Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140506

Bunga pink


Aku ni ada satu masalah percakapan. Nak kata gagap tak juga. Tapi aku selalu hilang ‘perkataan’. Selalu sangat, kadang-kadang untuk menerangkan benda yang mudah pun aku susah nak cakap… 

‘itu kat dalam bilik tu…itu yang kita tidur tu…’ itu yang aku maksudkan adalah katil. Pun kadang-kadang aku boleh terlupa perkataan katil.

Aku rasa ini berpunca daripada pemikiran aku dalam bahasa Kelantan kemudian aku terjemah balik dalam bahasa Melayu. Susah jika tidak pickup. Mereka yang menggunakan bahasa daerah dalam percakapan mungkin lebih memahami. 

Atau jika kita berfikir dalam bahasa Melayu dan bercakap atau tulis dalam bahasa Inggeris..memang peningkan? Ini selalu berlaku kat budak-budak aku. Sebab itu aku jarang baca apa yang budak-budak aku tulis, aku lebih suka tanya mereka..’Apa yang you nak tulis?’
(Aku malas baca memo tulisan yang panjang berjela....melainkan perihal cuti atau naik gaji)





Faham tak entry aku berkanaan timun, masak dan longkang?


Sebenarnya entry –entry ini aku ingin menerangkan perihal 




Huhu..Tak faham pun tak apa.
 Aku pun tiba-tiba jadi konfius apa aku nak tulis sebenarnya…

oh bagi yang tak pernah minum air timun susu  (cucumber blend with milk) WAJIB CUBA untuk yang tak pernah cuba!. Sekali cuba pasti nak lagi tapi tidak digalakkan membuat pesanan di restoren kerana boleh mengelirukan orang..



22 ulasan:

  1. Bukan gagap tapi blur dan tak ingat PB..
    Susu + timun oh sedap ye. Kakak tak pernah mencuba pulak.

    BalasPadam
  2. masalah kite mcm sama je la bebeh..selalu sgt lupe perkataan..kadang nak mintak tlg somi amekkan satu barang tuh, tp jenuh duk mikir ape padahal nak mintak tlg amek kan napkin anak je kuttttttt (salah satu cth..ikutkan byk lg..huahuahua)...adehhhh..kadang smp kene marah ngan somi sbb lama nau pause nye..kihkihkih..

    BalasPadam
  3. timun susu betul la tu..tapi kalo dok kl ni jangan disebut gitu..hahaha..pengsan waiter dok pikir..

    BalasPadam
  4. akk takde pulak lupa perkataan ni...kekadang ada kot..

    BalasPadam
  5. PB, janganlah nak 'bersastera' pepagi gini. Apahal pulak cerita timun, longkang, masak ada kaitan dengan bunga pink? Huhuhu...tengah lapar belum breakfast tak leh fikirlah kaitannya keempat-empat entri ni!

    Part terlupa tu biasalah. Itu maknanya dah tua lah tu :)

    BalasPadam
  6. Samalah. Tetiba bley lupa plak perkataan yg nak disebut tu.

    ADa erk air timun susu. 1st time dengar.

    BalasPadam
  7. Aku pun sebenarnya kurang faham apa yang kau cuba sampaikan.

    Aku pun macam kau. Kadang-kadang. Di office selalu aje soalan² spt ini aku ajukan pada staff lain atau pun bos, "Kenapa saya berdiri di sini? Saya nak cari apa ya?" Kadang tu dah masuk bilik bos, tiba² terlupa apa benda aku nak cakap. Patah balik pi meja, re trace my step, dah ingat baru pi balik bilik bos.

    Perkara biasa la tu.

    BalasPadam
  8. diusia acik ni memang kerap terjadi PB..kadang tu..acik tunjuk je..itu..itu..anak acik yang sambung..mula2 dulu dia gelak..lepas tu tak dah..dia pun risau agaknya..dia tau maknya bukan main2..

    BalasPadam
  9. kaksura ingat kaksura jer yang slalu cam tu..rupanya..ramai yg geng..hihi..
    kadang2 memang camtu kan..nak sebut tu boleh lupa..tp akak kadang bukan lupa..tersalah sebut..sampai anak2 selalu gelak..huhu..dah memang semakin tua..

    BalasPadam
  10. betul kak zakie tu..blurr...haihh..kadang2 saya pon sama..nak sebut tapi tiba2 blur..tu tergantung jek..

    BalasPadam
  11. kalau masalah blur ni sy sllu juga kena...kadang sy nak ckp lain, tapi yg keluar dr mulut sy lain..huhu

    BalasPadam
  12. anak dara aku selalu hilang perkataan.. risau gak sbb takut jadi gagap ke apa.. tapi ada certain2 masa je.. aku ok je..

    BalasPadam
  13. adakalanya saya juga lupa perkataan ...

    BalasPadam
  14. saya pun sama je..tapi lagi best.."Danial..buh baju tu dalam peti ais!" hmmphhhh...

    BalasPadam
  15. Kadang2 kita lost itu memang akan berlaku pada sesiapa pun. Tembikai susu pernah minum timun susu tak pernah pulak...

    BalasPadam
  16. Boleh jadi juga macam tu...kadang2 pandai jadi blur sendiri...x tahu nak cakap apa...hehe

    BalasPadam
  17. faham..faham.. kadang-kadang kita jadi blur sekejap, walhal benda tu mudah je kan.. pernah jugak mengalami..

    BalasPadam
  18. Tak pnh dgr n minum...

    BalasPadam
  19. Okje pun kadang macam tu PB....tak jugak okje pikir dlm bahasa lain....pikir dlm BM pun..
    Sedap ke timun susu tu...timun ada kat fridge tu dah lama....hehe

    BalasPadam
  20. aku tetibe berjangkit penyakit tu masa nak komen ni. hahaha.. apa yg aku nak komen ni ye. aku dah lupa dah.

    BalasPadam
  21. Saya pun ore kelate.. hubby saya pun jenis cakap sekerat2 walau cakap dalam bahasa kelate…. saya selalu sakat dia dia cakap guna ayat penuh… hihihi

    Ha, setuju sgt2… tu sbb kadang2 bila blog walking nak nak tinggal komen… beria tulis 100% dalam BM… tapi bila baca lagi sekali, mcm pelik pula… Perkataan yg tepat sampai ke sudah tak keluar… end up, kena campur2… perkara yg sama berlaku bila tulis entry… Kadang2 rasa jeles juga dgn kawan2 yg dapat menulis dgn baik dalam BM… cukup indah perkataan yg mereka gunakan..

    Air timun susu memang sedap… masa kecil, mak selalu buatkan… tapi skrang kalau nak minum kena buat sendiri… Sbb tu dah lama kot tak minum… malas nak buat sendiri...

    BalasPadam
  22. Sedap ke timun susu? Mcm menakutkan je. Hehe...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...