Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140407

Semua lelaki kena faham tentang sakit orang perempuan

Semua perempuan yang sihat belum menopauses biasanya akan uzur  sekali sebulan. Kalau anak kecil tak faham sakit puan ni juga orang panggil datang bulan, period atau bahasa standardnya menstrual cycle. Tapi aku biasa cakap kat laki aku tak boleh sembahyan, uzur. Oh bendera merah,  faham-faham.
Selain daripada hal-hal suami isteri, lelaki terutamanya suami  juga kena faham banyak perkara bila isteri sedang uzur.

Bila isteri kata senggugut, ini adalah sakit perut yang ngilu, memulas-mulas macam nak beranak pun ada. Setengah orang sakitnya sampai termuntah-muntah. Lebih sakit daripada korang rasa sakit perut nak berak. Lain orang lain sakitnya. Aku masa muda-muda dulu pun selalu kena senggugut ni. Tiap bulan mesti kena cuti. Kaki, tangan semua rasa lenguh…menucuk-nucuk ngilunya.  Alhamdulillah lepas beranak ni dah jarang sakit perut lagi. Tapi kadang-kadang ada rasa lenguh-lenguh kaki bila dekat-dekat nak datang.

Bayangkanlah hampir seminggu  keluar darah daripada badan. Darah tahu… bukan air.
Aku ingat laki yang mabuk darah boleh pengsang kalau tengok betapa banyaknya darah yang keluar. Ni yang kadang-kadang badan  rasa lemah je, kepala pun rasa sakit dan  berdenyut-denyut. Perut pula rasa kembung je. Masa ni makan nak kena jaga, jenis berais, berangin memang kena elak.

Orang lelaki selalu salahkan datang bulan bila kami bad mood. Betul untuk sebulan sekali, tetapi kalau hari-hari bad mood itu memang dah perangai perempuan tu gitu.  Perubahan hormon bukan sahaja mempengaruhi keadaan fizikal perempuan bila datang bulan, tetapi juga perasaan. Perempuan akan berubah menjadia lebih sensitif, mudah marah, sampai kadang-kadang rasa depress. Jadi, lelaki atau suami kena banyak-banyak sabar. Kadang-kadang korang boleh abaikan bila dia banyak bersungut tetapi kalau korang sayangkan dia cubalah faham perasaan ni.


Jika lelaki boleh faham situasi ni alangkan indahnya.




Laki, buktikan engkau memahami dengan menolong kerja-kerja rumah sebab aku rasa serabut bila tengok rumah macam kapal pecah.

12 ulasan:

  1. alhamdulillah aku kalau period xde sakit senggugut dh..kalau dulu2 time muda remaja mmg selalu kene..sakit woooooo...tangkap pinggang ngan kaki segala..cumenye pas banak nie hormon xberapa nak betul lagi..

    BalasPadam
  2. masa acik muda2 dulu..selagi tak kena sedas(injek) memang tak boleh tahan la..sampai la akhirnya..orang kat hospital tu pulak boleh kata..pegi la cari ubat kampung katanya..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, dari mula sampai la ni tak pernah kena senggugut. Tapi moody tu sesekali ada juga datang anginnya. Kalau my hubby bila my mood tak baik aje memang dia dok salahkan datang bulan aje walaupun tidak sebenarnya.

    BalasPadam
  4. kat sekolah pelajaran tentang bendani kena jelas dan terang kot.. baruler orang ramai paham kot..

    BalasPadam
  5. ye. saya setuju dengan komen Cho Zila. baru nak cakap benda yang sama. :)

    BalasPadam
  6. Setuju dengan awak PB.....bukan dipinta tp mood tu datang sendiri...memang sensitif lebih le...mulalah nak nangis...Tp senggugut tu mmg okje jarang kena kecuali masa anak dara.....tp tak teruk! Lenguh lenguh badan mmg ada! Lebih kurang agaknya sakit pompuan nikan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    Sesiapa sahaja harus ada pengetahuan tentang anatomi dan kesihatan yang berkaitan dengan tubuh badan manusia. Mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu "kejadian" itu berlaku...

    Jika memperkatakan berkenaan dengan lelaki kena faham sakit orang perempuan, ya memang perlu kerana lelaki secara standartnya akan berkahwin dan berkemungkinan mempunyai anak berjantina perempuan. Jadinya perlu tahu jadual "bulan jatuh ke riba" bagi mengagak dan memahami "mood" yang akan berlaku. Jika dapat mengagak dan memahami, maka akan lebih mudah pula untuk memahami psikologi perempuan ketika datang bulan...

    Di sini saya nak kongsi pengalaman saya... Setakat yang saya tahu, sakit senggugut pada perempuan adalah berbeza mengikut hormon masing-masing dan ketika "bulan dah datang", mood setiap seorang perempuan juga berbeza-beza. Maksudnya dalam ketika ini, jika sesuatu penyebab seorang perempuan itu suka atau marah, tidak akan sama sebabnya dengan perempuan lain.

    Sebelum ini, saya pernah ada "kawan perempuan" yang merupakan bekas bakal tunang saya. Dari dialah saya cuba memahami jadual bulan-bulan. Bila waktu suburnya... bila senggugutnya... dan lain-lain yang berkaitan.

    Insya Allah... bila saya dah berkahwin dan mempunyai anak perempuan, saya akan sediakan apa yang patut... dan menyimpan surat khabar sebagai stok kegunaan kecemasan...


    **************************************************************************

    KLIK JER >>> Rahsia Kesembuhan Dengan Segelas Air Kosong

    BalasPadam
  8. Betullah... siapa yg nak sakit dan bad mood. Semua org pun tak suka. Tapi kena controllah juga jgn buat org tak suka pulak. Kakak dulu masa anak dara kalau kena siap muntah berpeluh bagai. Memang MC. Tapi alhamdulillah sebaik bersalin anak pertama semua penyakit tu hilang terus. Pening-pening sikit adalah...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... dah 12 tahun kahwin, suami faham sesangat. Tapi kita sebagai perempuan/isteri ni jgnlah nak harapkan si suami faham sendiri. pas tu menjeruk rasa sengsorang.

    apa yang akak buat bila senggut? akak akan bagi tahu awal awal kat suami. Saya tengah period, mood tak baik, jgn cuba cari pasal, time mcm ni kalau bergaduh memang best!

    so, suami akak akan alert. setiap bulan akak akan bagi tahu... tips tau

    BalasPadam
  10. alhamdulillah saya period sakit perut sikit je ...still boleh tahan :)

    BalasPadam
  11. Masa belum khawin period sy teruk juga..tapi skrg Alhamdulillah dah kurang...
    erm! suami mmg kena ambil tahu perihal kita ni.. huhu...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah nsb suami memahami..hehehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...