Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140521

Lompat tikam jiran beranak ramai

Jiran aku ramai anak dia. Kalau tak silap aku anak dia tujuh ke lapan. Nanti aku confirm dengan laki aku, dia mesti tahu.  Jiran nilah jiran pertama yang menegur aku masa mula-mula aku pindah dikejiranan ni.

Suri rumah tangga. Aku rasa kagum sebab anak dia ramai sangat bagi aku. Kalau zaman sekarang ni memang jarang sangat-sangat aku rasa orang nak beranak lebih dari 5. Biasa kalau lebih 3 orang pun dah ramai. Macam aku yang dah tua ni tak tahulah sempat ke nak anak sepasang lelaki perempuan. Takut dah tak larat.

Anak dia yang paling bongsu sekarang,  perempuan lebih kurang 2 tahun lebih. Yang sebelum tu lelaki pun masih kecil. Aku rasa macam setahun-setahun je beza anak-anak dia. Katanya ni dah last kot.. J
Tiap tahun dia berdukung anak kecil. Baru ni dia cerita kat aku. Anak laki nombor 7 tak nak pergi sekolah, kalau pergi kena berteman dengan mak ayah. Kalau mak ayah balik, dia pun balik. Hari-hari sampai dah setengah tahun, tak tahu nak buat apa. Anak laki no 6 tak makan nasi kalau tak disuap. Langsung tak guna tangan. Yang perempuan bongsu ni biasalah kecil lagi masih memang langsung tak berengang. Macam-macam perangai anak-anak kecil ye.. Yang besar-besar pulak, sibuk kena hantar pergi ambil sekolah pagi petang. 

Aku dengar pun rasa dah pening. Aku anak sorang pun dah sibuk gila.. Kekonon akukan kerja. Dia kan suri rumah sepenuh masa. Sibuknya.

Hari tu aku puasa ganti-ganti.

Sayu-sayu dengar orang panggil kat depan rumah..
Mak bagi..

Alhamdulillah. Tengok, sibuk-sibuk pun sempat buat lompat tikam.



Complete tau, siap ada pulut warna merah. Wah jeles aku ni.

See baiknya jiran aku..letak dalam polystyrene ni bukan dibeli tahu. Aku tahu sebab kejiranan kami memang macam ni..kekonon kalau bagi bekas pinggan, takut segan pulak nak membalas. Kalau bagi dalam polisterine tak payahlah jiran segan nak membalas pulak.

Apa aku nak balas ni?
hujung minggu pun sibuk.. sibuk nak tidur.

27 ulasan:

  1. assalamualaikum..sy x sombong pun.. nih dtg terjah..hihi.. wahhh bestnye lompat tikam ..lama x mkn tu..murah rezeki awk ye.. btw, jemput join GA sy kalo sudi.. http://norumara.blogspot.com/2014/05/mrs-erry-2nd-giveaway.html

    BalasPadam
  2. Haha.. syoknya ada jiran baik macam ni. Kalau bulan puasa ni mesti hari2 dpt kuih ni..

    eh.. berapa anak dia? Kata awal tu 7.. tapi anak bongsu perempuan. Ada pulak cerita anak lelaki ke 7.. pening pulak.. apa pun mmg jenis ibu yang rajinsi jiran PB ni

    BalasPadam
  3. bertuahlah dapat jiran yang rajin macam tu...saya tak sempat nak membalas2..tengah pikir nak bag apa ek..ko PB asik tido jek..

    BalasPadam
  4. syukur dapat jirang baik hati..
    betul la tu, kalo bagi pinggan segan..walau kita tak harap balasan tapi takot orang yang menerima pikir lain plak..bagus idea pakai polistren..hehe..

    BalasPadam
  5. tajuk entry bkn main..hehehe..dr zaman blaja lg nk cuba lompat tikam ni tp xpernah berkesempatan nk rasa..
    sama mcm adik bradik niesa..7 org..hehehe

    BalasPadam
  6. wahh...seronok nya..suka kalau ada jiran yg baik hati ni... tengok lompat tikam tu pun dah lapar... haha

    BalasPadam
  7. Makan lompat tikam tu boleh dapat sakit macam kena tikam perut tak?

    BalasPadam
  8. amboi kalerpul sungguh ler, tp KA kurang minat kuih ni tpi nampak sedap & cantik ler hehhe

    BalasPadam
  9. orang beranak ramai mmg kena rajin memasak weh.. bila teringin nak makan, kena lah buat sendiri.. nak beli nanti mahal pulak sbb nak kena beli banyak.. kata aku yg dah anak tiga... hahaha..

    BalasPadam
  10. sbb mak dia 24 jam kat depan mata , tu yg anak2 jadi manja kot . bekas polisterine pun kena balas gak ... heheheee . terliur jer nengoknya .

    BalasPadam
  11. uishhh sedapnya lompat tikam...

    BalasPadam
  12. lompat tikam mesti orang pantai timur gakni...
    akakpun der bukan jiran terdekat.. anak dia ramai..
    cam tak percayalah pulak rumah kecik camnerler keadaan diaorangkan...
    tapi ituler rezeki Allah bagi tengok anak dia okjer...

    pssss ::: akakni bab nak menulis kisah cintatu malu kucing sikit... maalumler jatuh cinta banyak kali baru jumpa ngan suami ha... ha.. tu yang kawen lambattu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nyampah eh dgn cho..sikit2..dia buka cerita cinta dia.. main teka-teki plk.. nantilah kita nak wat entry khas kumpul semua cerita cinta dia..
      siaplah kita nak korek semua cerita dia..
      haha.. -->>ketawa jahat

      Padam
  13. Rasanya memang gitu la..bila mak jadi surirumah,anak2 tak reti nak berdikari.tak kata kat orang..ni pengalaman diri sendiri..anak saya umur 7 tahun makan pun bersuap..kalau makan sendiri,mesti nasi tak habis.tak lalu katanya..buka pintu kereta pun tak reti..alasan nya,pintu ketat sangt..mujur anak dua je..kalau 7,8 mesti seminggu sekali pengsan..

    BalasPadam
  14. Kawan saya ada anak lima orang… Dan katanya kalau ada rezeki, mmg dia terima jer lagi… dah la dia lagi muda beberapa tahun, rasanya sempat kot cecah 7/8 orang…. hihihi
    Tapi dia pun ibu yg berkerja… Langsung tak pernah dengar dia merungut, asyik cerita yg postif2 jer tentang anak2 dia…
    Saya yg tiga orang ni pun dah rasa sgt ramai… hihihi
    Sedap nyer la lompat tikam tu…

    BalasPadam
  15. ape dh nama kakak tu, lupa plak....slalu bg makanan kan,
    anak ramai xpe...rezeki bertambah, In Shaa Allah bila anak2 die besar nnti dpt meringankan beban mak ayah plak.....

    BalasPadam
  16. anak ramai selalunya mak memang rajin masak..kalau nak beli jenuh la kompom kena beli banyak..mil saya anak 6 orang pun kalau sekali buat kuih sampai 2kilo tepung..ha jenuh la gentel tepung

    BalasPadam
  17. ko mmg saje je nak bg aku gemuk kan..ko tau x itu peberet aku..ko tau x pasnie aku menggigil nak pie carik lompat tikam nie..huahuahuahua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko semua fav. alasan ko nak makan je tu.

      Padam
    2. ko xyah la nak baca pikiran aku..makanan mana je yg bukan feveret aku..semua feveret aku..ahahaha..

      Padam
  18. Aku cadangkan takyah balas. Sbb dia bagi guna polistrene. hahah.

    Eh, same plak mama luth yg belah sana tu pon fikir nak anak sepasang ke. heheh. Aku pon nak anak sepasang setengah. Tapi same cam ko fikir, err, aku ni larat lagi ke nak bengandung. Dulu pon mcm lembik je time peknen. Harap2 kalo pasni aku peknen, peknen kembar terus. Cekononnnn... Nak jaga anak ramai2. Aku ni dah le lembab.

    BalasPadam
  19. Beli je kfc ke bagi kat jiran tu. Tidak pun cekodok ke. Goreng pisang ke ok gak. Anak anak dia mesti suke.

    Akk ni pun anak 3 je kot. Nak beranak lg x sempat dah. Sedih jugak anak x ramai. Tapi kalau ramai x de sape nak jaga pulak.

    BalasPadam
  20. yana pernah beli kuih nih.. time bulan puasa..sedap
    bawak balik pastu nak bg tau la nama kuih nih.. boleh plak lompat tikam jadi ..tikam x mati mati..

    BalasPadam
  21. yana pernah beli kuih nih.. time bulan puasa..sedap
    bawak balik pastu nak bg tau la nama kuih nih.. boleh plak lompat tikam jadi ..tikam x mati mati..

    BalasPadam
  22. Memang supermaklah jiran tu, PB. Dalam pada melayan anak itu, ini masih lagi sempat buat kuih bagi kat jiran. Oh, kiranya kalau nak bagi jiran dan tak mahu balasan kita pakai polistrene ajelah senang ek. Kalau kitalah mesti nak tulis alamat rumah dan no tel. kat atas polistrene tu.

    Anak 7? Anak 2 pun asyik jatuh terjelepuk. Oh, tidaklah ....

    BalasPadam
  23. Tabik sprink sama jiran tuh hah...sy yg ank dua nih pun dh pening kpla...
    Lompat tikam tuh sedappp

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...