Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140527

Jimat Minyak

Dari jauh nampak ada orang berjalan atas jambatan tu. Tengah malam ni. Orang ke hantu?
Aduhai, tiba-tiba dia tahan pulak. ‘Pakcik nak tumpang boleh?’


Orang tua. Kaki nampak pijak tanah. Sah bukan hantu ni, tapi rasa takut-takut jugak. ‘Boleh pakcik. Tapi motor saya tak ada minyak ni. Pakcik nak gi mana?’
‘Minyak jangan risau. Tak habisnya.’ Sambil tersenyum.
‘Mmm, kalau gitu naiklah pakcik’. Rasa takut-takut juga tapi rasanya bukan hantu sebab jarang cerita hantu laki mengusik.
Jauh juga bawak pakcik ni. Oh, rupanya pakcik tu nak pergi surau je. Malam-malam ni nak Qiamulai kot.
Sebaik turun dari motor dan berterima kasih, pakcik tu berpesan, ‘Nanti habis minyak baru isi.’

Lama dia bawak motor. Ke hulu-ke hilir, berhari-hari tapi tak habis pun minyak motor dia. Hari tu dia rancang nak pergi jalan jauh ,riasu takut minyak  tak cukup dia pun ingat nak masuk minyak. Buka je penutup tangki minyak dia perasan tangkinya dah kosong. Macam lama dah kosong..  Lepas tu motor pun dah tak boleh hidup lagi. Minyak dah habis. Kena isi balik dah..

Gitulah ceritanya.

Aku tanya laki aku, ‘Pernah tak dengar?’. Dia angguk. Kemudian aku paksa dia cerita versi yang dia tahu. Macam sedap sikit. Versi cerita aku budak tu naik kereta, versi laki aku motor. Sebab rasa motor lebih trill aku tulis versi motorlah.

‘Untung budak tu kalau tak buka tangki minyak tu kan?’

Aku tengok aras minyak kereta ada 2 bar lagi, dah lepas Merapoh. Isi minyak kat kampung lagi. Rasa macam  sempat sampai kat Bentong ni. Tapi rasa debaran juga. Buatnya tengah dalam hutan, kereta mati sebab minyak habis kan naya je. Untung naik Viva balik kampung ni minyak 2 kali isi rm30. Biasanya ada lebih lagi. Tapi tulah bonet tak ada. Kalau balik kampung, faham-fahamlah, macam-macam nak isi. Kalau boleh aku nak bawak satu negeri bawak balik sini.

Saudara mara aku suruh kami beli kereta besar sikit. Memang ada niat tu. Duit je yang tak ada. 


Aku sampai Rawang malam semalam. Dah dekat jam 11.30 malam. Rasa lama betul perjalanan kali ni. Aku bertolak dari kampung jam 2.30ptg. Dari cerah, sampai dah gelap malam.

Hari ni aku kerja. Nanti lapang-lapang sikit aku gi jalan blog jiran-jiran tertangga ek.

17 ulasan:

  1. seriau jugak membaca tu....

    BalasPadam
  2. ni bercerita kat dlm keta ke ... iskh , blh meremang bulu tengkok klu dlm perjalanan malam . alhamdulillah selamat sampai .

    BalasPadam
  3. pestime aku tau cite moto tuh...mmg ado ker?..

    seharian dlm kete...ko keje xnie?...

    BalasPadam
  4. oo..balik kampung rupanya..selamat kembali bekerja..:)
    kaksura sedih tak leh balik kg..huhu..

    BalasPadam
  5. mcm cerita tok wali kat kelater jer tuh...pernah dengar..

    BalasPadam
  6. mm cerita nya org tua tu Tok Wali.

    BalasPadam
  7. insyaallah ada rezeki lebih nanti dapatlah kereta besar sikit..

    BalasPadam
  8. ngeriii *_* tak leh bayang kalo berada di situasi org tu

    BalasPadam
  9. Pernah dah baca cerita tu tp ingat dimana. Rasanya kat fb....untung org tu ya tak abis2 minyaknya tp pd masa yg sama seram jugak. Sapa org tua tu ????

    BalasPadam
  10. bestnya kalau gitu...tapi tu la..setiap masa dok was2 je risau minyak cukup ke tidak..heheh

    BalasPadam
  11. Sebenarnya konfius jugak ni baca cite atas tu.......kaitan antara satu sama lain .Yang pasti pasal minyak hehe...
    Terbayang masa gi KB hantar anak buah kawen.....sakit punggung duk dlm keta hehe

    BalasPadam
  12. Saya baru nak kelik kg hujung minggu ni. Hihi.. jom kelik lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kering kontang dah ni..
      tgu raya plk..kena kerja plk

      Padam
  13. seram jugak cite ni..tp untung la h budak tu tak yah isi minyak

    BalasPadam
  14. Tak pernah dengarlah cerita ni. Cerita VW kuning tu I tau ler tapi tak pernah jumpa. Keh3x (nak kena siat hidup-hidup dia nih...)

    Samalah kita PB. I kalau bermalam bukan di rumah, memang kalau boleh nak sewa lori bawa balik barang-barang. Balik kampung pun siap nak beli toiletries serba baru. Ini kira penyakit serius gak nih!

    BalasPadam
  15. untung la budak tu. Tapi cara ko bercerita tu mmg real. Aku pun dpt imagine perasaan dia time pakcik tu nak tumpang tu.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...