Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140515

Air Keindahan Syurga Ketika Matahari Terbit


Korang tahu apa air ni?


Laki aku memang mudah terpengaruh dengan iklan kat televisyen. 

Lalu mengorder air ini. ‘Tak tahu nama dia tapi nak air teh ais campur oren campur laici.’


Budak perempuan ambil order tu sekejap ternganga.. Lalu aku tambah,’air macam dalam televisyen tu’. Alah iklan Lipton yang selamat hari jadi tu....


Aku check dekat facebook Lipton nama dia PARADISE SUNRISE. Wah hebat namanya. Gabungan teh Lipton dengan jus oren dan jus laici menjadikan minuman ini sungguh lazat dan menyegarkan.


Bagaimana rasanya?

Pahit. Aku rasa ini mesti blend buah oren dengan urat-urat putih kat kulit limau tu. Apa nama urat tu? Sungguh aku tak tahu tapi korang tahu kan maksud aku? Oren jus aku punya pun rasa pahit. Memang spoil lah minum jus oren rasa pahit ni. Aku rasa itu pasallah air paradise sunrise ni rasa pahit.

Jadi semalam laki alu beli 2 tin laici kat econ save pasal tak puas hati minum air paradise sunrise tak seperti dibayangkan. 


Air Keindahan Syurga Ketika Matahari Terbit

Bahan-bahannya yang di olah adalah
  • Air teh lipton yang dah letak gula sikit
  • Sunquick oren
  • Laici
  • Ais kalau suka
Teh lipton tu celup dalam air panas jangan letak gula dulu. Nanti hampasnya letak kat mata..buat kurang sembab mata akibat kuat main laptop. Kalau dah celup dengan gula sila cuci dulu sebelum letak kat mata.


Kali ini rasanya betul-betul sedap. Tu belum buh oren selit tepi lagi itu..

Selamat mencuba tuan puan, cik kak-cik kak. uh..tangan je putih...

27 ulasan:

  1. Wah hebat air tu PB , patutlah en suami beriye meng oder nya tu.. tentu sedapkan.. nak cuba buat sendiri lah ehe :)

    BalasPadam
  2. Wallaaaa menarik tp konpius... Awat x pernah tgk iklan 2 lak eyh ha3

    BalasPadam
  3. wah nama pun dah air keindahan syurga tuh

    BalasPadam
  4. ouh!ouh!yg mcm dlm iklan tv tu ea..pernah tgk..mmg nampak meliurkan..haha..lain kali xyah ar suh org kedai buat kan kak..buat sendiri lg sedap tu..hehe

    BalasPadam
  5. oooo terus teringat iklan lipton tu...ha..ada buah laici kan..bukan main sedap kalo tengok iklan tu..

    BalasPadam
  6. Memang solid pekena air ni time-time cuaca panas terik kala tengahari. Kalau nak style lagi selain selit oren kat cawan, taruk payung kecik dengan straw bengkok. Peh, sebijik macam gambor resipi dalam majalah Wanita tahun 90'an. Haha

    BalasPadam
  7. Kalau tak cuci nanti mata kau disemuti. Hahaha.

    Laki kau suap pada Luth? Doyan ke Luth?

    BalasPadam
  8. Macam best .. Tp malas nak buat.. Nk yang PB dah buat.. Nak ais batu melimpah ok

    BalasPadam
  9. masa tengok iklan memang nampak sedap...tapi nak membuatnya kena banyak step...kena tunggu time rajin....kaksura ni time malas yg banyak..hihi..:)

    BalasPadam
  10. sy ni penggemar teh. dah minuman berais. huhu.. nnti nk try la. leh wt tuk en suami gak

    salam singgah dr

    http://afasz.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Wahh siap order kt kedai air teh cenggitu ek hihi
    Memang nmpk sedap nengok kt tb tu, anak2 pon dh rikues air tu, mama je x gajin lg

    BalasPadam
  12. Seriuos sedap? masa tgk iklan tu dh terliur dah, i tot masukkan teh lipton n laici aje. haha tq bg resepi. Boleh cuba.

    BalasPadam
  13. Tgk iklan tu rasa nak try. Tapi tak buat2 lagi nih.

    BalasPadam
  14. memang sedap ni. selalu oder air teh o ais laici je. ni tambah oren pula :)

    BalasPadam
  15. Kalau buat kat rumah lebih best dari kat kedai, ada chancelah ni nak pujuk en asben minum kat rumah aje, bawak sekali rakan-rakan berborak tu. Dah isteri laki PB ni memang terrer bab-bab menghidang air marbeles gini. Percuma lagi. Minta collect sorang singgit je untuk bayar bil air paip.

    BalasPadam
  16. tengok iklan macam best..tapi malas nk pi beli laici huhuhu

    BalasPadam
  17. Hehee..pengaruh iklan..ingatkan anak-anak je pengaruh iklan kan..tapi kalau pahit memang tak jadi lah nak try..silap2 order air kedua pulak nanti..hehee

    BalasPadam
  18. tak pernah tahu pon.hihi
    menarik.
    tea lipton ada, oren ada. kena pi beli laici le gamaknya ni :)

    BalasPadam
  19. indah sungguh kekdah dia, tapi nak kena pait pait ker.

    BalasPadam
  20. Tak boleh nak imagine rasa lagu mana… Nasib baik housemate saya tak request lagi air cenggini...

    BalasPadam
  21. Oh.. sedap ye.
    Kakak jadi teringin pulak

    BalasPadam
  22. macam macam diorg inovasikan air kan..

    BalasPadam
  23. haha....kn try ni...mcm sedap jer

    BalasPadam
  24. pengaruh iklan pulak..tp mmg macam sedap je tgok iklan tu.buat sendiri mmg lagi nikmat la bley adjust ikut suka..pulak tu byk mmg puas minum...sesuai ni buat juadah berbuka nti..puasa tak lama lagi kan.huhu

    BalasPadam
  25. Rasa macam nak buat je bila balik nanti. :)

    BalasPadam
  26. Xpernah dibuat org...tp unik...sedapkan..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...