Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140401

Makanan ringan tak elok untuk kanak-kanak


Isnin lepas pergi klinik timbang Luth untuk 8 bulan. Aku rasa dah berat sangat dukung Luth, tapi penimbang tak naik bunga. 

Alasan yang aku berikan dekat misi adalah..

Luth sangat aktif. Betul, sekarang ni Luth dah kurang tidur,asyik nak nak main je. Celik mata terus bingkas bangun, merangkak, berkemas, memanjat pun Luth dah boleh. Makan, minum susu pun dah kurang sekarang. 

Misi kata BMI Luth normal lagi, kalau tak naik timbang lagi nanti kena datang check up tiap bulan. Okaloh, datang timbang je pun…emm..

Sebelum ni aku beri Luth debu beras perang campur dengan ayam dan sayur. Tapi sekarang ni Luth dah tak berapa nak makan tepung beras ni lagi. Mungkin sebab beras perang ni ada rasa pahit dan tawar sikit. Sayangnya, nampaknya lepas ni akulah kena perabis tepung beras perang Luth. Kuruslah aku lepas ni.

Luth aku ni jenis makan juga, kalau suap apa pun nganga je selagi mulut dia tak penuh. Sambil-sambil main, sambil-sambil menyuap. Cuma kena sabarlah, lama nak habis nasi tu. Anak saudara aku Adam pulak jenis yang tak nak makan. Susah betul nak suruh dia makan. Macam Adam dalam iklan susu..mak dia pun risau, cukup ke khasiatnya.. tak nak makan nasi, tak nak makan sayur. Asyik menyusu je..umur dah 4 tahun. Budak ni rangka besar, tapi kurus sangat. Aku rasa tenaga dia pun dari susu, kalau makan nasi 3 suap pun dah kira banyak dan sedap sangat dah tu.

Minum susu tu tak apalah jugak, bagus juga…Cuma tak tahannya bertin-tinlah susu setiap bulan, buat minum sampai kenyang.

Aku perasan, dia suka sangat makanan ringan macam cekedis dengan aiskrim. Biasalah budak-budakkan. Manis, sedap itulah yang dia suka. Kebetulan rumah kat tepi kedai runcit, kadang-kadang pandai-pandai sendiri pergi beli. Tak payah guna duit pulak tu, tuan kedai bagi je hutang, nanti claim kat mak ayah. Aduh! Tak patut buat macam ni, kalau nak buat baik dengan budak-budak pun tak patut aku rasa beri dia aiskrim dengan cekedis. Berilah roti ke. Jenis cekedis ni mana ada zat, banyak garam dan serbuk perasa.

Satu lagi aku rasa mula dari mak ayah juga. Suka sangat makan makanan segera. Mula dulu beri kentang lecek je kat anak-anak. Masa kecil-kecil memanglah dia makan je kentang lecek lembik tu je. Bila dah besar, selalu mak ayah bawa pergi fastfood, tak akan nak makan kentang lecek je. Nak juga merasa ayam goreng berkolestrol. Itulah aku rasa penyebab ramai budak sekarang ni obesiti. Cuma anak saudara aku ni kurus tak cukup zat jugalah ni.

Aku janji nak merajinkan sikit memasak untuk Luth lepas ni. Janji!

Kekawan tolong nasihatkan aku ni sikit..Tinggalkan link pun boleh..Jika ada resipi untuk budak 8 bulan dengan 2 batang gigi bawah, 2 batang gigi atas separu dengan berat 7.5kg. Tak ada alergik apa-apa setakat ni. Semua boleh. Pastikan sedap dan berkhasiat. Mungkin kena tinggi kalsium sebab selalu jatuh bila praktis nak berjalan. 

Oh, kena kurangkan makanan segera. 


Sungguh aku bagi rasa sayur MarryBrown je kat Luth. Ikan sikit je. Laki aku bagi ayam sikit. Sikit je. Sikit je…

Sok..sek..

Teringin nak makan fast food sekali sekala. Masa aku kecil dulu aku susah, ma aku tak pernah pun bawak aku pergi restoren makanan segera..itu yang bila dah tua kemaruk nak makan fast food.


Korang dah try KFC zinger reloaded burger yang mengoda-goda kat iklan nufFnag tu? 
Sedap ke? ek eleh..


20 ulasan:

  1. awak...zinger reloaded tu sedap la...husna dah try haritu...

    BalasPadam
  2. saila dulu masa kecik2 hari2 mkn cikedis..nenek bg..kesian ibu saila,stress je sebab anak sulong dia pg2 buta dah mkn cikedis :( kita pulak time kecik mana tau apa..lagi suka cikedis lah dr sarapan..bila ingat2 blk kesian ibu :( kalau kita x mkn cikedis yg nenek bg, nenek marah ibu..huhu!

    BalasPadam
  3. Makanan ringan tu lah kegemaran kanak-kanak PB.. akak pun jarang kasi kat anak2 , banyak perisa tu kan :)

    BalasPadam
  4. huhuhu..anak sedara awak tu sama macam Aqil aida..tulah memang dia baka ayah nya..kerja makan-makan yang tak berkhasiat langsung..kalau situasi aida kan..yang mulakan bagi makan makanan rubbish ni dari in laws..memang tak boleh nak control sebab diorang duduk sana kan..memang nak kena bagi vitamin kat Aqil..huhuhu

    BalasPadam
  5. Salam Petak bunga..mmg zaman skrg anak2 kecik mmg suka mknan ringan.Mmg tak elok diamalkn...demi kesihatan anak2 kita.

    BalasPadam
  6. makanan ringan tidak elok untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.. tak cuba lagi burger kfc tu, selalu pergi kfc order ayam dia je..

    BalasPadam
  7. tekak budak sekarang nak yang sedap saja. zaman kita bagi bubur kosong pun sedap..
    nak buat camna yek..persekitaran mereka yang menggoda..
    tapi waktu luth kecil ni..tak boleh cakap nak itu ini, bagilah makanan yang tak de MSG pb..
    manis lobak, manis brokoli..perasa semula jadi..

    BalasPadam
  8. Tapi kan PB, benda tak elok tu lah yang sedap kan?

    BalasPadam
  9. anak akak kurang sikit makanan ringantu tapi mak dia yhang lebih camnertu...

    BalasPadam
  10. iskkkk pasal makanan ringan ni, mmg un-control-able la hu3 ;(

    BalasPadam
  11. knor melarang anak2 beli makanan ringan..diorg setakat ni dh faham..menurut perintah..

    BalasPadam
  12. luth baru lapan bulan.. better buat homemade bubur nasi.. campurkan dengan sayur yg dah disteam sampai lembut supaya mudah nak kunyah dgn gusi.. buat stok ayam sendiri.. tak perlu tambah garam untuk budak bawah setahun.. antara sayur yg boleh campur.. brokoli, carrot.. try satu jenis setiap kali.. kalau dia tak suka.. tukar lain.. nanti lepas 2-3 minggu baru try semula..

    BalasPadam
  13. gagahkan diri untuk memasak demi anak..kat rumah pengasuh ada budak dah besar..kompem dia akan terjebak & pengasuh tak daya nak kawal dah..kalo tak mengamuk, jadi di umah saya kawal betul2..

    BalasPadam
  14. Fiza pernah try kfc reload zinger burger tu. Not bad lah. Fiza suka roti dia... Lembut. Hehe...

    BalasPadam
  15. susah juga, kalauu dgn kita, depan mata boleh ler nak pantau mkn segala ni , tapi kalu dgn pengasuh lain payah lah !

    BalasPadam
  16. kt dlm fb banyak pages kongsi resepi baby & kanak2 yg berkhasiat......

    sy pn elakkan bg ank mkn makanan ringan....sy ajar die makan biskut nga roti...Alhmdulillah die makan...

    BalasPadam
  17. tadi masa aku baca entry ni aku rasa macam ada byk benda aku nak komen. tetiba bila tibe time nak komen, ilang plak idea td.

    pertama skali, part makanan ringan tu... bukan budak2 je suka. aku pun suka. cuma bila kita dah dewasa, kita dah pandai kontrol limit dia. *wah.. dewasa gitu. kate je la dah tua. *

    bagus kalo ko ada azam nak masak untuk luth. sebab anak2 yang bernama luth ni biasanya comel... *hokey over tetibe takde kaitan.*. memang sangat betul, kalau nak bagi anak suka makan, terutamanya makanan berkhasiat, mak dia kena rajin. kena rajin mencuba utk suap dia. kena rajin kejar dia kalau dia main, kena sabar tangan kering dgn makanan atau lenguh pegang sudu. sebab hasilnya masyaAllah... priceless.

    BalasPadam
  18. Alamak, part perenggan terakhir tu yang best dalam the whole story. La dulu saya rajin juga buat resepi ikut sapalah ni namanya...Hah senang cerita pi buka entri lelama Dr Harlina isteri angkasawan negara tu, akan terjumpalah nama pembuat resepi nih. Cik dah lupa dah tua kan ...

    BalasPadam
  19. betul betul... budak2 ni once dia serasi ngan cekedis sumer tu yang berkhasiat ni semua depa tolak, tak sedap kan. Kami ni mujur la semua jenis boleh control tak senang2 anak boleh ke kedai sendiri, apa i masak kau makan gittew. plus kami pun jarang nak berfastfood kat sini sebab nan hado.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...