Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140521

Disebalik lelaki yang hebat

Saya yang mengorat laki saya. Dulu dia reject saya tahu. Tapi saya tak putus asa.

Dia cakap kami tak setaraf. Saya ni kaya, dia miskin. Saya bayak duit, pakai kereta mewah tapi dia pakai motor cabut je.Tapi dia bukan mat rempit ye, dia baik. Maklumlah dia pekerja bawahan sahaja.




Latar belakang hidup kita ni ibarat langit dan bumi. Jauh sangat-sangat. Macam mimpilah nak bayangkan kami boleh bahagia bersatu bersama. Orang kampung, hidupnya susah.

Ada sekali tu saya dan dia sama-sama ditugaskan kat kawasan perkampungan. Kawasan hulu, lama juga tempoh masanya. Lalu saya atur strategi nak memikat dia…

Saya kutip baju-baju dia, saya basuh sendiri. Setiap kali bos bagi makanan saya akan simpan untuk dia dulu. Harus. Biar dia terharu dengan kesungguhan saya. Biar dia tahu saya ikhlas.

Kerja saya habis dulu. Jadi, saya tinggalkan dia kat kampung. Saya pulang kembali ke kota.

Bila saya dah tak ada baru dia tahu..

Dia rindu saya juga.

Cerita Romantika Sheila Rosli yang aku rasa comel. Untung nasib kita tak tahu, tengok sekarang siapa laki dia. Jinggo, dari budak suruhan jadi pengarah terhebat. Ni lah kata, disebalik lelaki yang hebat adanya isteri yang pasti lebih hebat.
 


Okey akhir sekali nak buat dedikasi.. Entry ini aku tuju untuk Kak Cho kita dengan ucapan..

Kak Cho, tak payah ceritalah cerita cinta Kak Cho. Klise sangat cerita cinta Kak Cho,jatuh cinta banyak kali baru jumpa ngan suami. klise, klise..
Plot cerita cinta novel melayu dulu-dulu orang dah tak berapa nak baca Kak Cho.

Klik untuk Joint: 

17 ulasan:

  1. hahahha..terpaksa la kak zila wat cite lain sbb petakbunga dh tunjuk gaya mcm nak reject..wakakakaka..

    aku sokong..kite xkan tau sape jodoh kite..kenapa tetibe aku rase mcm nak karang lak entry utk giveaway ko nie (gigih smp dh tolak makanan ke tepi..wakakkaa)..

    BalasPadam
  2. ooo..kisah shiela rusli ke..baru tau ni...nanti mar join ye PB..tunggu jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah ini kisah Sheila. Dulu masa first baca memang rasa sweet sangat tau. Alhamdulillah hidup mereka bahagia sekarang. Kekal la hendaknya.

      Padam
  3. Hehehe seronok terjah sini

    BalasPadam
  4. salam. hai ...:) nice story hehee all the best ya!

    BalasPadam
  5. suka tgk gambar perkahwinan mereka . muka shiela rosly macam patung ... comel sgt .

    BalasPadam
  6. ingat kisah PB, rupanya kisah sheila rusli...hew hew hew....

    BalasPadam
  7. Alahaii..sweetnya kisah cinta ni..saya pon kahwin tak setaraf..tapi bahagia jugak sbb husband lebih bersederhana..hehee

    BalasPadam
  8. Tertipu akak PB ingatkan kisah cinta PB rupanya kisah Sheila Rosli.. memang simple sungguh shiela rosli kan :)

    BalasPadam
  9. Br nak cakap suweetnya cerita cinta PB ... sekali tengok, kisah cinta sheila rusli rupanya .. :)

    BalasPadam
  10. tengok gambar tu teringat masa kami duduk tanah rancangan dulu...
    suka benar naik motor ramai2...almaklum, adik-beradik ramai...
    bukan keluarga kami ajer yg cam gitu, keluarga org lain pun buat jugak...
    memang dah jadi fesyen dulu2 suka naik motor ramai2...meriahhh...

    BalasPadam
  11. aku ingat ni cerita ko PB. RUpenya... pasei Sheila Rusly.

    BalasPadam
  12. Cerita sape tu. Citer sheila rosli ke

    BalasPadam
  13. CIs...kisah org lain rupanya.

    BalasPadam
  14. hahhaha mula2 cerita kisah org lain ye dak.. lepas ni baru cter kisah cinta sendiri hehe

    BalasPadam
  15. Padanlah rasa macam pernah kubaca aje novel ni. Baru ingat bila sebut pasal Sheila Rosli. Ish, cam malu pulak nak bercerita pasal kisah cinta ni, tetiba jadi cam perempuan melayu terakhir :)

    Nape ngan Cho? Saya tak baca apa pun kat mana ni cerita klise kisah cinta Cho yang orang sekarang dah tak baca lagi ni?

    BalasPadam
  16. Huhuhu sbr jela...igtkn kisah cinta PB..Upenye Sheila Rusly

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...