Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140508

Dukun Resdung Corong berasap


Baru ni balik dari bank aku  lalu depan satu butik baru buka kat pekan Rawang. Pintu kaca tertutup rapat. Aku kalau butik kena tekan loceng memang jarang aku masuk. Aku rasa nervous nak masuk. Depannya dia gantung selendang lawa-lawa. Sambil lalu-lalu aku belek-belek, saja je. Rasa rugi berlalu tanpa membelek.

Tiba-tiba tuan butik yang mesra dan lawa keluar.

‘Masuklah tengok, ada banyak lagi kat dalam.’ Sapa tuan butik, sambil menolak pintu cermin butiknya.

‘Tengok-tengok je…’, sambil kaki melangkah masuk juga dalam butik dengan Luth dan Ma.

‘Kita ada salon juga ye kat sini..’,sambil hulur broachers. Ramah betul pemilik butik dan salon ini. Di bawanya aku  melawat ke bilik-bilik di belakang butiknya yang dijadikan salon. Kecil je salonnya tetapi rawatan yang ditawarkan aku rasa dah lengkap.  Siap boleh mandi susu.

‘Sekarang ada promotion rawatan facial resdung tanpa asap…murah  je…cubalah.’ Goda pemiliknya.

 Aku yang dengar promosi memang selalu rasa rugi kalau tak beli atau cuba. Maka aku  pun mencuba rawatan resdung tanpa asap. Aku memang jarang-jarang sangat-sangat cuci muka kat salon, rasa sayang duit…huh.. Tapi sebab dia offer murah setakat belas ringgit ni rasa terliur pula. Kulit muka pun rasa sedih benar. Aku pun ada resdung ni, sekali sekala memanjakan diri..oh-oh..

Cantik betul budak perempuan yang cuci muka aku. Sesuai kerja salon. Lepas cuci muka dia dia kata nak buat rawatan resdung tanpa asap.

‘Kak pernah buat rawatan  resdung?’ Tanya budak salon ni.
‘Ada dulu-dulu..lama dah tak buat..’,



Antara tanda-tanda orang yang ada resdung, seduan atau sinus ni adalah kerap bersin. Biasanya waktu subuh pagi dan petang menjelang magrib. Kadang-kadang bila duduk lama sikit tempat sejuk atau beraircond tiba-tiba hidung rasa cair, nak selesema. Mereka yang ada sinus juga mudah alah kawasan berabuk dan makanan laut biasanya. Macam aku ni, Alhamdulillah selesema ni jarang sangat tetapi masalah jerawat resdung selalu ada. Kalau salah makan sikit mesti naik jerawat sebesar alam.

Ada setengah orang tu resdung dia teruk juga.. Macam Kak Mas bekas dormate masa aku belajar dulu. Tiap-tiap pagi dia bersin-bersin tak henti-henti. Tengahari dia okey je..dan bila malam sejuk datang balik selesema dia. Hidup dengan tuala kecil tiap malam sambil ulang kaji pelajaran..mengawal alirun sinus.

Kesian tahu..

Kak Mas anak mami memang cantik. Orang yang kecil molek. Kulitnya sawo matang, bersih walaupun ada resdung. Itu yang buat aku rasa cemburu sikit. Dalam dorm tu dia paling tua antara kami.

Lepas Kak Mas balik Peneng cuti semesta tu, dia ajar kami buat rawatan resdung sendiri. Kami memang teruja..tambah-tambah aku yang ada resdung juga ni. Sebenarnya agak ramai juga yang disyaki ada resdung. Jadi kami berpakat untuk mengembeleng tenaga melakukan upacara bersejarah ini.

Mula-mula diminta dana kertas lukisan untuk melakukan rawatan ini. Kebetulan kami dalam dorm tu kebanyakannya sekelas ambil lukisan kejuruteraan tahun itu. Jadi kamilah menjadi penyumbang terbesar bahan asas nya. Tinggal kak Mas belikan lilin je.

Hujung minggu itu kami bersungguh-sungguh melilin, mengosok, mengoyok lilin ke seluruh permukaan kertas lukisan. Setiap pesakit resdung mengambil giliran untuk mendapatkan rawatan  dari kak Mas. Kak Mas bertindak sebagai dukun resdung.

Kertas lukisan yang telah dililin permukaannya digulung bulat. Kemudian ditekap kemas dipermukaan kulit wajah. Kak Mas tekan di dahi pesakit, dengan hati-hati dinyalakan api… Kertas terbakar sedikit-sedikit..bila dekat nak habis terbakar, cepat-cepat diletak dalam gayung berisi air.

Selepas rawatan, ada tanda kuning bulat akan melekat kat kulit. Kesan asap tadi. Kak Mas cakap, sapa yang kuning terang tu maksudnya ulat resdung banyak. Kemudian kami akan buka kertas tu, dan tengok apa yang ada dalam gulungan itu. Semasa bergilir mengambil giliran mendapatkan rawatan kami jumpa darah dalam kertas. Agaknya darah ulat resdung.

Lepas buat rawatan itu memang rasa sedap je muka. Itulah kali pertama aku buat rawatan resdung berasap. Pedih sangat-sangat hidung ni. Sebab itu agaknya kalau betul resdung itu adalah ulat resdung..sah-sah dia pun lemas duk dalam lubang hidung kena sedup asap..



Budak salon itu letak corong resdung tu beberapa titik kat muka..dahi, pipi dan dagu..’Kita tak buat seluruh kawasan kak..macam biasa orang lain buat. Kita cuma letak kat kawasan tertentu. Ni rawatan resdung tanpa asap.’



20 ulasan:

  1. owh ade adik saye yang duduk kat rawang crite pasal rawatan resdung tanpa asap ni.. teringin jgk nak cube

    BalasPadam
  2. xpenah wat rawatan resdung sbb xde resdung..alhamdulillah xde..kalau x, mau berlawan bersin ngan en somi..hehe..

    sekali sekala manjakan muke xpe..lgpun tgh murah kan..hehe..tetibe baru tingat dh lama sebenarnye xgie wat facial...ayarkkkk!!..

    BalasPadam
  3. Berapa bayaran nya PB.. hendak juga mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa belas ringgit je.. asyik wat promtion.huhu..
      Facial, corong asap, mask..urut2 sikit tengkuk..

      Padam
  4. Takda resdung makanya memang tak pernah buat rawatan resdung ni. Tapi cam unik aje Kak Mas tu jadi dukun resdung 'berasap'lah kiranya tu kan... Ni nak kena beritahu my nephew yang memang teruk gak resdungnya tu ...

    BalasPadam
  5. alhmadulillah , setakat ni x de resdung .

    BalasPadam
  6. saya rasa saya ada resdung sebab ada masanya jerawat naik teruk..adoi..malu..

    BalasPadam
  7. terer ya kak mas jadi dukun..agaknya mmg dia resdung teruk tu yg pandai serba serbi dalam rawatan resdung..sy jangan kata rawatan resdung,cuci muka kat salon pun tak pernah sekali seumur hidup.kemut katakan,.haha.nasib juga sy takde masalah resdung..

    BalasPadam
  8. Waktu kecik, sapa tah ajar mak aku pakai surat khabar. Tak payah gaduh lilin bagai, yang tak tahan tue, jatuh atas muka habis seredak hitam tue,. Nasib baik tak terbakar baju. Yang pasti kuar jugak lar benda kuning merah tue. Tapi tak banyak.sebab surat khabar kan cepat jer terbakar.

    BalasPadam
  9. Bunda anak beranak memang ada resdung....rawatan pakai asap tu pernah lah...tapi yang tanpa asap ni belum pernah lagi...

    BalasPadam
  10. Assalam PB..kalau dekat mau acik pi cuba tu

    BalasPadam
  11. yg mana tanpa asapnya tu? huhu..mcm sama je...

    BalasPadam
  12. owhhhh ada yer rawatan resdung dgn asap... seyes x tahu...

    BalasPadam
  13. ohh dok rawang ke?kat mane ye salun ni..sbb dulu pernah kerja kat rawang :)

    BalasPadam
  14. Hubby saya jenis resdung… mmg kesian tgk dia bersin jer pagi2… skrang ni my dotter pula mcm kena jugak… bergilir bersin dgn si abah waktu pagi…
    Pernah juga hubby buat rawatan asap tu, tapi serius ni first time dengar rawatan tanpa asap

    BalasPadam
  15. Cuba pakai lipas. Nanti keluar ulat-ulat putih halus di muka kita.

    BalasPadam
  16. Pernah buat rwtn resdung dulu gak...sedut asap...oiii skit smp ke otak...nmpk.la ulat tuh mcm kelapa yg diparut tuh

    BalasPadam
  17. Best ke rawatan tu? Keasannyan

    BalasPadam
  18. ni first time dapat tahu.. tak pernah try pun apa2 jenis rawatan resdung sebenarnya ni..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...