Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140524

Chocolate oat choco

Cita cita aku sejak zaman study adalah untuk bekerja dikilang cokelat. Kalau kerja kat kilang coklat nanti dapat makan cokelat sepenuh hati. Oh, best gila. Macam dunia aku punya.. ni cita-cita zaman belajar aku lepas lecture aku bagi tahu, kalau aku nak teruskan pengajian aku ni.. kerja kilang lah salah satu masa depan aku.

Setakat tu je lah cita-cita aku. Nak kerja kilang coklat sebab nak makan cokelat free. Patutnya aku bercita-cita nak buka kilang coklat. Rendah betul target aku. Tak ada otak business langsung.
Aku kat Kelantan sekarang ni. Tadi aku singgah pasar pasir mas. Saja jalan-jalan, nampak orang jual chocolate oat choco. Aku kan mudah terpengaruh nga internet..sedap gila tengok dalam facebook. Lalu aku pun beli. Bila buka plastik ni, baru aku teringat..rasanya bukan makanan baru ni. Aku macam dah pernah makan ni.

Pandai betul orang berniaga ni kan..sekejap je jadi viral.
Makanan pun boleh jadi trend. Sapa tak rasa, dia ketinggalan. Tak cool.


Maaf tak update lagi giveaway aku lagi...kat kampung lagi ni.

13 ulasan:

  1. Aku pun dh terjebak nie..try dulu satu peket..

    BalasPadam
  2. Seronoknya balik kelantan...baru nak jengok pb giveaway

    BalasPadam
  3. org cakap ada jual kat kelantan aje. betol ke?
    dh try tapi makan bebanyak mcm muakk le pulok. hee

    BalasPadam
  4. Cerita pasai coklat ni buat acik frust PB...pasai isu baru2 ni tu la..mesti acik pernah makan tu..ish3

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalaulah kita islam ni jadi taukey kilang coklat kan bagus kan acik..
      hmm

      Padam
  5. Oat choco nih memg jg viral sekarang nih kan kan....sedapnye

    BalasPadam
  6. Ros pun terpengaruh ngan media sosial. wah ayat,.. hihi.. gi cari jugak.. then beli. bila balik makan, ok la rasa.. kalau nak kata sedap giler tu, taklah kot. hikhik

    BalasPadam
  7. tau xpe..sedap seh..sekarang ni laman sosial jadi medan untuk sebarkan apa jugak termasuk makanan yang sedap2

    BalasPadam
  8. Kita dah masuk tiga peket dok melantak oat choco ni, PB. Anak-anak kureng sikit tapi makpak pulak terasa nikmatnya. Memandangkan kena jeling aje Cadbury sekarang, inilah option terbaik. La, betul tu PB. I nyer anak punya cita-cita lagi tinggi dari you. Dia nak jadi bos kilang lego supaya boleh main lego sesukahati :)

    BalasPadam
  9. Faveret anak-anak saya. Rasanya manis-manis ala-ala nestum sikit. So, kalau makan tu memang bersepah la sikit dengan serdaknya. Hehe

    BalasPadam
  10. HAku pon baru try gak. Tapi pada tekak aku tak der lah sampai addicted.

    BalasPadam
  11. Mmg ketinggalan sungguhlah Okje ni.....tak jumpalah kat mana nak beli tu.....Hari tu ada rasa tp entah mana anak dapat agaknya....

    BalasPadam
  12. mmg femes benda ni, tp selera kita tak brapa la.....beli je tp xmkn huhuhu...mmbazir

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...