Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140425

Ramadhan dah dekat, ganti puasa itu wajib

Berapa hari lagi Ramadhan?

Last aku tengok kawan-kawan blog update 100 hari. Maaflah, aku yang dhaif ni tak guna bulan Hijah sampai tak ingat langsung berapa hari lagi nak jumpa Ramadhan. Rasanya sekarang ni masa yang sesuai sangat nak ganti puasa. Dekat sangat dah. 

Biasanya, aku hari ke 4 Syawal aku dah start ganti puasa. Itu pun aku dah lewat sebab kat kampung aku, biasa orang dah  mula puasa hari ke 2 atau ke 3 Syawal. Habis puasa 6 hari boleh beraya sekali lagi. Betul-betul raya, kadang tu makcik-makcik aku siap buat masak-masak besar-besaran nak sambut raya puasa 6.  Untungkan, setahun raya sampai 3 kali?

Ada pendapat kata kena puasa ganti dulu. Itu wajib, lepas tu baru  boleh puasa sunat. Ada kata boleh niat dua-dua sekali. Aku yang jenis suka mudah ni, ambil yang mudahlah. Niat dua-dua sekali. Tapi aku rasa kalau nak buat asing-asing pun tak apa. Bukan ruginya puasa terlebih. Ke tak boleh?

Tahun lepas, aku bersalin dalam bulan puasa. Itu pun kalau ikut due awal-awal lagi aku dah beranak.. Syukur, sebab Luth susah sangat nak keluar, aku sempatlah  puasa 15 hari. Lepas tu aku dah masuk wad. Tak tahan aku asyik kena experiment dalam wad aku dah tak puasa.

Aku yang lemah iman ni asyik tangguh-tangguh nak ganti puasa.

Alasan takut tak larat nak menyusu Luth.  

Magrib sekarang lambat.

Musim panas.
 

Sakit perut. Pening, macam-macamlah. Huh.


Semalam baru aku start ganti puasa.. Aku kena ganti 14 hari. Aku pun tak sedar sebenarnya puasa tahun lepas cuma 29 hari.  Itu pun sepupu aku yang cakap sebab dia kena bayar Fidyah untuk mak saudara aku  yang dah uzur nyanyuk.


16 ulasan:

  1. selamat berpuasa ganti...In Sha Allah minggu depan akak pun sama.. nak ganti puasa...3 hari cam 3 minggu nak ganti..dari syawal tahun lepas lagi..hehehe:)

    BalasPadam
  2. Dah start ganti senin & khamis. Next week sambung lagi sampai habis ganti posa. Rasa mcm nak buat direct sminggu next week ☺

    BalasPadam
  3. kalau akk buat puasa sunat 6 dulu dlam bulan syawal tu, sebab sunat syawal tu dapat buat dlm bulan syawal saja... lepas buat sunat syawal baru akk ganti puasa...

    BalasPadam
  4. sama2lah kita ganti puasa..saya biasanya buat ari isnin & khamis..kena mulakan dah ni...niat nak puasa enam pon sempat buat sehari je..

    BalasPadam
  5. alahamdulillah ganti awal2 lps raya..anak dara juga sudah..

    in shaa Allah semoga Allah permudahkan bt sahabat2 semua.

    tak sabar nak puasa ramadhan

    BalasPadam
  6. alhamdulillah xde kene ganti puasa thn lepas..sbb nyusukan nayli ni kot. moga dipanjangkan usia utk bertemu ramdhan akan dtg...

    BalasPadam
  7. Rasa macam dah habis ganti... Tapi rase macam ade sehari lg.. Alamak was2 la pulok... Anggap dah habis buleh dok... Kekekek... Kena cpt2 ganti la sehari lg.. Kang tak pasal2 was2 seminggu pulak... Huhu

    BalasPadam
  8. Seeloknya puasa ganti disegerakan ganti. Kita tak tahu bila due date nyawa kita kan? Jadi nya tidak la nanti membebankan orang lain untuk menggantikan puasa kita.

    BalasPadam
  9. Belum habis ganti puasa lagi ek? Duh, banyak gak tu PB 14 hari. Masa pregnantkan Adik, saya tak sempat ganti puasa tahun sebelumnya kerana mabuk teruk sangat. Kenalah bayar fidyah dan ganti selepas selang satu Ramadhan. Menanah jugalah rasanya bila kena ganti puasa untuk 2x Ramadhan. Padan muka sendiri sebab suka ganti puasa bila nak dekat Ramadhan seterusnya. Sejak 2012, dah taubat tak mahu tunggu last minutes.

    Saya pun selalu niat dua-dua sekali tapi yang wajib didulukan. Biasa pilih Isnin dan Khamis sebab boleh niat qada puasa dan puasa sunatkan...

    Hmmm.... puasa tahun ni jatuh pada tarikh lahir saya ya, jangan lupa 29hb Jun :)

    BalasPadam
  10. Sebenarnya mood berpuasa memang sebaiknya sebaik masuk hari ke dua syawal terus puasa. Masa ini mood makan belum terbuka sangat lagi sebab dah sebulan puasa kan. Sebab itu kakak biasa sekeluarga memang berpuasa sebaik masuk hari ke dua Syawal (tak masuk anak dara kecik sebab tak ada hutang dan tak tahan tengok org makan). Lepas tu senang kalau nak puasa sunat dah...

    BalasPadam
  11. Selamat Ganti puasa ye dear..Aida nasib baik puasa penuh tahun lepas..so hopefully tahun ni puasa penuh lagi lah kan..tak payah ganti puasa..huhuhu

    BalasPadam
  12. Tak tinggal puasa. Time tu pregnant. Cepat2 ganti.

    BalasPadam
  13. Okje pun tak habis lagi ganti puasa ni PB.......adalah beberapa gari lagi...nak puasa sejak kebelakangan ni malas sungguh ....entah kenapa......syaitan dah gemuk kot

    BalasPadam
  14. aku pun yang lemah imannya ni takut tak larat nak ganti puasa sebab mengandung.. ada 4 hari je pun padahal..

    BalasPadam
  15. tgh gigih nak mengganti pose..dh xlama dh..

    BalasPadam
  16. alasan sentiasa ada - me

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...