Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140402

Wordless, payah nak cerita

Aku tanya laki aku, tadi gi mana?
Dia jawab,depan rumah .
Aku tanya lagi, buat apa?
Dia jawab, bual-bual.
Aku tanya lagi, bual apa? Lama sangat tu.
Dia jawab lagi, macam-macamlah.
Aku tak puas hati, ceritalah.  Tak tak ada modal ni nak tulis kat blog ni. Macam mana blog aku nak jana pendapatan 12ribu macam redmummy gini. Janji nak support.
Lepas tengok Nona ahad lepas.

Payahlah nak cerita. Ingat nak tambah lagi. Rasa kenyang pulak, dia anggkat pinggan bawak ke singki lepas tambah 2 pinggan nasi.



Lelaki cakap 1, Perempuan cakap 3

Teori ini hanya boleh pakai bila lelaki berdepan dengan perempuan. Tidak dengan kawan-kawan dia. Entah apa bendalah dia orang bercerita berjam-jam. Mana dapat modal nak bercakap tu. Aku dah suruh laki aku tulis blog, sebab aku tengok dia banyak sangat modal bercerita. Dia cakap, tak reti. Aku rasa kalau dia boleh tulis blog, tiap jam boleh buat entry semuka pages. Penuh cerita!


47 ulasan:

  1. Ada ketikanya saya minta idea kat en. suami untuk entry dalam blog.. bagi tajuk pun takpe.. isi takde takpe, saya boleh terjemahkan tapi itu berlaku hanya sesekali.. hehehe..

    sama macam awak.. kalau en. suami lama kat luar rumah.. pasti saya nak tau apa yang dibualkan kekonon feeling nak up sebagai entry dalam blog tapi hampeh.. suka cerita tergantung takmo isterinya ni tau..

    BalasPadam
  2. hehehehe.... salam perkenalan...

    BalasPadam
  3. memang gitu..kadang ada cerita tapi nak terangkan tu payah..

    BalasPadam
  4. akk pon ada menghasut hasben tulis blog... tapi dorg ni byk cakap dgn kengkawan je...ngan strangers kurang kot...hhee

    BalasPadam
  5. hahaha..setuju...lelaki + lelaki = banyak cakap

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak, hehehe standard la. depa ada modal nak bercerita tapi nak suruh menaip kat blog memang tak reti. hihi singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  7. hahaha org laki ni lau dpt sembang ngan geng diorg mmg pun cam tu
    cer suruh tulis blog mmg diorg akan blank terus ekeke

    BalasPadam
  8. 12k yerk... akakni nak dapat 12 hengget pun payah.. ha.. ha..
    lelaki memang gituler kan... saja2 buat cam tak banyak cakapkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. target tu nak tinggi..br semangat...
      kita br 6 hinggit..haha..

      Padam
  9. Aku cuba nak kaitkan tajuk kau tu. Hmmm. Haa! Aku tahu!! Wordless.. double meaning. Yes!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku omputih kure sikit..
      cakap sikit..betulah kan?

      Padam
  10. makkk aiiii...serious 12k??..nangissssss..

    samo leee kiteeee...selalu kalau dgr somi duk borak2 kat dpn terus jd joyah tanye borak2 ape..kihkihkih..nasib baik la dpt somi pun joyah..tanye sekali je, smp abis die bercerita..hahahaha..

    BalasPadam
  11. haaaa mmg... husband pon gitu sbb balik kol3-5 pagi kalau mengeteh dgn kawan2... byk la cerita nyer gitu kannnn

    BalasPadam
  12. aku dari bujang sampai ke kawen.. mmg takbanyak nak cakap.dulu time bercinta pon mesej je, nak tepon?tanya macam karangan.. aku jawab sepatah je hoho. tapi bab menaip aku no satu sebb tu la aku buat blog :D

    eh eh npe hubby ko tanak buat blog?hahaha

    BalasPadam
  13. Laki kebanyakannya memang camtu kot... ^__^

    BalasPadam
  14. memang kita ni para-para isteri ni gtu .. sbb liya pun gtu gak.. hehe

    BalasPadam
  15. knor dgn suami suka borak mcm2 isu..dunia hingga berkait akhirat..

    BalasPadam
  16. hehehe... perbezaan antara petak bunga ngan hubby tu la pengikat kasih sayang sebenarnya
    saling melengkapi gitewww ;)

    BalasPadam
  17. Selalu gak beborak panjang ngan hubby. Macam² isu. Bila ada citer, panjanglah boraknya. Bila tak der cita, ko tengok aku...aku tengok ko...hahaha...

    BalasPadam
  18. hahaha.. kannn.. aritu laki saya borak ngan kawan dia lepak dari pukul 11 sampai pukul 4 pagi kot.. perghh.. tatau la depa borak apa..

    BalasPadam
  19. biasanya saya y banyak cakap..kalau saya senyap, suami kata pelik pulak

    BalasPadam
  20. Betul....hehe laki aku pun byk ckp. Aku suruh tulis blog dia ckp byk idea tp tak tahu mcm mn nak tulis....huhu

    BalasPadam
  21. saya banyak tulis perkara2 yang saya bualkan dengan suami kat blog saya..hehe.dia memang pandai mencetuskan idea..heheh

    BalasPadam
  22. lelaki akan jadi banyak cakap bila kena pada minat diorg... :)

    BalasPadam
  23. suruh laki bawak tape recorder lepas ni

    BalasPadam
  24. Penah gak en hubby bagi idea tapi tak reti plak nak ceta bila isihati diri lain hehe..suruh dia tulis dia cakap dia reader bukan blogger mmm

    BalasPadam
  25. lelaki kalau dengan kawan-kawan lelaki dia ramah tamah.. mungkin sebab minat mereka sama dengan kawan-kawannya..

    BalasPadam
  26. My BIL kat umah tak bercakap aka bersembang dgn anak isteri . tapi bila jumpa kawan , mcm bertih jagung ramahnya ...

    BalasPadam
  27. lelaki rancak berbual dgn org tertentu saja terutama kwn kamcing dia..klu dgn org lain mmg x byk modal nk sembang.

    BalasPadam
  28. banyak juga word nya ni walaupun wordless ….. hehe

    BalasPadam
  29. hihihi....sama la Sa.....kebanyakan lelaki macam tu

    BalasPadam
  30. hehe gitew la lelaki sama je ngan my hasben..kena push sikit baru nak bercakap

    BalasPadam
  31. rajin bercerita pandai bercakap tak semestinya pandai mengarang. kadang idea tu banyak nak menulis tak tahu..macam kita jugak,konon jadi blogger byk cerita,pandai sgt mengarang ayat..tp suam2 kuku cmna nak jadi red mummy,haha

    BalasPadam
  32. hihihi....macam perangai husband saya ..kalau suruh dia cerita balik apa yang dia borakkan ..hurmmm...mmg tak la :P

    BalasPadam
  33. hehehe, org2 lelaki mmg gitulah selalunyer.. nak jadi red mummy yer in shaa allah mana tau satuhari nanti kan.. support u by clik2 nuffnangx2 kat sini yer

    BalasPadam
  34. awok setuju...... lelaki kalo benda tak penting....malas dia nak cakap banyak..... sebabnya awok lelaki... Mem awok pun kekadang tensen......

    BalasPadam
  35. itulh beza llki n prmpuan... suami sy jrg dh coret kt blog kami.. sy yg byk celoteh...

    BalasPadam
  36. Kebanyakkan lelaki mmg cmtu...diorang more prefer ckp byk bila ada isu seronok nak dibualkan...heheh kalo tanya byk2 mmg diorang kurang melayan...heheheh

    BalasPadam
  37. lelaki memang suka bersembang dengan kawan-kawan diorang terutamanya kalau berkongsi minat yang sama, tapi bab menulis lelaki kurang gemar kot..hehe

    BalasPadam
  38. lelaki mg mcm tu kotkan... saboo je lah kadang²...

    BalasPadam
  39. hihihi.. hubby sy pun kekadang klu dah nyembang...pergh lama!.. tapi kmi berdua mmg jenis byk ckap jugak...skrg menurun kat anak..suka berckp...huhu

    BalasPadam
  40. Hahaha...org laki laki kalo dgn kwn ken memg berjam jam diorg borak tau

    BalasPadam
  41. hahaha... mcm comel je bila sibuk nak tau laki sembang apa. dia tanak cerita tu sbb malas nak ulang kot.

    BalasPadam
  42. Eh, rasa macam dah baca kenapa takda komen ni?

    Dia pandai berborak panjang tapi dia tak pandai menulis. Modal nak berborak memanglah banyak tapi bila kena menulis tu yang hilang akal. Eh, betul ke ni? Orang lelaki ni kata aje tak banyak cakap tapi bila dah bertemu kaum sespesies memang sama aje cam perempuan. Banyak nak diborakkan.

    BalasPadam
  43. saya tak pernah pulak mintak idea kat hubby untuk entry blog. sebab saya sendiri penuh idea kat kepala ni haa... biaselah, org pompuan...hahahaha...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...