Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140415

Konflik mentua dan menantu


Tengok aku syok-syok nak kaji pemikiran sherlock homes, laki aku mesti sibuk minta air. Aku dah tahu, kalau aku gerak mesti bertukar siaran lepas ni. Lepas tu aku dah tak faham misteri ni.. dua kali aku tengok, baru aku dapat tangkap pemikan sherlock. Payah nak faham

Bila tengok aku tak bergerak, ma aku cepat-cepat suruh aku buat air hidang kat laki aku. Bila aku dah buat air kat laki aku, mesti dia tanya mana air ma? Jadi aku kena buat tiga jenis air. Nescafe untuk laki aku yang ketagih kafin, milo sihat dan kuat untuk ma yang menahan nak minum susu dan susu tepung penuh krim untuk ibu menyusu yang baik hati dan sibuk. Mereka berdua sangat mesra, saling menghormati antara mereka.

Bila ma aku tegur pasal kain aku, suruh aku pakai kain sarung tu elok-elok sikit. Laki aku mesti jadi tukang tambah, 'pakai kain sarung pun senget'. Dua-dua orang sibuk nak jaga tepi kain aku. Mereka bergabung nak meletopkan aku. Mereka tak faham, aku ni sibuk ada anak kecil. Malas nak layan mereka, baik aku masak je.

Bila aku sibuk kat dapur, ma akan datang tolong. Laki aku pula akan tolong jaga Luth. Sambil-sambil masak aku intai-intai laki aku dengan Luth. Bila dengar bunyi suara kuat sikit, aku keluar tengok. Senang laki aku jaga Luth, main sendiri je dia. Kalau aku jaga, langsung tak berenggang. Macam faham pulak Luth kena marah dengan ayah. 

Petang-petang hari minggu kami nak melepak sekeluarga, mesti ada je orang nak ganggu. Mesti budak bujang depan rumah tu nak ajak laki aku keluar minum. Tak berani pulak nak datang rumah aku. Nak air apa, semua aku boleh buat. Dah laki aku jadi cacing kepanasan, nak juga minum air kat kedai depan rumah. Sudahnya, kena tinggal Luth.

Jadi, kalau tak ma, aku yang kena jaga Luth. Maka ma aku akan membebel kat aku pasal laki aku. Suruh aku nasihat laki aku. Gitu gini, habis semua benda tak puas hati bersangkut paut. Aduh, pedih pulak telinga, kan bagus kalau cakap sendiri je. Ni yang buat aku nak ngamuk ni...lagi berangin rasanya ni. 


Macam nak pecah kepala aku. Bukan aku salah pun, aku pula yang kena marah, kena tahan bebel. Pedih tahu kena bebel, lebih penat dari membebel.


Dengar je bunyi pintu laki aku balik. 
Senyap. 
'Ma nak air kelapa?'


Sebagai seorang isteri aku ni jadi kaunter aduan dua orang ni. Tak faham aku. Sebab aku isterinya.



30 ulasan:

  1. Hurmmm..suke topik mentua vs menantu nie..bab bergabung tuh mmg kite selalu kene..so sgt memahami..ahahahha..kadang jd org tgh nie pun ssh jugak kan..

    Mak kite ngan somi xde masalah langsung..tp the other way round pulak..alangkah bestnye kalau dpt wat entry tajuk samaaaa..;(

    BalasPadam
  2. mak mertua dekat jer jarang jumpa...en somi jer rajin...

    BalasPadam
  3. memang susah jadi orang tengah ni...kan disampaikan boleh berlaku pertelingkahan pula.

    BalasPadam
  4. Sebab tu kita org tak nak duduk dengan mak bapa ... susah nak jaga semua hati yg ada dlm rumah tu ... huhu

    BalasPadam
  5. ingtkan drama tv3 tu td..hehehe..niesa blm kawen..tp tkt jugak dpt mentua yg suka bebel...

    BalasPadam
  6. kalau dok ngan mentua gitulah..kurang2 perang tuh takder dah syukur sangat kan..

    BalasPadam
  7. dengan orang tua gitu lah...nak melayan diorang macam menarik rambut dalam tepung.. aku pun serba salah kadang2.. tapi ma aku ok je orangnya.. kalau dia nak tegur lantai rumah aku lekit pun dia sound kat laki aku..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rai, itu yang tegur mak kau atau mak shujin?

      Padam
  8. hihi..biasalah adat berumahtangga ya dok... sy tak pernah lg duk dgn mertua...tapi sy tau mertua sy sgt baik..hehe.. bila sesekali kami balik rmh mertua, mcm2 dia tanya nak makan apa..semua beliau masak kan...hehe...

    BalasPadam
  9. setuju dgn pendapat rai tu... anggap je mcm mak kita sendiri ! senang cerita

    BalasPadam
  10. hurmm..normal la kan ...jadi layankan jela....asalkan tak tergores di hatinya :)

    BalasPadam
  11. Aku beli air kelapa semalam kat belakang ofis ni. 2 bungkus besar. Emak aku tahu kalau aku puasa mesti beli air kelapa. Kakak yang jual tu pun dah faham.

    Walaupun aku belum kahwin tapi aku boleh tahu rasanya perhubungan antara mertua dengan menantu ni. Kakak aku tinggal dengan aku dan emak. So aku boleh nampak semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk cite air kelapa laki kita dpt free la tu..

      Padam
  12. sebab tu lagi baik duduk sendiri kan..saya ni jangan kan dengan mertua,dengan mak sendiri pun saya tak boleh duduk.bukan apa..saya ni pemalas..banyak malas.hahahah..mak saya dengan mak mertua rajin.satgi depa pi dapur,masak la,membasuh la..kita tengok rasa tak best..tak bagi buat satgi depa kecik hati.jadi baik depa dok ja kat rumah depa nun..hahahah..

    tetiba saya lak citer masalah saya.hahahh

    BalasPadam
  13. Eh last aku tengok Sherlock Holmes dia mati terjun bangunan kan? Tapi masih lagi curious akan hal sebenar sebab masa di cemetery tu dia muncul dan perhatikan John.

    Aku tengok 1st episode season 1. Memang amusing la tengok kehebatan dia membaca orang. Best la kalau aku ada kelebihan macam tu. Wahahaha.

    BalasPadam
  14. Kita depan mak mentua, pijak semut pun tak mati. Takda konflik adu mengadu, tegur menegur ni dah katanya dua-dua tak faham bahasa apa yang dicakapkan, Nak wat camna...

    Eh, Sherlock Homes tu ada marathon ek sekarang? Tapi kita tak pernah tengok, takut tak siap pulak kerja rumah. Tapi la ni baru dapat tengok Aku Isterinya macam ok aje cerita....

    Eh, kita dah terkeluar tajuk. Citer apa tadi? Mak mentua ngan menantu ek?

    BalasPadam
  15. hihi... :) licha setakat ni mak mertua ok sangat ..
    secondly kalau cerita tu. memang tak tengok sebab salu balik kerja lewat

    BalasPadam
  16. Boleh aje serumah dgn mertua tp kena ada banglo sebijik......maid tiga orang.....kita tak payah buat kerja langsung cuma sembang dgn mertua jer dengan layan laki haha...boleh gitu...
    Bukan senang nak serumah dengan Mertua walau baik macamana pun dia tetap tak de privasi....dgn mak sendiri pun...
    Salute dgn awak PB

    BalasPadam
  17. berbaik dengan menantu hati tenang...

    menabung nuff

    BalasPadam
  18. 1. kak pun minat siri sherlock homes tu..lagi pening lagi seronok memikirkannya.
    2. tergelak baca entry pb. pandai ambil hati ma..belikan air kelapa. good menantu nih..

    BalasPadam
  19. hihihi.....cian si isteri tersepit kt tengah2....nasib baik Luth xpaham ape2

    BalasPadam
  20. ngeri jer bila baca ni ... itulah ujian plg besar bila berumahtangga .

    BalasPadam
  21. suka baca cerita mertua dan menantu :)

    BalasPadam
  22. -macam-macam pengalaman kan.. dari situ , boleh belajar sikit2..

    BalasPadam
  23. Hehehe...bila jd org tgh nih kite yg pening...serba salah

    BalasPadam
  24. kalau dapat mertua baik dan memahami...alhamdulillah...yg serba serbi tak kena...tu yg leceh sikit...

    BalasPadam
  25. Sabar jer lah ngan mertua tu ☺

    Bab anak tu memang betul. Kalau abah dia jaga. Perangai memasing bukan main elok lagi. Cer ibu yg jaga. Huru rara dibuatnya.

    BalasPadam
  26. salah satu ujian hidup dan jadikan satu pengajaran..pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  27. Cuba nak faham... Ma tu adalah mak kandung petak bunga kan? So, yg menantunya husband la kan?

    Kadang2 kan... bagi saya la... complaint seorang mak atau mak mentua kat belakang2 tu sebenarnya sbb nak cari bahan berborak je. Kalau perkara bukan begitu sekalipun, kita anggap je la mcm tu. Tapi mendengar leteran mmg la pedih. Bukan sahaja pedih tapi rasa nak pengsan strok haba.

    BalasPadam
  28. Ni pun dah seminggu mentua I lepak sini, ada jugak dia bebel pasal anak dia tu. Heishh anak mu, mu la tegur, nak suruh aku bini dia tegur2 buat apa muahahaa.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...