Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140429

Luth nak ayah

Luth dah lama tak buat perangai macam ni. Serba tak kena. Asyik merengek je. Lampin dah tukar, baru lepas membuang. Ma suruh sapu minyak kat perut. Takut dia kembung perut. Budak kecil, sakit bukan tahu nak cakap. Aku sapu minyak telon kat perut, punggung dan tapak kaki Luth. Sekejap dia berhenti merengek. 

Lepas tu sambung merengek. Serba tak kena. Aku col laki aku. Tak angkat. Cal lagi, masuk voice mail. Geram betul aku. Aku message dia. 'Luth menangis. Serba tak kena. Tadi lagi.'
Message deliver, tapi tak ada reply.

Aku tengok jam dah dekat pukul 11malam. Luth serba tak kena, tidur pun tak nak. Sekejap menyusu, sambung nangis. Jarang Luth macam ni. Aku try col lagi. Tak dapat juga.

Ma ambil, dukung Luth. Aku main cak-cak. Dia ketawa sekejap. Aku ingat dia dah okey. Dah tak sakit kot. Sekejap, lepas tu dia sambung nangis. Aku dah pening. 'Kenapa Luth ni ma?'

Aku cal lagi sekali laki aku, risau aku..kemudian aku perasan macam bunyi telefon.

Handphone laki aku ada dalam bilik, atas katil. Bawah kain belum terlipat. Selalu tak bawa handphone pergi mana-mana. Kalau ada emergency macam ni kan susah!

Aku tahu dia pergi tahlil dengan kawan jiran. Nak telefon ke tidak? Sekarang dah dekat pukul 12. Lenguh dah aku berdukung dengan Luth. Duduk je sambung nangis. Aku sabar sekejap lagi, rasa segan pula nak col kawan tu. Takut dia ingat aku queen control pulak.

Alhamdulillah..tak lama kemudian, laki aku balik. 


Nampak je laki aku...
Menangis berhenti. Laki aku masuk rumah. Merangkak ke kaki ayah dia. Bergantung dibetis ayah


Kemudian..terus berhenti menangis. Dan boleh main sendiri. 

Aku cakap kat laki aku Luth menangis tadi, bersungguh-sungguh. 
Macam tak caya. 



Anak ayah.. malam tu dia tidur dekat jam 1 pagi, tidur dekat ayah.
Malam ayah untuk Luth.

25 ulasan:

  1. betul2 anak ayah ni...senang la ibunya nanti ..dah besar ikuttt jer ayahnya...hihi:)

    BalasPadam
  2. Bila baca part laki kau tak reply dan tak jawab call tu aku rasa macam nak tumbuk² aje dinding rumah tu. Tapi bila perasan yang telefon tertinggal aku rasa nak sepak² pulak kaki katil tu.

    Tapi bila tengok Luth merangkak ke ayah nya, dan terus diam menangis, semua tu jadi hilang dah. Aku pun tak jadi nak marah.

    Huhu.

    BalasPadam
  3. rupanyer nak ayah.... kena simpan kain pelikat yg ayah da pernah pakai ni...

    BalasPadam
  4. Oohhh... dah tahu penyelesaiannya.
    Lain kali tahu dah buah hati pengarang jantung ayah kisahnya.
    Ini kalau ayah outstation payah ni...

    BalasPadam
  5. rindu kat ayahlah tu...

    BalasPadam
  6. manja nya dia dengan ayah

    BalasPadam
  7. :) sama cam anak saya jugak....

    BalasPadam
  8. aku kalau aku kol orang tak dapat mula la aku rasa macam nak meletup.. hahaha...

    BalasPadam
  9. Kadang2 kita pun hadap keadaan macam tu juga. Tapi anak kita takmo ayahnya pun. Duhh..kita yang nak ayahnya tolong jaga.. dah tak larat..

    BalasPadam
  10. Buah hati ayah rupanya. Patut ka meragam

    BalasPadam
  11. lepas ni...ayah p mana, bawa Luth ya...

    BalasPadam
  12. Manjanya dia dengan Ayah..jarang nak tengok anak2 rapat dengan ayah..anak-anak aida pon tak macam tu..huhhuhu..mungkin Luth serasi dengan Ayah..geng boboy..

    BalasPadam
  13. Alahai, kesiannya Luth. Ayah pun satu, ada anak ayah kat rumah tu, janganlah lama-lama kat luar. Tapi nak buat camnakan PB, bukan boleh dilarang. Kalau call selalu nanti kengkawan menghasut pulak kata takut bini. Susah jadi superwoman ni sebenarnya. Tapi oklah malam tu Luth tidur dengan Ayah. Dapatlah PB tidur lena ya ...

    BalasPadam
  14. memang anak ayahni... boleh lepastu berhenti menangis macam takder per2 yang terjadi... isyh lepasni memang kena paksa suami bwak handphone.. kalau emergency susah...

    BalasPadam
  15. Alahai sayang...nak ayah rupenyer...nape tak cakap... Anak ayah lah ni...cepat beso nanti bolih ikut ayah g mesejid ya...

    BalasPadam
  16. anak ayah ghupenya baby luth ni.. dia nak ada dua-dua skli main ngan dia la tew

    BalasPadam
  17. pergh.. rindu kat ayah sampai macam tu sekali..
    menabung darlie sini.. :)

    BalasPadam
  18. Luth rindu ayahnya..betul2 anak ayah ni..
    handphone kena bawak la..leh letak silent mode..

    BalasPadam
  19. anak manja ayah ke luth ni. tapi syukur la takde apa2 sebab lain dia nangis tu. rindu kat ayah rupanya.

    kadang2 kita rasa kita ni la buah hati luth[ses] yang terunggul kan. tapi ada gak masa2nya dia nak dgn papa dia. jgn bagitau org ye, saya kalau luth nangis bila saya bangun nak tinggalkan dia [contoh utk ke dapur kejap], saya bangga tau. tapi bila dia nangis gaya yg sama bila papa dia bangun, saya terasa... alaa.... kasih sayang luth dah berbelah bagi ke. hukhuk.

    BalasPadam
  20. anak ayah sejati tuh! selamat hari cuti satu hari esok!

    BalasPadam
  21. Manja yeh Luth dengan ayah....anak ayah lah ni...
    Kita mmg panic kalau anak menangiskan PB

    BalasPadam
  22. next time ,beri jer kain pelikat ayahnya yg belum dicuci ...

    BalasPadam
  23. Rindu kat ayah yer Luth, nak cakap belum pandai…

    Kalau saya terbalik… saya yg selalu tinggal phone merata-rata… Sebelum keluar rumah, soalan yg hubby selalu tanya, "Phone dah bawak?" hihihi

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...