yang mengidam, memang elok benar dapat berjiran dengan neighbour cam ni. Taklah menjejer air liur tu kempunan. Oppss, lupa pulak nak tanya kat acik.... sehingga waktu ni dah dapat belum kerabu mangganya? Ke semua buah tak sempat nak masak dah dikebas orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

      Padam
  8. Hahahahaha. Mangga muda. Hahahahaha.



    Aku adalah spesies manusia yang tidak punya perasaan atau nafsu bila tengok mangga.

    BalasPadam
  9. aku pun duk tunggu mangga muda tak sampai2 rumah ni..ahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn sebut rai..
      kan meleleh air liur anak nanti..

      Padam
  10. Buah mangga ni, kalau kena jiran-jiran suka masam ni, kejap je habis buahnya. Belum sempat masak, jiran-jiran dah mintak izin nak petik. hjehe

    BalasPadam
  11. terliur bila sebut je kerabu mangga..sedap..

    BalasPadam
  12. saya suka sgt dgn mangga ni tak mira la nak buat kerabu ker nak buat sambal ke nak buat jeruk ke atau makan cecah kicap . cuma masalah saya , gigi saya cpt jer tak thn ... uwaaaa

    BalasPadam
  13. faveret mia ni.. sedap tu dapat makan mangga..

    BalasPadam
  14. panjang sedekah mangga tu ya. kak suka kerabu mangga..penambah selera:-))

    BalasPadam
  15. suka sgt dgn kerabu mangga ni..

    lgi best boleh petik2..

    BalasPadam
  16. ktopis sy byk mangga berbuah..tp ta teringin plak nk ambil..en suami kerabu mangga bukan layan sgt..sy sorg nk mkn mmg tak arr..tp kak klu nk tunggu msk bisanya mmg tak merasalah.adaje tetamu yg tak diundang ambil buat macam harta sendiri..:)

    BalasPadam
  17. cicah kicap pedas sdpnya. Kecur air liur dah

    BalasPadam
  18. amboi sedapnyer.. terliuq tau.. memang sedapni buat 'menyicah' ehm tapi kerabu manggapun sedap gak.. isyh rezeki dah masuk dalam pagarkan..

    BalasPadam
  19. kureng la ngan kerabu mangga...tengok mangga muda...x bernafsu pun...tapi kalau mangga masak ranum...wajib minta ngan husband PB...mesti dapat punya... :)

    BalasPadam
  20. Ros pun memang suka kerabu mangga.. tapi sekarang ni payah nampak kalau kat kedai makan. buat sendiri lagi puas makan :)

    BalasPadam
  21. skrg musim mangga brbuah....semua menjadi...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...