Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140421

Nilai diri


Situasi 1

Setelah beberapa lama bermain kutu dengan Puan Kutu. Akhirnya aku telah banyak duit, maka aku berhasrat ingin menukar kereta baru.


Aku telah menelefon Falsya untuk memberitahu aku ingin membeli kereta baru. Falsya, aku akan membeli kereta merah. Lalu Falsya menjawab, 'bagusnya, kau tentu sudah kaya.' 
Sambil ketawa kecil aku menjawab, 'adalah rezeki sikit-sikit.'
Setelah aku pergi ke showroom kereta, jurujual kereta mengatakan hanya kereta berwarna biru sahaja yang ada. Jadi aku telah cancelkan keinginan aku untuk membeli kereta baru.
Lalu aku menelefon Falsya kembali, ‘aku tak jadi beli kereta sebab kereta merah tak ada yang ada cuma warna biru.’
 Falsya pun bertanya, ‘kenapa tak beli biru? Birukan warna kesukaan kau juga.’
 Lalu aku menjawab, ‘nanti Md tak perasan aku tukar kereta. Lagipun kereta Cho zila pun warna biru juga. Tak mahu aku sama dengan kereta Cho zila.’

Situasi 2

Mar pergi kenduri berbaju peplum hijau muda. Lalu ditegur Tata yang berkenan dengan baju Mar,’ cantiknya baju Mar. Berapa ratus Mar beli?’
 Dengan malu-malu Mar menjawab, ‘murah je.. saya beli kat pasaar malam je.’
 Kebetulan aku juga memakai baju yang hampir sama yang ku beli di butik 1stClassVVIP. Lalu ditegur Tata, ‘cantiknya baju kau, macam mahal, macam kat butik 1stClassVVIP. Mana kau beli? ‘
Lalu dengan bengan aku menjawab, ‘memang aku beli kat butik 1stClassVVIP. Resit pun ada lagi aku simpan. Kenapa tak percaya ke?’



Mereka yang mempunyai nilai diri yang tinggi tidak perlukan simbol  kekayaan kerana mereka sendiri sudah dipandang mahal.

Watak yang tiada kaitan, contoh situasi.

19 ulasan:

  1. Tak perlu nampak bergaya dan kaya kalau dgn itu memusnahkan nilai diri. Sayang kalau hidup mengejar dunia semata-mata...

    BalasPadam
  2. beli barang mahal jangan niat nak menunjuk..sbb nanti kecewa.. banyak sgt barang tiruan sekarang ni sampai orang tak boleh beza.. kalau mcm aku ni, pakai barang ori pun orang kata tiruan sbb muka aku muka orang tak berduit..haha..

    BalasPadam
  3. pasar mlm pun ok juga...murah n cantik..

    nti bila kita2 ni pakai yg mahal pun org tak caya pun..tapi klu org kaya pakai baju pasar malam mcm baju butik lah gayanya..

    pilihan knor tetap yg murah..last2 kain kapan aje..

    BalasPadam
  4. kaya tapi mempunyai nilai diri yang rendah..tak berguna juga...dan x perlulah membeli barang2 mahal semata2 ingin meningkatkan nilai diri..

    BalasPadam
  5. patut pun aku rasa lain macam aje. hahahah la kau ni PB.

    By the way, kalau aku yg sebenar aku tak kan tanya kau beli di mana. Aku cuma cakap, cantik baju kau. Alhamdulillah.

    Tu je.

    hahahaha. tapi entry kau memang best! sayang kau! huhu.

    tetiba.

    BalasPadam
  6. hehehe hebat gaya bersahaja n3 ni tp punya maksud mendalam !

    BalasPadam
  7. Hahahahahaha..tergelak2 aku baca entry ko nie tau..really made my day..ahahhaa..

    Psstttt : kalau aku, aku akan jawab, 'kenapa ko xamek kaler biru, birukan kesukaan ko dan aku..kalau ko xnk, aku kan ade'..moleh gituwww..ahahahhahaha..

    BalasPadam
  8. sungguh ada nilai n3 ni..betul2 kebabomm..buat akak terfikir sejenak..nak menilai diri sendiri...:)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, heee contoh paling sinonim dengan masyarakat kita sekarang. pasrah T___________T"

    BalasPadam
  10. you made my day dear bilam baca entry ni...hurm..kena nilai diri sendiri..pas tu fikir sejenak kan...

    BalasPadam
  11. ops..ada terselit pulak..
    tepuk dada tanye poket..

    BalasPadam
  12. bnyk sangt barang tiruan menyamai barang ori. Org yg sayangkn kita xkkan menilai kita dngn apa yg kita pakai@guna tp menilai kita dngn sikap dan sifat kita yg baik.

    BalasPadam
  13. hehe..saya ada sorang kawan yang merupakan seorang daripada golongan kaya raya..beli dia beli barang murah orang tak percaya and kata dia merendah diri..sedangkan item itu dia beli ngan saya sekarang nie..sometimes its funny to see some people looks up to the rich one...hehehe

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. pokoknya, tak perlu menunjuk2.. itu lebih baik..

    BalasPadam
  15. berkait2 blogger ni..hihih..

    BalasPadam
  16. syioknyer nama akak di sebut2 di sini.. akak suka warna biru...
    betul harga diri itu lebih mahal dari segalanya...
    hancur harga diri bermakna hancurlah diri kita...

    BalasPadam
  17. Be proud of yourself. Napa nak memandang tinggi pada orang lain pulak. Harga diri kita bukan orang lain yang menentukannya.

    Oh, well...kalau you beli Ducati Veyron tak kiralah kalau biru, merah, hitam maupun coklat bintik putih, ofcozlah Acik dari jauh dah nampak walaupun pakai spek tebal tau....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...