Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140518

Ducati Impian Hati

Korang suka aku kutuk laki aku? Tak baik tahu. Aku isteri soleh yang sentiasa menjaga maruah suami. Tak baiklah korang ni. Aku kutuk diri sendiri lah, mana ada kutuk-kutuk dia. Korang ni kena faham meaning the word behind the word ada banyak-banyak maksud..

Laki aku memang suka menyembang, suka ambil tahu hal ehwal jiran tertangga..tu je lah.. Tapi comel apa? Kalau korang berjiran dengan aku tahulah betapa comel nya laki aku.


Kereta korang tak boleh start? Kereta akulah mula-mula terbuka enjin minta sambung bateri. 

Motor korang pancit? Motor laki akulah mula-mula jadi penunda.

Siapa mengidam nak makan mangga? Mangga akulah mula-mula hilang.

Lampu rumah korang padam? Laki akulah yang sibuk cari tangga.

Kering tekak duk bergelak ketawa? Bini laki akulah sibuk kacau air.

Bujang bawak balik laki? Laki akulah yang sibuk berjaga sampai ke pagi.



Mana nak dapat laki macam ni? Aku saja nak bagi korang jeles aku dapat laki comel. 

Korang tahu tak apa website kegemaran laki aku?
Mudah. Iya mudah. 
Bila sekali-sekala tab aku terlepas kat tangan dia aku akan cepat-cepat mengecheck apa yang laki aku duk usha. Oh, sweetnya..duk tengok gambar Ducati kat Mudah. Tak apalah, dapat tengok gambar pun dah okey. Sambil berangan-angan…

Bawak awek bonceng Ducati. 
Tapi aku dah rosakkan sikit angan dia sebab aku dah sepak tendang silat awek tu, lepas tu akulah tertonggeng kat belakang Ducati tu. 
Luth kat rumah jaga adik-adik..sebab masa tu Luth dah ada adik-adik. Anak solehkan.


Baru ni aku tanya dia, ‘Nak apa hadiah hari lahir?’
Dia cakap, ‘Nak Ducati’.
‘Insyallah, belikan rumah dulu! ‘
‘Lepas tu dapat ke Ducati?’
Aku kata..’YES, boleh. Beli rumah banglo dulu kat aku. Fully furnished.’

Sweet tak? 

Dia dah tahu aku tak mampu beli Ducati pasal tu dia minta Ducati. Maksudnya dia memang tak mengharap apa-apa hadiah kat aku. Tak comel lagi tu? Lalu aku pun tak membeli apa-apa hadiah untuknya. Simpan duit buat beli rumah, kemudian beli Ducati impaian hati.


40 ulasan:

  1. Ducati ni impian mysuami juga...

    BalasPadam
  2. ok, memang comel dari penceritaan akak tu. hihihi

    BalasPadam
  3. hahhaha tergelak akak tengok pic tu PB..

    Memang jenuh lah nak mengumpul duit utk beli Ducati ni PB.. carikan jer lah yg mainan tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas beli rumah kita beli mainan tu

      Padam
  4. nak jadi jiran petak bungalah ... blh pinjam ducati ... heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. xleh..
      ducati tu..bukan vespa

      Padam
  5. Uish, siapalah tu suka sangat dengar PB mengumpat pasal laki dia yang comel tu... Kita suka ajelah kalau berjiran ngan awak ni PB. Ringan tulang betul laki awak. Tapi jangan pulak jealous tak memasal bila kita asyik minta tolong. Tak minta tolong pun dah dia jiran pertama offer nak tolongkan... bukan salah kita pun!

    Eh, my Bubbly Abang tengah kumpul botol plastik untuk direcycle, nak menambah tabungan untuk beli Ducati Veyron. Apakata suruh laki PB join together-gether, nak tak?

    Gambar yang last tu comel sangat sampai rasa macam nak sepak aje 'pompuan' tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah berapa riban terkumpul?

      Padam
    2. Jap, jap, nanti balik I kiralah berapa hinggit ada :)

      Padam
  6. haha bestnya baca kihkih

    BalasPadam
  7. PB..bukan mengumpat.bercerita..ni pun PB cerita ni.kecomelan suami PB kan..
    bagus suami PB jaga kebajikan jiran

    BalasPadam
  8. comel macam laki ku jua... I sampai pernah sound dia kalau I ngan kawan dia sama2 eksiden, confirm dia gi nolong kawan dia dulu. comellll sangat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lakiku comel mcm lakimu.
      lain laki.

      Padam
  9. hehe.. org lelaki mmg suka bab motor2, kereta2 ni kan...

    eh tq komen kat blog kak Alycia.. suka ehh pinggan bunga pink ;)

    BalasPadam
  10. adui...comelnye laki mu PB...ada2 je PB ni..

    BalasPadam
  11. mmg sangat comel PB...bkn senang nk dpt yg comel2 macam ni...gambo tu pun lg comel..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. x buh gambar i pose lg comel

      Padam
  12. mmg comel PB.. diam juga laki PB pasal ducati tu..heee

    BalasPadam
  13. hihihi.
    syok la dpt jiran ringn tulang mcm en somi pb.
    gmbr last mmg x menahan nngok.hahaha

    BalasPadam
  14. Sweet sangattt..hehee..comel je gurau laki bini..memang lelaki terbaik sepanjang hidup adalah laki aida selepas abah aida..heheee

    BalasPadam
  15. sweettt sgt.pengsan suami.hahaha

    BalasPadam
  16. Yeay, kita pun nak jadi jiran PB… mesti best dapat jiran comel lagu ni :)
    Tapi lelaki mmg gitu, kan? Macam sama jer dgn housemate saya… Tak dapat makan mangga, makan hati aje la….

    BalasPadam
  17. comel ..memang comel ..dua2 saling memahami...

    BalasPadam
  18. Comellll jerk...somi ku xpenah mention nk beli or suruh belikan moto sbb dieeee dieeeee dieeeeeeee xreti bwk moto...hahahaha..

    Psssttttt psssttttt bebehkuuuuu...i owe u the answersss!!!..xberkesempatan nk reply sbb semlm ngan arinie demammm..;(((

    BalasPadam
  19. meh kita berjiran.. kehkehkeh

    BalasPadam
  20. I fening lalat la baca entri you hari ni...tapi tek henti senyum he he...

    BalasPadam
  21. hmmm...kena jugak bibi dier kumpul duit tuk tlg capai impian tuh...

    BalasPadam
  22. olololo.. serius sweet .. ^_^

    BalasPadam
  23. Hanya kita yang tau kerenah pasangan kita..
    alah.. kalau dia baca mesti dia pun sengih sama baca entry ni.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  24. Adoiiiii....xtahan bce entry nih...

    BalasPadam
  25. Haha. Kelakarla.. tapi mesti suami PB ni jenis kelakar dan mudah masuk dgn orang kan. Alhamdulillah rezki PB tu. Semoga rezeki nak beli ducati ni tercapai.. mana tahu tak lama lagi dalam genggaman.. wah..seronoknya cam tu kan..

    BalasPadam
  26. akakpun suka ducati.. kalau dapat satu tertonggek akak bawak.. akak tak nak duk belakang.. akak nak bawak... baru feel sikit...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...