Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140418

Tanya ustaz



Masa itu bulan puasa, ada segelintir budak-budak Melayu kat kilang tak puasa. Ramai sebenarnya yang jenis tak tahu malu makan dikhalayak pulak tu.
Lalu, budak Nepal ni tanya aku, semua Melayu Islamkan? (Ni bukan masalah Melayu Murtad)
Kenapa mereka tak puasa, you puasa?
Aku tak reti nak jawab pasal hukum-hakam lalu aku jawab, Iman tak sama. Adalah sikit sebanyak aku hurai lebih kurang.. Nasib baik dia tak tanya aku kenapa kena puasa..kalau tak aku kena tanya ustaz. (Biasa mereka suka bertanya).

Apa pendapat akak pakai tak tutup aurat?

Kalau orang bukan Islam yang tanya soalan itu boleh diterima, mungkin dia memang tak tahu, nak tahu dan kerana dia rasa perempuan inilah orang Islam mungkin dia tahu. Tapi yang tanya itu aku rasa orang Islam juga. Orang yang ditanya pulak, sebab nak pertahankan diri, tak nak tunjuk dia salah dah jadi makin besar  salah dan makin pelik jawapan. Aku tak rasalah dia sebodoh tu, tak tahu hukum hakam benda basic macam tu.

Sebenarnya ni bukan pertama kali kot aku rasa bertanya tak kena tempat.

Mungkin lain kali boleh jawab macam ni...Iman saya lemah.
Iya itu sebenarnya bukan alasan. Memang tak ada alasan sebenarnya. Mengaku salah kat manusia pun tak guna. Mungkin adalah salahnya, sebab terpaksa tengok auratnya dan rasa gatal mulut nak komen pasal jawapan yang serba tak kena..

Fikir positif, pertanyaan ni sebenarnya nak sindir secara halus…minta diberi hidayah kot. Tapi kalau jenis hati kering, payah.



Jadi aku rasa dari menjawab guna kepala otak, baik tanya ustaz. Bertanya kepada yang tahu. Sekarang zaman teknologi, ustaz semua dah ada channel yang mudah nak intraksi..

pm fb je.
jangan tanya aku. 

23 ulasan:

  1. ada 2 sebab kalau seseorang tu bertanya
    -dia betul2 nak tau (dia tak tahu)
    -dia nak menguji kita,samada nak tunjuk dia lbh terer jika jawapan kita kurang memuaskan hatinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atau pun dia nak tengok sama ada jawapan kita tu sama tak dengan jawapan dia. Kalau sama boleh geng, kalau tak sama kita dikatakan terpesong. Eh boleh pulak gitu eh?

      Kah kah kah.

      Padam
  2. Aku pun kadang bila orang lain tanya soalan macam tu aku tak tahu nak jawab apa. Apa yang pasti, agama sudah beri panduan untuk semua perkara tapi kita yang tak nak ikut. Itu antara kita dengan Dia. Macam jugak ibu bapa dah ajar kita dan didik kita supaya jadi baik, tapi tak semua ikut ajaran dan didikan yang sepatutnya kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sgt tata.

      Kita sendiri bnyk lg kelemahan yg kita tahu wajib buat tp kita x buat.
      Bukan tak tahu.
      Lemah iman

      Padam
  3. itulah ada byk org2 mcm tu..kita jadi takut plk..

    setuju kata teman2 di atas..

    jiwa muda..mudah2an mereka tu di beri kefahaman agama.

    knor pun tiru tanyalah ustaz kat tv tu..heheh

    BalasPadam
  4. Iman masing-masing tak sama. Bab puasa ni, nak ceritakan memang ramai lelaki yang tak puasa lagi dibandingkan dengan perempuan. Bukannya tak mampu, tapi memang perangai jenis malas nak berpuasa. Haha

    BalasPadam
  5. soalan pasal agama ni nmpk mudah nak jawab tp sebenarnya complicated..betullah tnya ustaz selesai masalah

    BalasPadam
  6. biasanya aku pulak jawab.. mcm peraturan sekolah.. semua org kena datang awal.. tapi ada jugak yg agak "nakal" langgar peraturan sekolah da n datang lambat... ponteng kelas etc.. bukan bermakna dia tu jahat... tapi mungkin nakal sikit..kalau aku lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lg simple, lg mudah difaham.

      Padam
  7. saya juga pernah ditanya soalan mcm tu oleh seorg berbangsa Cina . Malu sebenarnya nak jwp . nak pertahan pun x blh ... apa pilihan yg kita ada ... terpaksa terima sindiran drp mrk yg hilang respect kat org Islam .

    BalasPadam
  8. Kat kilang tmpt husben pn rmai x pose. Adehhh...

    BalasPadam
  9. aah ada yg jenis suka menguji pengetahuan kita. tp ada gak pertanyaan rasa ingin tahu mereka.
    follower ke 231..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    BalasPadam
  10. sedang org bkn islam pn blh hormat org puasa inikn org islam sndiri.

    BalasPadam
  11. orang banyak yang tahu tapi saje-saje buat tak tahu

    BalasPadam
  12. susah nak jawab bila ditanyakan soalan sebegini..

    BalasPadam
  13. kalau saya terkedu sekejap nak jawab macam mana..
    tapi akan cuba bagi jawapan yang mudah untuk dia faham..

    ni tak lama dah nak puasa.. setiap kali puasa pasti akan ada yang naik 'van jenazah' di waktu siang.. huhuhu..

    BalasPadam
  14. betui, tanya pada yang tahu :)

    BalasPadam
  15. yes jangan tanya aku lain kali jawapannyer... iyoler kitani bukannyer pandai ngat nak menjawabtu kadang tak memuaskan hati diaorang.. budak pejabatni yang bukan Islam suka beno menanya soalan gini.. dah cakappun nak tanya gak... sbb jawapan sebelum ini belum memuaskan hatikan..

    BalasPadam
  16. kalau benda basic ... senang la nk jawab...bila lebih2 kena la tanya ustaz...ustaz yg lebih berilmu...bila org islam yg bertanya hanya kerana ingin mempertahankan diri... x payah jawab..buat dek jer...

    BalasPadam
  17. silap tanya ada yang sentap pulak..kan??sekarang ni bukan boleh sebarang2 tanya.tanya pun dah dikata jatuh hukum kat orang..heheh

    BalasPadam
  18. sebaik2 kalau ada2 permasalahan tanya pada yang lebih arif kan !

    BalasPadam
  19. kalau tak pasti, lebih baik tanya pada yang lebih arif kan :)

    BalasPadam
  20. Oh, ada je Melayu kat ofis ni tak pergi sembahyang Jumaat, tak puasa bulan Ramadhan dan bergabung tenaga menentukan wine manakah lebih bagus, merah atau putih. Lagilah malu sebabnya kat sini kebanyakan Japang. Rasa nak masuk bawah meja aje kalau mereka tanya - kenapa awak buat, dia tak buat? atau kenapa dia buat, awak tak boleh buat?

    Saya jawab senang aje - semua bangsa pun ada yang baik, ada yang jahat. Termaksud Malays di Malaysia juga.

    Memanglah semua pun Islam kan tapi Islam ikut keturunan. Beginilah jadinya ...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...