Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140509

Kebaikan Apple Cider Vinegar (ACV)

Alang-alang dah buka cerita pasal resdung, aku rasa nak share barang baik hari ini.

Barang banyak baik yang aku maksudkan adalah Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka sidar epal.

Kalau yang dah biasa guna baguslah, untuk yang tak pernah guna ni aku nak cerita betapa bagusnya cuka epal ni. Aku bukan doktor atau ahli  farmasi cuma aku pernah cuba cuka epal ni beberapa tahun yang lalu untuk merawat sinus aku. Ini pun hasil kajian goggle internet aku je..uh.

Kebaikan Cuka Epal

Banyak.  Kalau aku google internet ACV ni macam tonik ajaib. Boleh merawat seribu satu jenis penyakit. Antaranya:
  • Sinus, resdung dan alergik
  • Jerawat
  • Kelemumur
  • Kurangkan berat badan
  • Kekejangan otot dan kesakitan
  • Batuk dan kahak
  • Detox
  • Toxicity
  • Diabetis
  • Tekanan darah tinggi
  • Merawat osteoporosis

Macam-macamlah kalau nak senarai pun tak habis.

Apa itu Cuka Epal?

Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal adalah salah satu tonik yang baik untuk kesihatan kita. ACV melalui proses di mana epal diperah untuk mendapatkan  jusnya. Seterusnya melalui proses penapaian. Semasa  proses nak jadi cuka itu dimasukan  yis dan bacteria untuk melengkapkan proses penapaian.

Beberapa tindakbalas kimia akan berlaku dalam  proses ini di mana yis itu akan  menukarkan kandungan gula semulajadi epal epal kepada alcohol. Proses seterusnya adalah bacteria menukarkan alcohol menjadi acid. Kehadiran acetic acid dan  malic acid dalam proses ini menyebabkan ia menjadi masam.


Kandungan dalam cuka epal

Selain acetic dan malic acid, ACV juga mengandungi beberapa jenis acid, vitamin dan mineral galian dan amino acid. Kandungan nutrisi ini membuatkan cuka epal sangat baik untuk kesihatan. Selain itu terdapat juga kandungan soluble fiber of pectin, vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, beta-carotene and lycopene. Mineral di dalam nya juga mengandungi  as sodium, phosphorus, potassium, calcium, iron and magnesium.


Apa cuka epal yang baik?

Sekarang ni aku perasan terdapat juga cuka kurma dipasaran tetapi aku tak pasti adakah kandungan sebaik cuka epal yang aku maksudkan atau lebih baik. Tetapai beberapa tahun yang lepas aku cuma tahu tentang cuka epal atau  Apple Cider Vinegar (ACV) jadi aku cadangkan brand ini.

Tak sempat nak ambil gambar yang aku beli.

Bragg

Sebabnya, setakat ini brand ini sahaja yang aku jumpa mengandungi ‘mother’. Di mana cukanya belum ditapis dan masih mengandungi kandungan berkhasiat yang dipanggil ‘mother’. Aku pernah beli brand Heinz kat Tesco masa pertama kali beli. Masa itu kat tak tahu brand apa yang bagus dan kebetulan terjumpa brand ni kat Tesco. Jenama Heinz ni kelihatan jernih berbanding ACV brand Bragg yang lebih pekat dan terdapat sesuatu bila kau goncang botolnya. Itu yang dipanggil ‘mother’ nya. Aku rasa pati epal.

Mana nak dapat cuka epal ACV jenama Bragg?

Aku beli kat Gurdian. Dulu ada botol kecil dalam belas ringgit. Tetapi last aku pergi dah tak ada botol kecil tu. Yang besar lupa pulak berapa ml mungkin 1L kalau tak silap. (Nanti aku check balik) Harganya lebih kurang rm22. Dengan harga itu aku rasa makan tahun juga nak habis sebotol tu melainkan kau buat mandi hari-hari.

Halal ke?

Product ini dari US dan tiada pensijilan halal cuma ada dinyatakan symbol KOSHER. Tapi aku pernah check internet brand ni halal untuk orang Islam tetapi aku lupa pula dari web mana. Setahu aku ini melalui proses penapaian biasa untuk menghasilkan cuka. Alkohol ni bukan alcohol untuk menjadi arak ye. Lain prosesnya.

Kaedah pengambilan

Bergantung kepada diri sendiri. Ini bukan ubat. Biasa aku buat adalah
1 sudu besar ACV
1 sudu besar madu
Segelas air masak.
Minum sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Sebanyak mana segelas air tu bergantung kepada tahap aku boleh rasa sesedap rasa masam cuka epal tu.

Kalau kau nak basuh rambut atau jadikan untuk sapu kat kulit aku rasa tak payah letak madu. Madu itu untuk imbang balik kemasaman cuka itu.

Kesan negatif

ACV ni jenis berasid jadi kena test ikut perut sendiri. Kalau kau rasa tak tahan masam boleh kurangkan ACV ni. Selain itu aku dapat tahu mungkin ada kesan dekat gigi. Takut terhakis. Jadi lepas minum tu, minumlah banyak lagi air, biar dapat larut. Jangan terus gosok gigi, takut terhakis.


----

Itu jelah aku nak cerita hari jumaat yang mulia ni. Kalau ada pendapat harap dapat dikongsikan semoga bermanafaat buat kita semua.

 ----

Rindu betul aku..tetapi aku pendamkan perasaan ini jauh disudut hati kecil aku.. Maaf semua. Aku telah bersalah maka aku kini dihukum hidup-hidup. Aku telah menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan.  Jadi minggu ini, aku terpaksa menghadkan perjalanan aku ke rumah kawan-kawan yang jauh. Aku perlu mengunakan dengan berhati-hati supaya budget aku bulan ini tidak lari. Risau juga dalam zon halaju ini aku mungkin dilupai kalian. Harap-harap minggu depan aku dapat memulakan balik perjalanan aku. Teringin sekali melawat beberapa kenalan baru terutama yang aku perasan menghantar komen dan pendapat yang berbau comel.

Broadband aku dah over-over-over limit..purchased and purchased..oh..oh..dah tak ada budget.

33 ulasan:

  1. Slama ni bedal je mana2 asl cuka epa sudah. Xtau plak dia ade mother. Ok. Slamat hari mother kpda mak bragg. :p
    Heinz yg kat rumah tu pun dah berbulan2 xabis. Perut agak tak tahan jugak takot gastrik melanda..tu lah. Makan tak pandai sukat..
    Tp dengarnya..ramai org2 cina ambil cuka ni. Petua awet muda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sama chot. Mak bragg ni ada jual kat drug store je biasanya..

      selamat hari ibu juga kepada semua mother-mother.

      Padam
    2. Tanpa Nama6:32:00 PTG

      Good sharing, yes, apple cider vinegar (ACV) helps to boost metabolism, blocks the body’s storage of dietary fat plus breaks down and dissolves existing body fat. A study at Australia’s University of Sydney in which subjects who consumed two tablespoon of ACV daily experienced fewer surges and crashes in blood sugar levels. Read more at:
      http://kidbuxblog.com/apple-cider-vinegar-acv-helps-to-boost-metabolism/

      Padam
  2. bragg ni ada jual kat giant gak.. tapi aku beli brand lain..yg ada mother gak.. kalau gatal tekak je memang aku minum.. aku bancuh dgn air suam terus je.. kadang2 madu habis.. mmg berkesan.. hehehe..

    BalasPadam
  3. dulu pernah gak nak amalkan apple cider ni tapi biasa la jenis hangat2 taik ayam buat sekerat jalan saja la :)

    BalasPadam
  4. sis pernah juga amalkan dulu . lama2 tak tahan dengan masamnya yg teramat . tapi mmg baik utk kesihatan lah .

    BalasPadam
  5. Rumah kakak pun sentiasa ada cuka epal tapi tak tahu pulak brand apa sebab abang beli dgn kawan office dia..

    BalasPadam
  6. tak tau lak ada brand tu..ok2 lepas ni leh gak beli..perkongsian yang bagus

    BalasPadam
  7. taktau la plak bleh rawat resdung
    .bleh soh papazakwan cari ni nnt

    BalasPadam
  8. Banyak juga khasiatnya ye PB.. rumah akak ada jugak cuka epal ni.. en suami yg beli..

    BalasPadam
  9. x pernah mencuba lagi...

    BalasPadam
  10. kena cari nih..perlu ada sebotol kat rumah..

    BalasPadam
  11. memang ACV terbaek.. murah plak tu kan

    BalasPadam
  12. Assalam.. tq singgah blog kak Alycia ;)

    salam kenal..

    BalasPadam
  13. good info... nak amalkan la lps ni...

    BalasPadam
  14. Terima kasih untuk info ni..baru first time dengar :)

    BalasPadam
  15. Rasa macam nak beli juga produk ni… pernah juga dengar kebaikan ACV sebelum ni, tapi bila baca entry ni baru faham lebih jelas… thanks for sharing this great info :)

    BalasPadam
  16. bagusklu diamalkan berterusan..sama macam cuka tiin..buah tin kan makanan sunnah..:)

    BalasPadam
  17. Part kurang kan berat badan dan detoc tu aku suka! Hahaha.

    BalasPadam
  18. Resdung pun boleh rawat erk

    BalasPadam
  19. Tu la. Banyak kebaikan apple cidar ni.

    BalasPadam
  20. PB, kita baru teringat ACV kat rumah kita. Rasanya dah makan tahun kot. Beli memang rajin tapi bila part menggunakan dengan sepenuh jiwa raga tu, memanglah kurang kerajinannya. Rasanya ACV yang ada sekarang sudah expired, haruskah ku mengorak langkah ke shopping mall untuk membeli ACV aje? (soalan umum tu PB, ditanya kepada diri sendiri sebenarnya :)

    Nota kaki cute tu walaupun kita tak nampak, kita rasa excited semacam. Adakah awak merindui kita juga? Tapi kita bukan kawan-kawan baru yang tinggalkan komen cute mute itu rasanya ... Oh, tidak! Terasa diriku tidak begitu dihargai! Oh, sedihnya .... *eksyen je lebih sila jangan terasa nak muntah*

    BalasPadam
  21. pernah dengar ada yang ambil ni, tapi Ros tak pernah cuba pun ..

    BalasPadam
  22. sape penah beli bragg acv kt jb??

    tlg la bitau

    penat da google

    ada yg ckp kt guardian & giant

    mslhnya skrg..yg ckp 2 sme kt area kl

    nnt sy p guardian & giant kt jb pstu xde..wt penat jek kan

    plz..plz..sape tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8:54:00 PG

      Beli on9 kat lelong n lazada pun ade.. Just taip jenama cuka nii..

      Padam
  23. Tanpa Nama1:13:00 PG

    Salam' bout 'KOSHER' https://ms-my.facebook.com/notes/sahabat-halal/kosher-adakah-halal-bagi-muslim/438848162894230

    About kosher'

    BalasPadam
  24. bolih tempah dgn kita 01121015001
    pekerja bangla semua jenis permit bolih cal hj 011 21015001

    BalasPadam
  25. Terima kasih atas perkongsian info
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama12:49:00 PG

    sue admi berkata...
    Saya dah pernah try lama dah. Since 2012. Tp benti jap. Sbb lupe diri. Start balik Bila tengok IG organichana pos picture BRAGG. diorang jual product kecantikan organik. Tu terserempak. Dia rekemen buat apple cider+skit teh. And ltk madu skit. Rasa lemon tea I tell you.ahaha. thanks organichana!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama12:49:00 PG

      Bape lama tu

      Padam
  28. Kat giant ade lg ke skarang ni?

    BalasPadam
  29. Kat giant ade lg ke skarang ni?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...