Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140414

Pentingnya komunikasi dalam rumahtangga

Komunikasi adalah penting dalam sesebuah rumahtangga. Pasangan kita adalah individu berbeza yang tidak boleh faham semua yang ada dalam kepala otak kita. Diam bukan cara terbaik menyelesaikan masalah.

Jadi kali ini, kami laki bini akan berkomunikasi secara terbuka. Secara telus, no heart feeling after discussion end. Setiap orang boleh meluahkan ketidak puasan hati masing-masing tanpa tersinggung.

'Sa dah tak sayang abe ke?' Ayat biasa bila dia sedihlah tu.
'Sayanglah, ada ke tak sayang? Kenapa kata gitu?'
'Sa asyik marah-marah je, asyik membebel je', dia dah mula meluahkan perasaanlah ni.
'Abe yang buat sa jadi gini', mestilah sebab dia, 'ingat sa suka ke membebel hari-hari?'
'Sa tak puas hati apa kat abe?' Dia dah bagi peluang kat aku.
'2 benda je sa minta abe ubah. Bangun pagi tu, sa gerak sembahyang tu bangunlah cepat-cepat. Ni kejut bangun tidur pun dah macam nak perang. Lepas tu kalau bual tu tak ingat nak balik. Dah dekat maghrib baliklah rumah', banyak lagi sebenarnya nak cakap tapi itu je aku mampu luahkan.
'2 je?' Dia sengih. 'Abe bukan gi mana pun, depan rumah je', 
'Abe?', aku bagi peluang kat dia pulak.
'Banyak.. satunya, tengok time ni tak mandi lagi,' Masa ni dah maghrib tapi aku tak mandi lagi. 'Sa sekarang kuat membebel, pagi petang membebel. Lepas tu merajuk, tak nak bercakap'. Iya aku tahu perangai aku.
'Ada lagi?' Aku tanya lagi. Bagilah dia peluang, inikan perbincangan terbuka.
'Banyak, ni salah satulah.'
'Abe time ni baru nak balik, ni Luth sapa nak jaga? Sa macam karton tahu, balik kerja nak masak itu ini...abe dekat maghrib tak balik lagi. Sa bukan tak nak abe bergaul dengan orang, jadi kera sumbang..tapi berpada-padalah. Dekat maghrib, kalau kita mintak nak balik, orang pun respek. Faham. Sa merajuk macam mana pun, tak nak bercakap pun sa gerak jugak sembahyang subuh. Ikut hati, malas dah nak kejut. Kejut salah, tak kejut salah..biarlah abe marah sa kejut pun. Marah pun tak nak abe masuk neraka sebab tak sembahyang. Abe janganlah buat sa pula masuk neraka sebab derhaka...'

'Sebab sa sayang abe sampai syurga....'



Lepas tu...dia tak sambung apa yang dia tak puas hati lagi dengan aku. 


Paginya dia bangun sebaik dikejut tanpa perlu membebel dan pulang kerja awal.


Sayang sampai syurga..ceh.

27 ulasan:

  1. Sa tengok ya Sa, sampai bila Abe boleh tahan buat hal tu. Bangun pagi tanpa dikejut dengan balik kerja awal.


    Boleh Sa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh cerita x habis lg..
      Br intro..

      Padam
    2. Ye la, tgk ayat hujung tu pun tahu makan nasi tak habis lagi. Tu pasal aku suruh kau tengok smp bila.

      Padam
  2. Betul3..communication mmg sgt3 penting dlm marriage..kite skang nie kalau ade bende yg xpuas hati, xkan simpan..sakit dada kalau simpan..tp certain things yg melibatkan org terdekat somi mmg kite pendam..agak2 dh xtahan baru burst..time tuh mmg semua bende kuar..smp menangis2 kite luahkan..hehehe..

    BalasPadam
  3. yang jadi masalah dalam rumahtangga juga keadaan lain ialah salah komunikasi tu jer..kalau dah boelh berkomunikasi tentulah senang belaka semuanya...

    BalasPadam
  4. Betul komunikasi dalam apa juga organisasi tak kira yg kecil mahupun yg besar sangat penting. Even komunikasi dgn Luth pun penting. So betullah cara ini. Cari masa sesuai utk menjadikan komunikasi satu penyelesaian yg terbaik.. tapi satu jgn simpan dlm hati.

    BalasPadam
  5. kata cuma salah satu tapi pelbagai bebelannya tu ... 10 dlm 1 gamaknya ... heheheee ... masam manis berumahtangga ...

    BalasPadam
  6. betul tu PB..memang amat penting komunikasi dlm rumahtangga.. saling tegur menegur & bersifat lbh terbuka... tapi dlm kes sy ni, sy klu merajuk lama..hubby plak rajuk kejap je...haha

    BalasPadam
  7. dialog laki bini yg membawa kebaikan bersama..ini sy suka, ada sesetengah tu hipokrit ! tulis ayat yg bagus2 je.....realiti kehidupan , mudah2an mendapat Rahmat dari Allah swt atas perbuatan yg dilakkukan dgn keikhlasan.

    BalasPadam
  8. hehehehhe,,kana bersabar sis..komunikasi memang penting dlm rumah tangga biarpun sy belum bina rumahtangga lagi...semoga kekal bhagia ek dalam membina rumah tangga

    BalasPadam
  9. kena banyak interaksi suami isteri..bukan main pendam dalam hati..sebab meluahkan rasa yang terpendam lebih baik daripada berdiam tanpa kata..wasseehhh!!,,,

    BalasPadam
  10. datang top up nuffy jugak ni

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak, sweetnya. tapi betullah... kalau masa nak maghrib tu boleh boo layan borak depan rumah.. kita pun pedih gak..ni nasib baik baby tak keluar lagi, kalau dah keluar taktahu camne kartunnya sheila nak buat itu ini. hehhee singgah menabung inti sini~~~

    BalasPadam
  12. itu yang terbaik..duduk dan berbincang cari jalan penyelesaian..susah jugak ye kalau macam tu..suka berbual dengan kawan2..heheh..

    BalasPadam
  13. bagus PB boleh bincang..zaman acik muda2 dulu.kejut jugak..tapi acik memang tak berapa nak sabar..tak baik acik ni kan..
    lepas tu acik tak kejut dah..ada seminggu acik bangun senyap2 pi kerja sendiri hi hi..lucu bila diingat..bila terjaga katanya terkejut rumah sunyi..pi kerja pun lambat
    sudahnya tak perlu kejut dah..pandai je bangun sendiri

    BalasPadam
  14. Mmg komunikasi tu pnting sgt... Klu sy gunakan bhasa bdn sbg intro memulakan komunikasi...

    BalasPadam
  15. gitu kan.... sungguh komunikasi ni penting, bole membunuh tanpa komunikasi tau...

    BalasPadam
  16. irama rumahtanggakan pb...
    kena cari jalan utk pulih suasana

    BalasPadam
  17. setuju sangat... kadangkala tanpa komunikasi hubungan akan hambar :) tips yang bagus..
    licha dah follow sini

    BalasPadam
  18. kira ok lagi dekat maghrib tak balik lagi...
    ada yg suami kaki futsal, hari2 balik rumah pukul 12 tgh malam
    :P

    BalasPadam
  19. hehe sonok bila boleh open discuss camni kak. barula ada peluang utk sharing.
    smoga bertambah harmoni rumahtangga akak :)

    BalasPadam
  20. Setuju....okje pun suka terus terang...biar puas hati tak de yang simpan dlm hati..
    Dia faham kita, kita faham dia....kan PB hehe

    BalasPadam
  21. Dlm rumahtangga memg kne berterus terg kalo.x mslh xkn selesai...mcm sy oe yg sy xpuas ati sy direct ckp.kt.somi bg die phm

    BalasPadam
  22. setuju sangat2...kalau ada yg x puasa hati...cakap terang2..cara elok la...tapi yg stress nya kdg2 kena cakap byk2 kali... :)

    BalasPadam
  23. biasa en.suami y kejutkan saya..huhu..

    BalasPadam
  24. Sa komplen abe 2 je. Abe kata ada banyak benda nak komplen pasal sa. Huh... nervous ni kalo tau.

    Mmg serabut kalo time petang tu waktu kita nak masak, nak kemas apa2 yg patut, nak siap utk solat then time tu anak nak perhatian tapi husband belum balik dr ofis. Rasa nak meletup bom jangka. huhu. Stress gile. Pastu bila dah kita dah siapkan semua, baru dia balik dengan senyuman... Aduii.. dia tak nampak dah yang hiruk pikuk sebelum tu. T.T nanges.

    BalasPadam
  25. betul tu.
    sama la sy pon sokmo gak gtau direct apa yg tak suka.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...